tp..
belum cukup all out dalam mujahadah untuk buat THE BEST...so, kene lebih kuat lagi ye mumtazah..
Ya Allah, kuatkanlah daku, tsabatkanlah aku, dan ujilah daku dengan apa jua cara yang Engkau sukai..amin..
malam tadi, tido kat hospital..tentunya PPUM. bersama ibu tercinta.. dan nenek tersayang.. siapa yang berada diatas katil pesakit??
aku??
mak??
nenek??
hmmmm, tentulah nenek...aku panggil nenek 'embah'..
innalillahi waiina ila' hiraji'un..
embah sakit usus..(aku tak tahu nama. ade doktor boleh tlg bg nama?)
ususnya terbelit..so, kene operate untuk baiki semula. kelihatannya embah sihat bila pagi tapi bila menjelang petang hingga subuh, embah meracau-racau dan mengeluh sakit.. kerapkali disebut lailahaillahah...
alhamdulillah..embah masih waras untuk bersyukur dan sabar dalam keadaan begitu..
semoga embah terus kuat dan sihat..amin..banyak sangat kenangan dengan embah.. dialah yg jaga aku dan abang2 dan adik2 masa mak abah pergi haji tahun 1998.
zaman kenakalan aku dan adik-bradik ditahap kemuncak. zaman kami bermain dengan lumpur-lumpur jahiliyah dan lumpur2 tanah(real lumpur ye). berkubang dan bermain dengan ayam.
itu kot kisah aku budak kampung. zaman yang tahu memang nak seronok je.. memang terkena lah ghuzwul fikr tu.. x tahu pun kenapa kene buat mcm2..tutup aurat, pergi sekolah, solat...dan macam2 lagi..
bila abah balik masjid, abah jerit..
"mummmmmm,amirrrrrr dah solat ke belommmmm!!!!?" dengan nada voice tahap maksima.
aku yang sedang panjat pokok rambutan dirumah jiran boleh jatuh pokok dengar jeritan abah..
oh itu salah satu kisah...
tak boleh cerita banyak-banyak... nanti kantoi kenakalan aku..huuuu
*****
aku rasa dh melalut jauh..astagfirullahal azim.
sebenarnya nak cerita pasal jaga orang sakit.
alhamdulillah, aku berpeluang bermalam di hospital utk jaga org sakit byk kali juga la.
sebab apa ye aku nak sgt jaga orang sakit kat hospital?
sebab aku pernah dijaga oleh mak abah n abang2 aku selama sebulan lebih kot kat hospital..
ditambah lagi sebulan lagi untuk kali keduanya...
sangat terharu...
dan itulah salah satu tarbiyah terindah 'indirectly' dari Allah..
yang aku baru sedar ia adalah tarbiyah 9 tahun selepas itu..
bukan tarbiyah biasa-biasa..tp tarbiyah yang menjadi salah satu push factor kepada aku untuk keep on track tanpa memandang ke belakang...
sakit memang sakit bila mengenaang kepayahan silam..
tp memang benar janji-janji Allah seperti dalam surah al-syarh
"bersama kesusahan ada kemudahan"
"bersama kesusahan ada kemudahan"
iaaa...siapa lg yang lebih menepati janji jika tidak Allahu rabbuna?
syukur ya Allah,
kerana menguji daku dengan sedikit kepayahan dan kekurangan..
agar diri ini tetap dlam sabar...insyaallah..
"dan kerana Tuhanmu, maka bersabarlah."(al-muddasir)
syukur3x...
*****
2 peristiwa lucu sedikit yang x mungkin aku lupa adalah..(cerita sedih lain kali ye).
peristiwa 1
masa abang M aku jaga aku sakit (masa ni abg baru blk UK..x sempat dia nak keje overtime kt sne. tarbiyah pun x sempat hidu sampai gian. oh bukan rezeki dia disana.), dia memang caring habis la dengana dik die yang sorang ni. memang sgt byk duit die habis untuk aku..huhu...
nurse2 disana expect dia adalah pakwe aku. so, kenelah tegur...dan bila tahu rupanya dia adalah abang aku, nurse sana ternganga jugalah..sebab jauh beza sangat kot aku dan die..macam bendera pahang kot kami ni..(jahat siket adik die ni)...
masa abang aku jaga aku sakit jugak, dia msakkan untuk aku. memang abang yg sangat baik..(terharu sampai sekarang).. dan disebabkan dia telah 2 tahun berada di UK, maka dia terlupa bagaimana untuk masak pucuk paku.. akhirnya aku terpaksa makan daun kayu kerana abang aku masak tanpa membuang ranting2 pucuk paku tersebut. begitu juga, abang masak rendang untuk aku. dan disebabkan dia terlupa juga, akhirnya aku terpaksa makan sampah2 daun serai kerana dia letak lebih 10 batang serai untuk 1 kilo daging.
peristiwa 2
masa aku bersama abang bergilir-gilir menjaga adikku yang sedang sakit denggi berdarah di hospital, abangku suka sangat menyibuk tumpang tidur atas katil adik aku. sehingga satu malam dia ditangkap kerana disyaki bukan abang betul kepada adik aku. aku yang sedang tidur diluar bilik pesakit terkejut dengan peristiwa itu. terpaksalah kami tunjuk ic sebagai bukti memang dia adalah abang kandung adik aku dan aku. inilah abang aku yang memegang bendera hitam dikalangan kami adik bradik..
tapi x pee..
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak memandang rupa parasmuinsyaallah, kepada diri sendiri dan akahwat diluar sana..
dan tidak pula pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu,
tetapi Allah memandang pada hatimu.
Barangsiapa memiliki hati yang soleh maka Allah menyukainya.
Bani Adam yang paling dicintai Allah ialah yang paling bertaqwa."
[Riwayat Ath-Thabrani dan Muslim]
daripada kita sibuk-sibuk fikir nak pakai cream ape untuk memutihkan muka atau menghilangkan jerawat, lebih baik kita aulakan pembinaan rohani kita. kemantapan akidah kita. dan peningkatan saqafah dan iman kita. semoga dinilai disisi Allah dan dirasai oleh hati kita erti TAKWA yang sebenarnya.
insyaallah
amin
wallahuallam
p/s: afwan if entri kali ni tak menambahkan iman pun.. semoga ada selit-selit manfaat dibalik cerita. daei kene memandang setiap peristiwa dengan kacamata islam dan ibrah sebagai muslim.
3 comments:
innalillahi waiina ila' hiraji'un... takziah...
jazakallahu khyaran kak mum for the entry. agak tersedar. kita ni terlalu mementingkan paras rupa kengkadang tu. while in fact Allah tak pandang pun paras rupa. :)
kak mum tak kenal saya, tapi saya kenal kak mum. insyaAllah, someday we'll meet ;)
umi...umi kan ckp sume benda adalah islam dan citer umi pun islam juga pe, sbb Allah yg create kan citer nie kan. ada tarbiyyah dalamnya...=)
anenomus: waiyaki..alamak, kenapa kene jd aninomus adikku syg?..nway, cepat2 kita jmpa keh..
along: wahhhh, jzzk dear!anak dh pandai ingatkan mak..luv u..=)
Post a Comment