Ramai di kalangan para da’ie masa kini yang belum benar-benar
memahami tentang selok-belok dan tujuan yang harus mereka ikuti;
memahami
berapa jauhkah jarak yang akan mereka tempuh.
Mereka belum insaf bahawa
da’wah adalah pengorbanan.
Mereka belum mengerti tentang apa yang harus
mereka korbankan dalam melaksanakan tugasnya itu,
baik yang berupa harta
dan jiwa raganya.
Hal ini menyebabkan para da’iee sering menjadi contoh yang
tidak baik terhadap ajaran Islam yang mereka sampaikan kepada masyarakat.
Mereka menjadi contoh yang tidak mulia terhadap perbuatan baik yang mereka
kemukakan dalam Amar-ma’rufnya.
Dengan demikian mereka menjadi beban
yang berat bagi da’wah.
Mereka menjadi batu penghalang yang
memperlambatkan kelancaran da’wah.
Di antara mereka ada yang menyangka bahawa perintah-perintah Islam
itu gugur dari pundak mereka kalau mereka sudah menulis buku tentang Islam,
atau menulis artikel yang dimuatkan dalam surat khabar atau majalah,
atau
menyampaikan khutbah yang jitu di masjid,
atau mengisi pengajian tetap.
Ada
pula yang menyangka bahawa puncak kemuliaan dan kedudukan yang dicitacitakan
ialah terdaftar namanya sebagai pengurus yang aktif dalam sesuatu
jama’ah Islam dan nampak kegiatannya menghadiri program-program yang
bertujuan memajukan jama’ah itu....!
Kita tidak ragu lagi bahawa mereka ini dan mereka itu adalah para
petugas yang baru tegak di pinggir da’wah,
di tepi ‘amal keislaman.
Mereka
belum turut terjun ke bidang da’wah.
Mereka malahan belum turut masuk ke
RUANG LINGKUP agama Islam yang sebenamya,
malah masih belum turut
menghirup udaranya yang segar…!
Pengertian yang benar tentang tugas ber’amal dalam Islam,
seharusnya
mendarah daging dalam fikiran mereka yang bertugas di lapangan itu.
Mereka
sedang mengajak masyarakat dan memberi contoh untuk mengerjakan sesuatu
yang bernama “PENGORBANAN”.
Pengorbanan dalam ertinya yang luas,
melewati batas-batas jenisnya dan sifatnya. Pengorbanan mencakupi segala
peredaran dalam roda Islam,
walau bagaimanapun hangatnya keadaan dan
suasana alam sekitar,
dan bagaimanapun beratnya tugas yang harus
dilaksanakan!
bagaimana kita menyeru kepada islam .fathi yakan.
3 comments:
salam kak mum.
rasa cam pernah bce n familiar ngn words2 ni.
tp x pena baca lagi buku bagaimana kita menyeru kepada islam by fathi yakan ni.
mybe ade author laen quote kata2 fathi yakan rasanya..
teruskan langkah perjuanganmu kak mum!!
doakan kita sama2 trus thabat,insyaAllah3..
rinduuuu.......
adikmu,
fieqa :))
pjuangan mnuntut pngorbanan...
smge kte kuat n sntiase b'juang hatta b'korban di jln Allah.
lillah hi ta'la..
salam pjuangan.
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan ditengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Post a Comment