Monday, October 8, 2012

Steroid


Sedari dulu, sejak awal kita mengenali allah, apatah lagi setelah mengenali erti tarbiyah, kita mula yakin dengan rezekiNya. Dalam surah az dzariyat ayat 56-59 Allah dah statekan yang Dia tak minta pun kita bg makan kepadaNya, malah Dia yang Maha Memberi Rezeki.

Tetapi bila kita makin dewasa, dan makin diuji dengan kesempitan hidup, kekadang hati tetap goyah dan risau bila tgk dalam akaun telah mula menghampiri ~0, diri sendiri masih terkulat-kulat mencari kerja tetap. Usrah sendiri, usrah adik2 dan program tarbiyah still kene dikendalikan dan kekadang memakan duit sendiri juga. Benar, hati mula goyah berfikir-fikir untuk berinfaq. 

Namun begitu, sayangnya Dia kepada kita, masih Dia lorongkan hati kita untuk tetap cenderung bersama dalam gerabak tarbiyah ini. Walau payah.. Walau ditekan dan tertekan.. Hakikatnya, disaat kepayahan  itulah adanya kemanisan.. iaaa, kerana bersama kesulitan sudah tentu ada kemudahan.

Dan aku? Aku sedang menulis dikala 'futur' menjengah.. Kerana aku memandang luahan hati disaat futur itu adalah mujahadah. Dan semoga amal ini memberi kekuatan kepadaku untuk terus istiqamah dan sabar diatas jalan jihad ini..^__^

sungguh, aku mengaku, diri sendiri sdg struggle utk istiqamah dijalan ni, untuk membalance kan segala fasa transisi ini.. dan setiapkali aku melafaz 'alhamdulillah' dikala hati payah, itulah salah satu kekuatan, dan setiapkali aku memaksa diri untuk bertemu lutut kelutut bersama akhawat, ada sinar kekuatan selepas itu,dan setiapkali aku rasa sakit untuk beramal, ada nilai kemanisan yang aku peroleh dengan mujahadah itu.

Dan aku mula tahu, inilah tarbiyah dari Allah untuk menguatkan aku yang sedang lemah. Ketika aku warded di hospital br2 ni, ada beberapa kali student 4th year dan 5th year yang praktikal disitu datang kepadaku dan meminta nasihat.. Sungguh aku tak tahu dimana kekuatan yang mereka nampak dariku.. Mungkin benar, tatkala kita berasa lemah, ada orang lain yang nampak nilai kekuatan kita.. dan tatkala kita kuat, jangan bongkak dengannya kerana mungkin ada yang terasa lemah dengan kekuatan kita.. astagfirullahalazim3x

Disaat ini, aku sedikit risau ttg kesihatanku.. beberapa kali aku termimpi perkara bukan2..astagfirullahalazim3x.. Selepas keluar wad tempoh hari (masuk wad hari rabu-jumaat sebab platlet 19,hb 9 and gum bleeding), aku kene makan semula ubat prednisolone(steroid) yang pernah menyebabkan aku jadi moon face 9 years ago. Lebih merisaukan, I am pragnent now..Bila search2 efek pred ni kepada kandungan,memang macam2, dr. kat hospital serdang pn ckp macam2 tapi aku lebih suka nak bertanya my specialist khamis ni.. Appoinment with my dr. bahariah kat PPUM. Semoga ada pencerahan disitu insyaallah. Hanya allah mampu pelihara lil caliph mama dan papa. semoga mujahid/mujahidah ini terus kuat,sabar,dan tabah.. seperti kami mama dan papa yang sama2 sedang struggle juga membina kekuatan dalam BM yang br terbina ni.

Allah sahajalah tempat kami memohon dan bergantung.. Setelah segala cinta dan kasih sayang dan rahmat yang Dia berikan kepada kami, kami merayu lagi agar diberi lebih kekuatan untuk terusssss bersyukur denganMu.. ya Allah..amin

wallahuallam



Monday, October 1, 2012

3bulan..

bismillahirrahmanirrahim..

Terlalu lama aku menyepi disini. Bukanlah bermakna langkah itu mati atau suara ini bisu untuk bercerita. Tetapi aku hanya mengambil masa untuk transition ini. Sejujurnya, kerapkali aku berharap boleh lama lagi beralasan untuk fasa transition ini, tetapi setiapkali melihat kekuatan dia, aku malu sendiri. apatah lagi bila melihat orang yang pernah ditatang, ditatih olehku mula memahami dan merasai keindahan jalan ini.. aku lebih malu lagi..

Tidak cukupkah hampir 4 tahun berada dalam gerabak ini untuk kau lalui fasa yang cukup menguji? kerapkali aku bertanya soalan itu sendiri..Iya, tidak cukup... 4 tahun itu hanyalah preparation sebelum melangkah ke university yang sebenar.. university of tarbiyah, university of mujahadah.. university yang tiada diketahui tarikh graduation melainkan hanya Allah shj yang Maha Mengetahui.


aku ingin menulis panjang lagi...sungguh! kerana aku sedang bermujahadah untuk terus bernafas bersama DNT yang sangat kurindui. Thanks allah...

ps: alhamdulillah, kandunganku sudah lebih 3 bln.. morning sickness dah berkurang. Tapi ada masa-masa bila terlalu banyak beraktiviti, terasa mudah sangat nak collapse dibandingkan dulu (bujang senang).. Platlet makin turun, bleeding almost happend. May Allah ease until the mujahid/mujahidah ini lahir dengan selamat kedunia. amin..alhamdulillah, jalan ini makin berduri, tetapi aku sedar kuncinya adalah SABAR dan SYUKUR..syukran utk semua yang mendoakan..

Alhamdulillah




Thursday, July 12, 2012

Ikatan Mitsaqan Ghaliza


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t 

Cinta Sang Putera
Satu dalam sejuta 
Setulus bicara
Sejujur lafaz kata
Sukar ditafsir tetapi keikhlasannya nyata
Hati tenang
Sejuk mata memandang.

Tatkala hati terusik
Dia sebagai perantara
Sehingga lafaz itu berbisik
Cinta mekar dalam 2 jiwa
Cinta sang Putera
Taruhan hingga ke syurga.

saat terikat mitsaqan ghaliza
 23/1/2012

Alhamdulillah Thummalhamdulillah Thummalhamdulillah..
Syukur tak terhingga dipanjatkan kepada Dia yang memiliki segala apa yang ada dilangit dan di bumi. Syukur dipanjatkan jua kepadaNya pemilik segala rasa dan cinta makhlukNya. Selawat dan salam buat Rasulullah junjungan, para sahabat baginda, ahlul bait dan mereka yang terlebih dahulu beriman dalam melalui jalan cinta para pejuang.

Sebagaimana perasaan yang mula mekar ini adalah anugerah Ilahi, saya meletakkan enta(baca: saudara lelaki) juga sebagai anugerah Ilahi yang wajib disantuni selayaknya seorang zauj yang cinta kepada Ilahi. Jazzakallahukhairan kasira kerana berusaha menjadi soleh untuk saya yang sedang berusaha juga untuk mensolehahkan diri.

Pernikahan ini bukanlah cinta semata-mata. Ia adalah satu perjanjian antara kita dan Allah bahawa tanggungjawab sebagai a’bid dan khalifah itu kita bina bersama-sama. Mahligai di syurga itu kita bina bersama-sama. Khalifatullah dan pewaris khalifah itu kita bina bersama-sama.

Hakikat 1001 perasaan yang sedang bercampur baur didalam dada ini tidak mampu untuk ditafsirkan dengan tulisan hatta buku cerita. Namun nilai kesyukuran itu seharusnya kita buktikan dengan amal yang lebih baik kepadaNya. Itulah erti tsabat untuk kita.

Sebagaimana qadar pengakhiran kita syurga atau neraka? Allah telah mengetahui sedari awal lagi. Kita langsung tidak mengetahui. Disebabkan ketidaktahuan itu maka hakikatnya kita punya choice untuk beramal sebagai ahli syurga atau beramal sebagai ahli neraka. Untuk istiqamah dalam amal atau main tibai sahaja. Kerana takdir itu ditangan Ilahi, bukan individu/peribadi.

Begitu juga, tsabat itu bukan terletak diatas tangan kita tetapi hanya Allah yang telah mengetahui. Kita tidak mengetahui takdirnya kita tsabat atau tidak. Kita tidak mengetahui  mustawa(level) manakah kita dimata Ilahi. Kerana itu, kita punya choice untuk terus tsabat atau tidak. Kita punya choice untuk meningkatkan mustawa dimata Ilahi atau tidak. Dimata manusia? Itu belakang kira..


Kerana itu, kumohon dengan penuh rendah hati kepada zauji tercinta, mitsaqan ghaliza yang telah termaktub ini telah membuka jalan yang besar untuk kita ke syurga. Disebabkan itu, marilah kita bersama-sama menyandarkan segala nikmat ini hanya untukNya, kepadaNya dan bersamaNya. Kelak mahligai syurga yang sedang terbina itu akan sentiasa bercahaya menanti kepulangan kita kesana.

Semoga kita sama-sama terus tsabat sehingga Dia menentukan pengakhiran kita samada menang bersama islam atau syahid dipertengahan perjuangan. Kerana zaujahmu sangat mengimpikan saat lafaz ikatan mitsaqan ghaliza sekali lagi dihadapan Ilahi, para malaikat dan seluruh penghuni langit seketika sebelum melangkahnya kita bersama-sama ke syurga. amin amin amin

wallahuallam
wassalam  

ps: Jazzakumullahukhairan kasira (semoga Allah membalas kepada kalian dengan kebaikan yang lebih banyak) kepada ibu bapa kami berdua, ahli keluarga tercinta, saudara mara yang bertungkus lumus membantu, akhawat/ikhwah, para sahabat kami, dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam wajlis akad nikah dan walimah kami. Jazzakumullahukhairan kasira atas butir2 doanya. Doakan awal hubungan ini BARAKAH, pertengahannya BARAKAH sehingga kita bertemu kembali bersama-sama disyurga kelak dengan penuh BARAKAH. insyaallah aminn


wallahuallam


Monday, June 18, 2012

Senda Gurau dan Permainan


Setiapkali kita melangkah kehadapan, setiap itu kita akan terpijak batu dan tersadung dgn kayu-kayu yang menghalang laluan kita. Kekadang kita terpijak batu yang sama dan kekadang kita tersadung kayu yang sama. Itu sungguh memeritkan. Tetapi setiapkali perit itu dirasai, kita beringat untuk tidak melalui tempat yang sama. Fasa yang sama.

Semakin lama kita berjalan, semakin banyak batu yang dipijak dan banyak kali juga kita tersadung melanggar kayu yang menghalang jalan. Pernah juga kita terjatuh sehingga terduduk kerananya. Atau terluka kaki, berdarah kerananya jua..  tetapi atas dasar cinta Ilahi kepada kita, dan keyakinan kita dengan rahmatNya, alhamdulillah.. kita tetap bangkit dalam payah.. untuk terus berjalan kehadapan..

Itulah kehidupan. Idealnya kita merasakan kehidupan itu sangat indah andai ia berjalan dengan smooth, tanpa dugaan dan cubaan.. tanpa angin, ribut dan taufan..Tetapi Allah jua berfirman dunia ini adalah sendagurauan dan permainan(57:20). Mana mungkin permainan akan berakhir sebelum menang atau kalah ditentukan. syurga atau neraka jadi penentuan. astagfirullahal azim3x.

airmata laju.. dunia ini hy permainan dan sendagurauan.. tetapi hy orang yang terpilih shj sedar tentangnya..dan beramal dengan redha kepadaNya..

Jika matlamat kita besar, kita akan rasa segala apa yang datang kepada kita tu kecik jer walau ia payah.. so, duhai jiwa yang besar, bersabarlah dengan kesabaran yang besar..

wallahuallam




Monday, June 11, 2012

Tsa'labah yang mencintai syurga


Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.
Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.
"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."
Rintihan Tha'labah
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"
Cita-citanya hanya Syurga
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."
Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?
Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

sumber: http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/4511-thalabah-kisah-pemuda-yang-cintakan-syurga.html

Thursday, May 31, 2012

Sejuta Harapan




Bilaku kenang kisah tersadungnya aku dijalan ini, terasa ingin sujud menyembam wajah kebumi. Malu dengan dosa-dosa lalu, tetapi sangat terharu dengan hidayah dan kasih sayangNya. 

Yes, kebanyakan manusia hy melihat siapa kita dan dimana kita berada sekrang. tetapi ke'struggle'lan kita dalam mencapainya.. wallahuallam hanya Allah yang tahu.

kekadang kita ceritalah segala macam kepayahan kita kepada manusia, hatta dia adalah akhawat..blh jadi je mereka juga tidak faham..

Sejak beberapa waktu ini, aku terasa dunia ini sungguh menyesakkan. Pelajaran aku sungguh membebankan, kerjaku sungguh menekan. Sehingga beberapa kali aku terfikir untuk quit daripada master ni.  Dan disaat ini, aku terasa ingin sungguh2 menangis keapdaNya, tetapi airmata itu seolah-olah beku.

Pernah suatu ketika beratnya apa yang tersimpan dan dilalui sehingga aku berlari sebentar ke rumahNya. Cukuplah 1 waktu solat untuk aku menangis sepuas-puasnya. Kerana hanya Engkau yang memahami.

Teringat aku di UK dl pn, beberapa kali aku berlari ketengah hutan hanya kerana inginkan ketenangan disisiNya.

Ya Rasulullah, kuketahui perasaan yang menyebabkan dikau berlari ke gua hira, beruzlah disana sehingga penurunan wahyu pertama diberikan kepadamu.. sungguh! dunia ini sangat menyesakkan..

tetapi hanya kerana rahmat dan kasih sayang Dia yg terlalu besar, maka diberikan keringanan dan kemampuan untuk kita laluinya.. sweet kan Allah tu? huhuu

Maka, serahkanlah jiwa,raga dan kehidupan kita kepadaNya..

Dia akan menjaga kita..dan Dialah sebaik-baik penjaga.

duhai mumtazah,

Dan kerana Tuhanmu, maka bersabarlah (74:7)

duhai mumtazah,

banyakkanlah berfikir tentang ummat instead of yourself..kelak engkau akan redha dan bersyukur


La…la…la
Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku

Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku

Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu

Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu 2x





Thursday, May 24, 2012

Hebahan dan Jemputan



Astagfirullahalazim3x

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum w.b.t

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih dan sayang." (surah maryam:96)


Dengan lafaz penuh kesyukuran dan rendah hati kami memohon doa dari kalian agar baitulmuslim yang bakal dibina ini tetap dalam BARAKAH MAWADDAH dan SAKINAH sehingga ke syurga. Amin.


Doakan sebelumnya adalah BARAKAH, saat ijabkabulnya adalah BARAKAH dan selepasnya tetap BARAKAH sehingga kami bertemu kembali bersama-sama kalian disyurga kelak dengan penuh BARAKAH. Amin Ya Rabbal Alamin


Jazzakumullahukhairan kasira


wassalam





Monday, May 21, 2012

Dikaulah asetku!



Apabila melihat mereka sudah bertatih, jatuh dan bangun.. dan mula mengenal tabiat jalan tarbiyah ini, 


Aku jadi sungguh terharu....


Sungguh aku menangis..


duhai para jundi! 


kalian adalah asetku dihadapan Allah kelak..


Teruskanlah melangkah walau kekadang engkau terasa ingin jatuh menyembam kebumi dan mengharap Allah mematikan dikau disaat itu juga..Teruskanlah bangun dan melangkah..


Sedikit sahaja lagi!!!!!


Pintu syurga sedang menanti hati-hati seikhlas antunna semua!! Silalah berlari lebih kencang..lebih kencang malawan murabbiahmu ini(walau aku malu untuk mengaku akulah murabbi..mungkin tidak..asifff)...


Tulisan yg dikongsikan oleh anak ummi:
Jika anda mulai menginginkan dunia, katakan kepada diri anda sendiri, "Wahai diri, sungguh kamu telah menghabiskan separuh lebih dari perjalananmu menuju Allah, sisanya tinggal sedikit sahaja. Oleh kerana itu, bersabarlah di atasnya! Wahai diri, janganlah kamu sia-siakan amal soleh yang telah kamu kerjakan, bangunmu di waktu malam dan siang, dan kelelahanmu selama bertahun-tahun di jalan Allah dalam masa yang hanya sebentar ini! Kesabaran ini tidak akan lama! Bersabarlah! Sesungguhnya kedudukan cobaan itu seperti tamu, ia pasti akan segera mohon diri. Wahai kaki-kaki penopang kesabaran, teruslah bergerak! Sungguh, yang tersisa tinggal sedikit lagi!"
-dari  Dr. Najih Ibrahim

Wallahuallam

Thursday, May 10, 2012

Gila dengan kerja gila



“Akak suka kaler biru ye?” ty anak usrahku.

“Oh kenapa ty macamtu?” tyku kembali.

“Sebab akak banyak barang kaler biru.” Balas adikku.

Hmmm, aku hanya senyum tak tahu nak mengiyakan atau tidak. Aku memandang diriku. Tudung biru, baju biru, beg biru, kereta abah pun biru.. opppsss kasut hijau. (tettttt..langsung tak matching).

Serius, aku sendiri tak berapa nak perasan apa kaler baju aku sebelum ditanya adikku. Serius aku sendiri tak perasan kesukaanku sehinggalah ditegur oleh orang lain.

Hakikatnya aku sendiri dah terlupa apa kaler yang aku suka. Apa makanan yang aku suka.. Senang cerita, redah je..Kalau dulu, bila nak keluar rumah wajib pakai matching dari atas sampai bawah. Kalau tak sangat malu kot nak keluar rumah. Tapi sekarang kadang-kadang terlupa pakai semua biru tapi kasut hijau. 

Pelik!?.. kadang-kadang pakai baju hitam, tudung main taram je kaler ape.. sauk je yang paling cepat, pantas dan mudah.. comotkah? Tidakkk laaa.. penampilan still dijaga Cuma aulanya, masa yang diperuntukkan untuk berfikir pasal pakaian sekejap je. Apa yang ade dihadapan mata, yg paling sedap dipandang, diambil.. dan apa yang paling penting adalah pakaian takwa itu.. pakaian dalam kita..hati kita..

Hakikatnya, mengenali tarbiyah menajdikan aku terlupa banyak perkara yang selama ni dominan dalam hidupku.. eh bkn terlupa tapi tak sempat nak PK pasal tu..


Tarbiyah telah merubah hidupku serius! Dan aku yakin ia juga terjadi kepada antunna.. yang juga alien dalam kalangan manusia.. antunna yang juga berada dalam track yang sama denganku.. Cuma mungkin gerabak kita berbeza.. tp kalau jumpa memang gegak gempita dunia.. bertanya soalan-soalan rabbani dan haraki.. “apa khabar imanmu?”, “ bagaimana anak2 usrahmu?”, bagaimana imanmu?”, bagaimana waqie mu?”

Allahuakbar!
Kalau dulu, kita makan-makan kat midvalley dengan kawan2 sambil shopping baju, kasut, perfume, barang2 dapur.. tambah lagi sembang-sembang dari pagi sampai ke malam tak terasa pun..

Kalau dl.. kelaur masjid jamek..shopping2,, solat kejap kat masjid merah tu then sambung lg shopping..huhu

Macamtulah itulah dunia paling best kita.. Bila dapat kasut baru, baju baru, dapat elaun beribu-ribu.. Allahhhh..



Sehinggalah kita terjumpa satu jalan pelik nih.. jalan yang membuang segala unsur-unsur kepuasan duniawi.. jalan yang menjadikan kita berani buat kerja gila dengan yakinnya..

jalan yang menyampaikan kita kepada hak yang aku punya adalah milik orang lain juga.. Kereta aku boleh dipakai oleh akhawat lain.. baju aku boleh dipakai oleh akhawat lain.. rumah aku boleh diguna oleh akhawat lain.. duit aku duit akhawat lain.. makanan aku pun makanan akhawat lain..

jalan yang membina networking keseluruh pelusuk dunia.. yang tanahairnya adalah islam semata-mata.. Kemanapun kita pergi, tidak mungkin kita risau untuk menyendiri..kerana kita yakin tanahair yang dipijak tetap sama..

sedangkan bila kita bercerita kepada orang lain yang belum merasai nikmatnya..mereka akan mengerut dahi sambil berkata:

 “gila ke ape ko ni!?”

Lalu dijawab oleh kita didalam hati;

"Errr iya mungkin barangkali benar aku gila….kerana Muhammad s.a.w juga dikatakan begitu.. dan itulah nikmatnya…nikmat menjadi gila dengan kerja gila.."

wallahuallam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...