Saturday, February 5, 2011

~bila disingkap diari 04

matlamat masa hadapan, buatku lahirkan persoalan, itukah harapan kebahagiaan? namun tak kutemui jawapan. indah impian, bicara puitis fitrah daripada fikiran, namun tidak bisa melarikan igauan semalam, serabut benak fikiran. aku terkesima, dek hadapi mimpi nan serupa, tiap malam sehingga naluri menzahirkan, akhirnya fikiranku berlari diluar jangkauan. doaku moga diri tabah melayarkan, bahtera ketabahan hadapi kenyataan, takuti cinta yang melalaikan, benci cinta yang mendustakan. lahirkanlah cinta pada Tuhan, cinta sebenar penawar kedukaan, tatkala cinta manusia didustakan, Dialah yang agung menyelamatkan, cintailah Dia untuk kemudahan, tatkala duka duga melanda, cinta hakiki cinta abadi, kekal dunia akhirat nanti. 29/11/04
hmmmmm, membaca diari lama 2004 menjadikan aku tersenyum sendiri. acapkali, hampir tergelak besar juga aku dibuatnya.. tapi... tetap ada satu persamaan antara dulu dan kini.. iaitu.. aku menulis dengan rasa hati.. agar tegar difahami oleh mereka yang membaca dengan hati.. wallahuallam.
*************************
hampir seminggu tak menulis disini, aku sangatlah gian nak menulis dan bercerita.. tapi tetap cuba menapis apa yang lebih aula patut kucoretkan.. dan akhirnya.. biarlah kusimpan saja.. mood: semasa nak tulis ni, aku dah fikir lebih 100x..layakkah disaat bergemanya suara kebangkitan diseluruh alam, tapi aku hy bercerita kisah 'aku' yang masih keanak-anakan?....Mesir, Jordan, Yaman, Tunisia... Ah!sejarah itu bila dikenang mampu membanjiri airmata takungan... ..sudah tibakah masanya Allah memenangkan kita?... arrggghhh, jangan difikirkan hari semalam atau hari ini...buat saja kerja itu! sungguh, buat kerana taat itu lebih nikmat daripada mengharapkan habuan kemanisan iman atau kemenangan. wallahuallam by fz_tarbiyah; Sg.Buloh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...