Monday, February 28, 2011

masa lapang yang membunuh

terasa sangat rindu untuk menulis dengan panjangnya disini..

teringat kisah 2tahun yg lalu..

"mum ada blog?"ty murabbiahku
.

"tak de la kak. tak pandai sangat dengan internet. tak pe, saya boleh tumpang2 blog akak."

masa ni aku ingatkan blog tu boleh share.sapa2 boleh post artikel atau apa2 aje..heee

"eh lain tau. blog ni boleh jadi medan dakwah kita juga."jawab murabbiahku.

dan tak lama selepas itu, blog ni aku tubuhkan..heeeee...dan disinilah salah satu tempat yang menjadi bukti jatuh bangun aku yang sedang merangkak-rangkak dalam kafilah dakwah ni.


alhamdulillah3x..

********

akhawat fillah yang sangat kukasihi,
indahnya jalan yang Allah lorongkan kepada kita ini,
mungkin kebanyakan orang nampak kita yg pelik,
kerana memilih cara hidup yang tidak mudah,
bersusah payah bersengkang mata,meletihkan jasadi, menghabiskan semua gaji atas perkara yang bukan untuk kita.
mungkin itulah yang kebanyakan mereka pelik dengan kita.

tapi bagi kita,
jalan ini tidak mudah tapi tetap indah.
jalan ini serba kekurangan namun sungguh memberi kekuatan.
jalan ini sangat panjang dan tidak kita ketahui bila kemenangan kan tiba namun kita ada KEYAKINAN bahawa benar kita akan MENANG.

adakah kita masih ragu-ragu untuk melepaskan keterikatan kita dengan dunia?

"sesungguhnya orang2 mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya dijalan Allah. Mereka itulah orang2 yang benar."(49:15)

jadi, layakkah kita mengaku daei andai masih ada keluh kesah dengan sedikit cuma ujian?


diuji dengan masa..
masa untuk tarbiyah kita, masa untuk mentarbiyah anak2 bawah kita, masa untuk membaca, masa untuk melengkapkan mutabaah amal kita,masa untuk DF mad'u, masa untuk menunaikan hak untuk kedua ibu bapa dan orang sekeliling kita,masa untuk bekerja,masa untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran..

ini masih bujang..kalau dah berkahwin dan beranak-pinak pula?

sememangnya tanggungjawab itu lebih banyak dari masa yang ada..

untuk diri sendiri yang baru balik dari daurah BM,

terasa sangat lemah dan jauh lagi untuk diuji dengan kesibukan yang berkali-kali ganda jauhnya daripada apa yang sedang aku alami sekarang..

sekurang-kurangnya sekarang,

aku masih sempat untuk tidur 5 jam sehari,
aku sempat untuk membaca buku-buku tarbiyah, dakwah dan kekeluargaan di tengahari dan malam juga kadang2,
aku masih sempat bertahajjud tanpa diganggu dengan tangisan anak kecil atau tanggungjawab menyediakan keperluan untuk suami dan anak2,
masih banyak yang aku sempat lakukan tapi belum aku laksanakan.
aku masih jua sempat merancang agenda-agenda tarbiyah dan lantas melaksanakannya untuk adik2/anak2 jagaanku...

mungkin nampak sedikit free dan sedikit kerjanya untuk aku dan mereka yang masih single ni..

tapi sebagai seorang daei,

titik kelemahan itu sentiasa diuji,

diuji dengan 'time management'..

kerana sungguh kita sudah memahami,

kita sudah tiada masa lagi...

"kebatilan yang terancang akan mengalahkan al-haq yang tidak terancang."

dan selagimana titik kelemahan kita dalam merancang agenda-agenda tarbiyah tidak berkesan, selagi itu mustahil Allah akan hadiahkan kepada kita kemenangan..

sekali lagi,

layakkah kita mengaku daei seandainya ada kata 'tak tahu tak buat apa' terlintas difikiran kita...

sungguh duhai akhawat fillah,
masa lapang adalah senjata paling ampuh untuk memfuturkan para daei..

kerana syaitan sentiasa menunggu kesempatan yang kelapangan kita untuk menjatuhkan hamasah jiwa kita.

wallahuallam

by fz_tarbiyah; KL

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...