~beramal kerana taat itu lebih indah daripada mengharap kemanisan iman atau kemenangan~
dari manakah aku dapat trademark ini?
bukan saja-saja..ini sekadar my inspiration untuk terus melaju dalam dakwah dan tarbiyah ini..untuk terus berusaha mengejar cinta Ilahi, untuk terus belajar menjadi a'bid dan khalifah yang sebenar-benarnya..
kerana sejujurnya kuakui, hati aku tidaklah sentiasa hidup dengan rasa cinta ketika melakukan ibadah.
sejujurnya kuakui, iman aku tidaklah sentiasa mekar dan berbunga-bunga ketika dalam halaqah apatah lagi ketika diluar halaqah.
dan sejujurnya kuakui, fikiranku ini bukanlah 24jam terlalu memikirkan mati dan tenang dalam penghayatan dengan hidup ini..
kekadang, aku pernah terasa kering dalam solat dan ibadah.
kekadang, aku juga pernah rasa sedih yang melampau dengan kegagalan.
kekadang juga, aku pernah terasa ingin lari dan berehat sebentar dari jalan dakwah..
aku pernah terasa bestnye dapat tidur diatas katil yang empuk dirumah, bestnye bersenang-lenang dengan keluarga dikampung, seronoknya dapat berlibur sebentar bersama kawan-kawan di shopping complex..
yaaa, itulah perasaan biasa yang akan terngiang-ngiang difikiranku tatkala kelelahan menjengah badan dek kerana kurangnya tidur, kurangnya makan, kurangnya bersosial dengan orang sekitaran..
tapi inspiration diatas mengingatkan aku untuk sabar dan cuba untuk memahami dengan lebih lagi, bagaimana dakwah mengajarkan kita untuk tunduk bersama islam SEPENUHNYA!tunduk kerana TAAT kepadaNya..bukan tunduk kerana mengharap balasan dariNya..mengharap mendapat bonus kemanisan iman atau kemenangan..
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan."(2:208)
kadang-kadang, ada sesuatu kekadaan atau sesuatu perkara yang kita tidak perlu bertanya lanjut, kenapa dan mengapa..
kenapa aku solat?kenapa aku mengeluarkan zakat?kenapa aku pakai tudung?kenapa tak boleh makan khinzir?kenapa tak boleh minum arak?kenapa aku tajmik adik2?kenapa aku bawa usrah?kenapa aku belajar penat2?kenapa itu?kenapa ini?
mungkin ada yang jawab solat itu untuk mendekatkan diri kepada Allah, tiang agama, untuk itu..untuk ini..blaaa3x.....
mungkin ada yang jawab mengeluarkan zakat untuk membersihkan rezeki, membersihkan hati, blaaa3x...
mungkin ada yang jawab buat dakwah untuk membawa islam kepada ustaziatul alam..untuk mendapat redha ilahi..untuk masuk syurga..utk itu..utk ini..blaaa3x...
semua jawapan diatas adalah benar,
cuma nak membawa beberapa kisah yang menunjukkan betapa kita sepatutnya melakukan segala itu hanya kerana perintah Allah..dan hikmahnya, natijahnya,kesannya...terserah kepada Allah untuk memberi apa2 sahaja kepada kita. apa yang paling penting adalah laksanakan perintahnya..
************************
ingatkah kita peristiwa antara nabi ibrahim dan siti hajar???siti hajar yang ditinggalkan seorang diri bersama nabi isa yang masih bayi dipadang pasir tanpa sebarang keperluan asas di sekitarnya.
"engkau lakukan ini atas arahan Allah atau atas kehendak sendiri?"ty Siti Hajar, isteri nabi ibrahim a.s
"bahkan kerana Allah.."jawab ibrahim a.s
maka, hajar tidak menafikan bahkan berlapang dada.
*****************
ingatkah kita peristiwa korban antara nabi ibrahim dan nabi ismail?
Ketika Nabi Ibrahim tiba di Mina, baginda berkata kepada puteranya: “Hai anakku,
sungguh aku melihat dalam tidurku (dalam mimpi aku) bahawa aku menyembelih
engkau, cuba engkau pula perhatikan bagaimana pendapat kamu?”
Nabi Ismail menjawab: “Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan. Insya-Allah
ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar, iaitu terhadap apa yang
diperintahkan kepada ayah untuk menyembelih aku."
****************
ingatkah kita firman Allah;
"Apa-apa yang disuruh oleh rasulullah maka ambillah dan apa-apa yang dilarang oleh rasul maka tinggalkanlah" (Al Haysr : 7)
****************
ingatkah kita lagi firmanNya;
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.(2:255)
****************
dan fikirkanlah lagi;
kenapa kita berdoa ye?sedangkan Allah sudah tentunya tahu segala isi hati dan permintaan,keperluan dan kehendak kita walaupun tidak kita zahirkan melalui doa..
tetapi atas satu je sebabnya..kerana taat itu..
"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku[1326] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."(40:60)
****************
akhawat fillah,
kalau kerana nakkan kemanisan iman itu kita solat, qiam, join dakwah, join tarbiyah, maka...adakah bila Allah uji dengan tak rasa apa-apa, maka kita tinggalkan solat, tinggalkan dakwah, tinggalkan tarbiyah?
kalau kerana nak capai ustaziatul alam kita memenatkan diri kita bersama kafilah dakwah ni, adakah bila tak nampak kesan-kesan kemenangan maka kita keluarkan diri kita dari fafilah ini?
kalau kerana bestnya ukhwah kita sayangkan akhawat kita, adakah bila diuji dengan kerenah akhawat itu maka kita menjauh darinya?
mungkin kekadang akupun ada terlepas pandang...lagi2 bab ukhwah ni..atas kelemahan diri, maafkan aku ye akhawat andai ada hak-hak antunna yang tidak mampu aku laksanakan sepenuhnya..
tp yakinlah, rabitah hati antara kita bukan bergantung kapada berapa banyak kali kita ziarah menziarahi, berapa banyak kali kita dah makan dalam talam sama2..tp dalam doa yang pentingnya..=)..insyaallah..
apa-apa pun...point yang sangat2 aku nk tekankan disini, buatlah segala suruhanNya itu kerana taat..maka Dia yang berhak melahirkan rasa cinta, tawaduk dan manisnya beribadah keranaNya..
andai benar jelas matlamat kita..lakukanlah dakwah ini kerana taat kepadaNya..bukan kerana jemaah yang kita gabungkan diri semata..biarlah sehingga keakhirnya, andai jemaah itu hancur sekalipun, kita tetap masih berdiri dan melaksanakan syahadatul haq itu dengan sebenar-benarnya.
wallahuallam
No comments:
Post a Comment