"Sarah join usrah k?"ty ayah suatu petang.
hmmm, aku sekadar mengangguk tanda mengiyakan. terkesima sebentar dengan pertanyaan itu. bagaimana ayah boleh tahu? adakah kerana melihat perubahan dalam diriku yang 'twist' 180 degree ini?
daripada bertudung selempang kepada tudung bulat sekarang.
daripada fesyen ala-ala artis kepada fesyen ala-ala ustazah.
daripada solat ujung-ujung waktu dan kadang-kadang x solat pun, kepada sharp on time.
daripada kasar dengan adik beradik kepada lemah lembut semacam.
terlalu mendadak mungkin perubahanku dalam masa lebih 4 bulan tidak pulang kerumah. serius, bukan aku sengaja untuk tidak pulang menziarah. tapi inilah gaya hidup aku dan A-Level ku di bumi INTEC yang kucintai ini.
mengapa agaknya aku cinta bumi ini?mengapakah?
subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar..
sebenarnya,
bumi ini sangat special bagiku..
tanah ini telah menjadi bukti perubahanku dan janjiku..
dinding-dinding dan batu batu disinilah yang menjadi saksi lafaz syahadah sebenarku..
kerana disinilah, di tanah inilah aku telah mengenali erti sebenar hidup berTuhankan Dia..
sebelum ini aku tidak pernah perasan hakikat sebenar tanda-tanda kekuasaanNya itu terdapat di segenap penjuru..
sungguh, aku tidak perasan..
sehingga setelah hampir aku tamat pengajian di sini, Allah telah campakkan rasa cinta untuk mencari cintaNya. cinta yang sebenar-benar cinta..
dan sayangnya Dia kepadaku lantas dihadiahkan satu wasilah yang sangat indah..
wasilah yang benar-benar menghidupkan kembali ruhku yang telah lama mati..
itulah dia 'usrah'..
"Demi jiwa serta penyempurnaannya.
Maka Allah mengilhamkan kepadanya(jiwa)jalan kefasikan dan (jalan-jalan) ketakwaan.
Sungguhnya telah mendapt kemenanganlah orang yang memnyucikannya.
Dan sungguhnya rugilah orang yang mengotorinya."(91:7-10)
subhanallah, inilah hadiah terindah dalam hidupku..
bila Allah menjentik hatiku untuk mengikut suara hati kearah jalan ketakwaan itu..
sungguh! aku tidak mengharapkan yang lain selepas ini melainkan semoga Allah tetapkan hatiku atas jalan cinta ini..jalan yang membawa aku dekat denganNya. jalan yang memperkenalkan aku tentang keindahan hidup dengan rasa perhambaan dan pergantungan TOTAL kepadaNya..
******
******
******
"Ayah dulu pun masa kat UK join usrah juga.." perlahan ayah mula bercerita kepadaku.
sungguh! kata-kata itu memecahkan lamunanku yang panjang sekaligus mengembalikan mindaku yang melayang sebentar tadi kepangkal jalan.
aku memandang ayah dengan senyum yang aku kira ada gaya-gaya kejutan.
" tapi ayah x kekal bila dah balik malaysia.......satu kerugian.."ada sedikit keluhan kecil bersama dengan ayat penyataan itu.
kutahan airmata untuk tidak keluar. Allahurabbuna, alirkanlah rasa kasih ini kepada ayahku ini.
dan aku hy mampu memeluk ayah tanda syukur kerana aku berpeluang merasai nikmat sepertimana ayahku dahulu.
dan aku berjanji..
tidak mungkin aku akan mengulang kisah yang sama ini suatu hari nanti bersama dengan anakku.
"Ya Allah, tsabatkanlah aku atas jalan ini."
amin
2 comments:
subhanallah.. indahnya tarbiyah dari Allah.. belum terlambat ayah.. dan sarah.. kuatkan usahamu.. Allah sayang kamu.. begitu juga keluarga mu..
~kak mum.. kisah benar akhawat intec ke? nak jumpa.. huhu.. insyaAllah.
syifa: heheeee...semoga syeera terus kuat!gencarkan jakarta keh!
Post a Comment