Tuesday, July 27, 2010

~Ijazah vs risalah

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Mengasihani
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi yg mencipta dan mentadbir alam buana mengikut kehendakNya,seiring sunnatullah dan janji-janjiNya. Tiada yg lain melainkan Dia yg lebih berkuasa menentukan segala takdir lg Maha mengetahui segala sesuatu. Syukur jua atas segala nikmat drnya yg x terhitung hikmah dan rahmatnya. sesekali Dia menguji kita, tentunya sebagai ingatan bahawa sebesar manapun pengorbanan kita dalam jalan dakwah dan tarbiyah,namun tentunya tiada langsung mengurang atau menambahkan kekayaan dan keagunganNya..betapa besar jua yg kita korbankan hatta tenaga,wang ringgit atau masa, namun segalanya tidak langsung membantutkan tugasan Allah dlm mentadbir alam buana..ini kerana, segala apa yg kita usahakan hylah utk diri kita sendiri. Pembinaan kehidupan dan cara hidup kita di dunia akn membentuk mahligai tertentu utk kehidupan abadi di akhirat yg bakal tiba. Penuaian di akhirat kelak akn membuktikan segala bayaran jual beli kita di dunia ini. betapa Pengasih Lg Penyayangnya Dia kerana dgn lemah lembut memberi peluang dan ilham utk kita berjuang di medan dakwah dan tarbiyah..kekadang enaknya melalikan kelapangan yg lalu..dan tentunya kekadang kesempitan menambahkan kesabaran, cuba jauh dr tersungkur..segalanya hy kerana Dia.wallahuallam

"nikmat Allah yg mana lg harus engkau dustakan?"(55:13) “Dan kunci2 segala yg ghaib ada padaNya,tidk ada yg mengetahui selain Dia.Dia mengetahui apa yg ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pn yg gugur dan tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pn dlm kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yg basah @ yg kering yg tidak tertulis dalam kitab yg nyata(luh mahfuz).(6:59)” Melalui ayat ni, telah jelas bahawa segala yg telah berlaku,akan berlaku, dan telah berlaku adalah drNya semata. Mengimbau kembali kisah panjang INI SEJARAH KITA, telah jelas kisah2 terdahulu yg membentuk satu formula yg boleh kita gunakan utk mencapai matlamat dunia baru islam. Melihat ummat sejagat yg sedang tenat terhoyong-hayang mencari erti kehidupan, terasa sgt kasihan dan betapa aku menzalimi diri sendiri, lemahnya mujahadah bila hy mampu membeku dan menyimpan hasrat yg bernanah dlm jiwa yg sakit. Sangat sakit pabila diri tidak mampu meluahkan dan mengalirkan aura tarbiyah kepada mereka yg bergelar manusia awam..namun alhamdulillah terasa sgt bersyukur juga kerana dibukakan mata dan hati utk menyedari ttg betapa ummat sekarang sedang tenat, alhamdulillah kerana diberi kekuatan utk bergerak dimedan tarbiyah dan dakwah dan tentunya alhamdulillah bila diberi kefahaman bhw dakwah dan tarbiyah bukanlah laluan jln karpet merah dan bunga2 mewangi, bukan utk memanjakan diri atau SPA kn jasadi. “Apakah kamu mengira bhw kamu akn masuk syurga padahal belum nyata bg Allah org2 yg berjihad diantara kamu dan belum nyata org2 yg bersabar.”(3:142) Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini
lagu IKRAM Bila mengenang blk zaman jahiliyah yg lalu, betapa tak terungkap kesyukuran bila dikurniakan nikmat kefahaman bermula dengan pertemuaan dan percintaan yg terbina dlm usrah. Starting with usrah, aku start mengenali apa erti cinta, kasih dan syg yg dtgnya dr Dia. Pernah daku bertanya pada murabbiah bagaimanakah utk kita maintain dalam dakwah.. dan satu2nya jawapan tiada lain melainkan maintainkan diri dalam tarbiyah(usrah)..jika kita tercicir dalam usrah, tiada harapan utk meneruskan perjalanan dakwah..Tuntutan dakwah tidak memerlukan kita untuk belajar semata namun kita perlu mengajar..give and take!
Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.(3:79)
~DALIL KEPENTINGAN USRAH~
dan apabila kita tercicir dr tarbiyah...
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.(43:36)
Oleh yg demikian,betapa jelasnya kepentingan tarbiyah dalam penerusan penyampaian risalah. Perasankankah kita bhw risalah ini adalah satu anugerah Allah buat manusia? inilah nilai penghargaan dan pengijazahan dr Allah Yg Maha Agung, betapa agungnya Dia krn memberi satu risalah yg takjub utk kita fahami dan yakini. Dan risalah yg dibawa bukanlah utk kebanggaan ‘degree from Allah’ semata, namun risalah yg agung ini mempunyai satu kepentingan utk dunia dan ummat sejagat. Cita2 kami bukanlah setakat membina kehidupan kami sendiri, namun inilah risalah yg dibawa utk melepaskan ummat manusia drpd penghambaan sesama manusia semata. Allahu ghatuna, Ar Rasul qudwatuna, Al-Quran dusturuna, Al Jihadi sabiluna, Al Mautufi sabilillah, asma amanina.. ‘Allah mengutuskan kami utk kami selamatkan manusia dr penghambaan sesama manusia kpd penghambaan kpd Allah semata” Tiada yg lain melainkan kerana Allah Tiada yg lain melainkan kpd Allah

Monday, July 12, 2010

~KUM fa'anzir duhai pemuda!!!!!!!

Dengan nama Allah Yg mentadbir langit dan bumi dengan kehendakNya
Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut;
1. keyakinan 2. kejujuran 3. semangat 4. tindakan
adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda. sejak dahulu hingga sekarang, pemuda tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan. ~keratan kata2 hassan al banna
BINGKAI KEHIDUPAN Mengarungi samudera kehidupan Kita ibarat para pengembara Hidup ini adalah perjuangan Tiada masa tuk berpangku tangan Setiap tetes peluh dan darah Tak akan sirna ditelan masa Segores luka di jalan Allah 'kan menjadi saksi pengorbanan Reff : Allahu ghaayatunaa Ar-Rasuulu qudwatunaa Al-Qur'aanu dusturunaa Al-Jihadu sabiiluna Al-Mautu fii sabilillah Asma amaanina Allah adalah tujuan kami Rasulullah teladan kami Al Qur'an pedoman hidup kami Jihad adalah jalan juang kami Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi bangkitlah duhai pemuda!!

Wednesday, July 7, 2010

dakwah bukan permintaan tp pengorbanan

Ramai di kalangan para da’ie masa kini yang belum benar-benar memahami tentang selok-belok dan tujuan yang harus mereka ikuti; memahami berapa jauhkah jarak yang akan mereka tempuh. Mereka belum insaf bahawa da’wah adalah pengorbanan. Mereka belum mengerti tentang apa yang harus mereka korbankan dalam melaksanakan tugasnya itu, baik yang berupa harta dan jiwa raganya. Hal ini menyebabkan para da’iee sering menjadi contoh yang tidak baik terhadap ajaran Islam yang mereka sampaikan kepada masyarakat. Mereka menjadi contoh yang tidak mulia terhadap perbuatan baik yang mereka kemukakan dalam Amar-ma’rufnya. Dengan demikian mereka menjadi beban yang berat bagi da’wah. Mereka menjadi batu penghalang yang memperlambatkan kelancaran da’wah. Di antara mereka ada yang menyangka bahawa perintah-perintah Islam itu gugur dari pundak mereka kalau mereka sudah menulis buku tentang Islam, atau menulis artikel yang dimuatkan dalam surat khabar atau majalah, atau menyampaikan khutbah yang jitu di masjid, atau mengisi pengajian tetap. Ada pula yang menyangka bahawa puncak kemuliaan dan kedudukan yang dicitacitakan ialah terdaftar namanya sebagai pengurus yang aktif dalam sesuatu jama’ah Islam dan nampak kegiatannya menghadiri program-program yang bertujuan memajukan jama’ah itu....! Kita tidak ragu lagi bahawa mereka ini dan mereka itu adalah para petugas yang baru tegak di pinggir da’wah, di tepi ‘amal keislaman. Mereka belum turut terjun ke bidang da’wah. Mereka malahan belum turut masuk ke RUANG LINGKUP agama Islam yang sebenamya, malah masih belum turut menghirup udaranya yang segar…! Pengertian yang benar tentang tugas ber’amal dalam Islam, seharusnya mendarah daging dalam fikiran mereka yang bertugas di lapangan itu. Mereka sedang mengajak masyarakat dan memberi contoh untuk mengerjakan sesuatu yang bernama “PENGORBANAN”. Pengorbanan dalam ertinya yang luas, melewati batas-batas jenisnya dan sifatnya. Pengorbanan mencakupi segala peredaran dalam roda Islam, walau bagaimanapun hangatnya keadaan dan suasana alam sekitar, dan bagaimanapun beratnya tugas yang harus dilaksanakan!
bagaimana kita menyeru kepada islam
.fathi yakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...