Thursday, April 21, 2011

kepada adik P...menjawab persoalan kenapa

aku sangat terharu bila menerima mesej dari seorang adik yang jauh dimata tentunya dekat dihati..(hiiiii, mesti adik tu senyum lebar).. kami tidak pernah bersua muka malah sangat jarang berbalas mesej.. tapi indahnya ukhwah bonding by akidah..salam dan doa tetap disambut dan didengari..segalanya dengan izin Allah. subhanallah..syukur tak terhingga.

nak menangis dl sebelum jwb soalan adik p boleh x?

sob3x....( x boleh nangis lame2.melemahkan iman. mengindahkan futurnya.)

astagfirullahal azim3x...

persoalannya sangat panjang..dan sungguh, aku bukan selayaknya orang utk memberikan jawapan kepadamu duhai adikku..tp semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat buatmu. lagi2 tatkala cutimu yang agak panjang buat masa ni.

***

kenapa susah untuk berubah?

kenapa masih ada sisa-sisa jahiliyah yang menempel di jasad2 kita? malah dihati kita juga?

kenapa terlalu mudah hati ini berbolak balik?

kenapa terlalu mudah sangat naik marah sampai ke otak bila menghadapi kerenah manusia yang pelbagai ragam?

kenapa?

kenapa?


terlalu banyak persoalan kenapa itu bermain-main diminda kita..

lagi-lagi bila diuji dengan kelapangan waktu atau bila terlalu sibuk juga..sehingga kita terlepas pandang sangat banyak perkara remeh..termasuklah bagaimana hendak menajga hati semua manusia di sekekliling kita..

adakah kita patut lari dari situasi tersebut?

seperti berhenti kerja?

atau pindah rumah?(oh, ini ujian utk aku)

atau senyap je la?(tindakan selamat)

sememangnya kita mengetahui dan mengimani bahawa matlamat untuk membawa islam itu sehingga ke ustaziyatul alam (pengikut kpd alam) tidak mungkin akan tercapai sebelum adanya individu-individu muslim yang berhimmah aliyah(cita-cita tinggiii sangattt).

adakah aku akan termasuk dikalangan individu2 muslim yang menjadi core foundation dalam pembinaan batu-bata itu (pembinaan ustaziyatul alam)?

sedang berusahaaaaaa....


ingatlah satu perkara;

"dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan kami, kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sungguh Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." (29:69)

beberapa kisah yang mungkin boleh menajdi jawapan kepada persoalan kenapa..kenapa..kenapa itu..

kisah satu

seorang ukhti A menceritakan ksiah ini kepadaku. ukhti A ini pernah diuji dengan rasa benci kepada seorang ukhti B. benci sehingga tidak boleh langsung melihat wajah ukhti B. Dan 2 ayat al-quran yang menjadi kekuatan kepada ukhti A ini adalah;

1. sabrun jamilun (12:18)-beautiful patient.

2. walirabbika fas'bir (74:7)- dan kerana Tuhanmu, BERSABARLAH.

dan ukhti A terus bersabar dan menyimpan perasaan benci tersebut. sedaya upaya dimaniskan muka dan dilayan ukhti B kerana faham rasa itu adalah tujahan syaitan dan juga tarbiyah dari Ilahi untuk menguji tahap kesabarannya. sehingga suatu hari, ukhti A tidak mampu, terlalu penat dan letih untuk berhadapan dengan situasi 'hipokrit'. akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhijrah sementara ketempat yang jauh dari ukhti B.

dan sebelum berhijrah, ukhti A meluahkan segala rasa yang telah allah hadirkan dalam hati sejujurnya kepada ukhti B.. malah berkali-kali ukhti A memohon ampun dan maaf kerana kehadiran rasa itu dan kekurangan dalam bersabar.

apa terjadi selepas itu?

sehari-sehari ukhti A tidak bersama ukhti B, setiap hari mereka bermesej dan ber FB..hanya kerana saling merindu.

dan mereka tetap bertemu selepas itu kerana satu titik persamaan antara mereka adalah berukhwah hy kerana Ilahi. maka, bila diuji ukhwah itu, mereka tetap menjalinkannya hy kerana Ilahi.

point penting: bersabar dalam proses perubahan.
allah akan menghadirkan rasa dan hadiah kemanisan dan nikmat kepada mujahadah kita di kemudian hari.

kisah 2

“wahai anak hitam” panggil Abu Dzarr kepada Bilal r.a.

Bilal r.a yang mendengar panggilan tersebut terdiam dan tidak membalas panggilan Abu Zar r.a itu. Dengan rasa kesal Bilal lantas pergi bertemu Rasulullah untuk mengadukan hal tersebut.

“Wahai Abu Zar, kamu telah menghina Bilal dan menghina asal usulnya. Ketahuilah Abu Zar, sesungguhnya kamu asal usulnya adalah orang jahiliyah sebelum masuk Islam, dan sesungguhnya dalam diri kamu masih ada sisa-sisa jahiliyyah”.

Abu Zar r.a merasa terpukul dan sangat menyesal. Lalu Abu Zar berlari mendapatkan Bilal r.a, Abu Zar merangkul Bilal sambil memohon maaf padanya. Tidak cukup dengan itu, Abu Zar meletakkan kepalanya di atas tanah seraya berkata;

“Demi Allah wahai Bilal aku tidak akan angkat pipiku dari atas tanah kecuali kamu injak pipiku yang sebelah lagi dengan kakimu. Demi Allah sesungguhnya kamu orang terhormat dan aku yang terhina”

point penting:

para sahabat yang lahir dari madrasah tarbiyah rasulullah s.a.w pun kekadang terlepas pandang tentang perkara jahiliyah yang tidak obvious. tetapi 1 sikap mereka, sami'na wa ato'na.. mendengar teguran, menerima teguran, dan berusaha untuk berubah dengan teguran tersebut. (hmmm, menarik bukan?)

so, kene berlapang dada menerima created peristiwa dari Allah. itu adalah tarbiyah dariNya..supaya kita menjadi daei serba boleh dan meletakkan ego ditempatnya.

kisah 3

Mu’az bin Jabal – mengingatkan sahabatnya:

إجلس بنا نؤمن ساعة (Marilah kita duduk untuk beriman sejenak).

Perkataan ini telah diambil oleh Ibnu Rawaahah, lalu ia berkata kepada Abu ad Dardaa’ (ra) sambil memegang tangannya:

تعال نؤمن ساعة إن القلب أسرع تقلبا من القدر إذا استجمعت غليانا (Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak).

point penting:

para sahabat yang sering duduk lutut ke lutut dengan nabi s.a.w pun asyik ajak duduk2 beriman sejenak sesama mereka...apatah lagi kita?kerana beriman sejenak itu adalah tazkirah.. beriman sejenak itu adalah kelas tarbiyah.

****
sebenarnya banyak lagi kisah yang nak sangat dikongsi..

apa yang pasti, sebenarnya daripa semua kisah-kisah diatas, ada 1 persamaan antara mereka. persamaan yang membawa mereka direct kepada titik perubahan lillahi ta'ala samada slow atau drastik.

iaitu



T.A.R.B.I.Y.A.H

kerana tarbiyah itu sifatnya merubah.....tidak mungkin rigid dan static disitu...


dan bagi aku... satu wasilah tarbiyah yang aku jamin boleh tingkatkan saqafah, fikrah, maintain dalam iman, mantain dalam amal adalah


U.S.R.A.H

kerana usrah itu wasilah tarbiyah muntijah...


so, hanya satu jawapan yang konkrit dari aku secara peribadi bagaimana untuk menghadapi kenapa...kenapa..kenapa itu adalah..


KEEP ON TRACK...USRAH

dan

bersungguh-sungguh dalam MELAKSANAKANNYA

insyaallah Allah akan bantu kita untuk membentuk peribadi muslim yang menjadi basic foundation dalam pembinaan bangunan islam menuju ustaziyatul alam. insyaallah.

jom sama-sama kita berusaha memperbaiki diri dan menyeru orang lain bersama-sama kita dalam mencapai 1 matlamat tertinggi iaitu MARDHATILLAH.


apa-apapun,

bersyukurlah kerana Allah menghadirkan rasa sensitif tentang jahiliyah itu kepada kita.

bersyukurlah kerana allah menghadirkan rasa alert tentang kepayahan saudara seislam kita di tanah yang bukan malaysia.

bersukurlah kerana Allah masih memberi kita hati yang mampu melihat dengan kacamata islam 'thats islam, thats jahiliyah!'

alhamdulillah3x

“Jika kalian bersyukur maka akan Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu.” (Ibrahim: 7)

maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi harus engkau dustakan?(55:13)

wallahuallam

ps: asif jiddan ukhti fillah andai tidak mampu memenuhi keperluan anti. love u fillah. not juz for adik P, tapi kepada semua yang bergelar ukhti. ^__^

2 comments:

aku.hamba.abdi said...

saya suka kisah bilal..
memang benar-para sahabat dahulu sgt mudah menerima teguran dan terus buat ap yg Nabi suruh...
.
.
.
.
.
.
.
kita niyh....
wallahualam

fi zhilalil tarbiyah said...

dhirar al-azwar...insyaallah, kita kan sedang berusaha menjadi pewaris kepada pemeagnag risalah rasulullah s.a.w dan para shbt...insyallah aminn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...