Thursday, March 31, 2011

dalam sujudku padaMu


“akak, akak ok x?”

berkali-kali ukhti itu mengulang pertanyaan itu.

Mungkin kerana melihat kemuraman wajahku atau basahnya pipiku atau jauhnya menungku..wallahuallam

Baru-baru ini, terasa amat murah airmata ini mengalir. Benar la apa yang orang ramai katakan. Perempuan ni terlalu sensitif dan beremosi. Kadang-kadang akupun tak tahu asbab airmata ni mengalir.

Apa-apapun;

Ya allah, sungguh aku amat bersyukur dengan anugerah yang telah Engkau berikan untukku..

aku pernah berada dalam kegelapan; dan Engkau berikan aku cahaya.
aku pernah berada dalam kekurangan kewangan; dan Engkau berikan aku kekuatan untuk menjana kewangan.
aku pernah berada dalam kesuntukan masa; dan Engkau berikan aku kecukupan.
aku pernah lelah berjalan kaki lebih satu jam untuk melaksanakan tanggungjawab itu ; dan Engkau hadiahkan kereta untuk kemudahan.

Oh!takkan mungkin cukup masa dan pages untuk aku senaraikan segala keindahan nikmat dan tarbiyah darinya.

Namun, tetap ada airmata kekesalan bila memikirkan kurangnya amalku yang boleh menjadi bukti rasa syukur itu.

Di bawah langit Ilahi yang ditumpangi, selayaknya tasbih dan sujud itu sentiasa. Kerana aku hanyalah hamba..tapiii

Mengapa aku sering terlupa?
Terlupa bahawa kerana Dialah semata-mata segala usaha.

Mengapa aku sering juga berkira?
Berkira dengan kurangnya masa tidur dan rehat ini. Berkira dengan masa-masa yang kuada untuk membahagikan segala urusan yang terpikul dibahu ini.


Ya Allahu rabbuna,
Kuakui hy Engkau yang Maha Mengetahui kehendak hati ini.
Kuakui hy Engkau yang Maha Mengetahui kecintaan dalam diri ini.
Kuakui hy Engkau yang Maha Mengetahui segala apa yang aku ketahui dan tidak kuketahui.

Tiada Yang lain melainkan kepada Engkau,
Tiada yang lain melainkan kerana Engkau,

Sungguh Ya allah,
Ampunkanlah hambaMu ini dalam kekurangan memberi kepadaMu,
Hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan RasulMu.
Amin


Sepertinya masih ada keterikatan kepada dunia yang membantutkan aku untuk terbang mengejar cahaya itu...cahaya cinta Ilahi!

Tapi disebalik perasaan muhasabah itu..rentetan perjalanan hidupku menjadi lebih indah dan menarik..bilamana ada tautan ikhlas ’aku ingin lakukan segalanya keranaMu’.

Cantiknya tarbiyah dari Allah. Sangat cantik susunan kehidupanku yang segalanya dari Allah.

"Aku hidup dibawah bayangan Al-Quran dengan hati yang tenang tenteram dan disana aku melihat tangan kekuasaan Allah mengendalikan segala peristiwa dan segala perkara. Di sana aku hidup di bawah naungan dan pemeliharaan Allah dan aku benar-benar merasa kesan-kesan sifatNya yang positif dan aktif.”-Syed Qutb

kerana itu, mengapa kita takut untuk menempuh jalan seharian kita?

seperti aku, kuakui memang sedikit gentar bila diuji dengan sedikit cubaan.

seperti cubaan kereta rosak ditengah jalan, tengah malam dan keseorangan.
seperti cubaan diajukan pelbagai persoalan tentang urusan tarbiyah dan dakwah kita yang tidak semua adalah persis mudah untuk dilontarkan penjelasan kepada mereka yang tidak faham.
begitu juga dengan cubaan bila orang yang depercayai mengkhianati amanah yang diberikan.
begitu juga kekadang ada juga cubaan keluarga sendiri menentang jalan yang kita pilih terutamanya bila berkaitan dengan dakwah dan tarbiyah itu sendiri.
dan satu lagi cubaan yang sangat aku takut untuk berhadapan. adalah cubaan bila diuji dengan pilihan keluarga dalam memilih pasangan..apa-apapun, akhirnya, aku kembalikan segala urusan kepadaNya.

"Ya Allah, janganlah Engkau uji daku dengan kehilangan rasa cinta kepadaMu, cinta kepada perkara yang membawa aku kepada cintaMu dan cinta kepada segala apa yang dicintaiMu.amin"

wallahuallam

"bukankah Allah itu cukup untuk melindungi hamba-hambaNya? sedangkan mereka menakut-nakutkan engkau dengan sembahan-sembahan yang selain dari ALlah."(hud:36)

1 comment:

Shafika Anuar said...

ummi...T_T alang rasa menda yg sama...huwaaa...T_T

spt ada kterikatan dgn dunia. tkut nak hrungi hidup seharian mmikir byk menda nak kena settlekan..uhu
kurang amal kurang pgantungan pd Allah huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...