aku cuba meleraikannya dengan kata-kata..
namun aku tidak mampu..
benarlah hati itu raja..
kernanya manusia bersengketa..
kernanya jua manusia berkasih sayang..
kernanya jua yang menentukan derita atau bahagia..
sungguh, itulah hati..
bila tidak disibukkan dengan DnT..
jahiliyah berusaha menggoyah sanubari..
NYAH kau dari sini!
aku tidak serapuh itu untuk kau tawan!
-point to my heart yang sedang mendaki gunung mujahadah
sungguh Ya Allah, selama ini aku sangat yakin denganMu...aku cuba membina hubungan baik denganMu dan manusia tapi kekadang terasa untuk memahamkan manusia-manusia sekelilingku sangatlah sukar dibandingkanMu..mungkin inilah kerana hati kami berbeza..faham kami berbeza..dan mungkin kerana masih belum cukup kuat keyakinanku untuk Kau berikan kefahaman kepada mereka melaluiku..
kerana itu, blog inilah yang menjadi mangsa..menjadi tempat hamburan kata-kataku yang sangat dalam dan berlapik..
mungkin tidak mudah difahami oleh mereka yang membaca..melainkan terkena pada situasinya..
inilah aku..yang kekadang cuba menceritakan rahsia tetapi terlalu sukar menyusun kata kerana risau titik2 hitam wujud hanya kerana terlalu berterus terang..
kekadang terasa nak mem'private' kan blog ini agar aku boleh menulis segalanya yang benar-benar berbeku dihati..hatta kisah cinta Ilahi, ada jua sesuatu rahsia antara aku dan Dia..yang akan kusimpan kemas sehingga directly dihadapanMu aku luah..
kerapkali aku menyedapkan hati...cukuplah Allah tempat aku meluahkan..namun, bilamana diuji dengan kerenah manusia..aku tetap goyah..
Ya Allah,
Engkau berikanlah mereka kefahaman dalam islam sebagaimana Engkau hadirkan ia didalam hatiku..
Engkau jauhkanlah rasa terluka dalam hati mereka kerana sikap manusia..
kerana aku sangat lemah..aku sangat berharap dengan doa ini..
manusia..
engkau banyak mengajarkanku...
kalau dulu aku beramal untuk mendapatkan bekalan,kekuatan,kemanisan iman, syurga,pahala dan pelbagai lagi untuk berhadapan denganmu sebagai eset saksi diakhirat...
tapi keranamu jua akhirnya aku faham...alhamdulillah3x
beramal kerana TAAT itu lebih indah daripada mengharap kemanisan iman atau kemenangan..
sungguh,
taat itu telah membersihkan ruhi aku daripada segala aspek duniawi..
sekaligus melahirkan rasa kuat untuk terus bermujahadah..
dan membuahkan iman dan redha...bahawa
hy Dia Tuhanku yang Maha Mengetahui..
Sungguh...
hati ini sedang diuji...
dan aku menangis lagi..
Ya Allah, hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan RasulMu..
p/s:maaf ye pembaca yang mungkin pening kepala..sungguh,aku bukan penulis...tp aku suka menulis.
wallahuallam
by fz_tarbiyah; sg.buloh
No comments:
Post a Comment