Thursday, February 10, 2011

~Kisah Mr.J

Salam,

p/s: entri ini ditulis pada 7/2/11 (klimaks kepada masalah blog ni)

Terasa nak sangat share tentang apa yang sedang berlegar-legar difikiran..

selepas cuti yang sangat panjang(5hari berada di rumah, terasa benar-benar menguji tarbiyah dzatiyah..


ah!sememangnya kita akan sentiasa diuji dengan setiap pernyataan kita)..Kerehatan itu benar-benar mencucuk sanubari..sangat takut dan sangatlah takut bila terlintas ‘bestnye berehat.’..Allahuakbar!

lemahnya iman aku..tatkala diuji sedikit dengan rehat, bolehnya terlintas kata-kata itu..astagfirullahalazim.

Dan kerehatan itu juga telah membuka ruang besar kepada syaitan untuk membisikkan rasa best dengan berehat dan rasa best melayan perasaan.akhirnya jatuhlah kelembah angan2 dan hilangnya rasa nikmat untuk bermujahadah..astagfirullahal azim.

Indicator berjaya atau tidak usaha syaitan, lihatlah kepada mutabaah amal sepanjang cuti dirumah dan tahap iman tatkala hari pertama pulang ke kuliah atau ke tempat kerja. Inilah matlamat syaitan dalam merubah seorang yang mengaku dirinya adalah daei.dihadirkannya angan-angan dan indahnya dunia.

“dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan,anak-anak,harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan,haiwan ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup didunia dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik.”(3:14)

sebolehnya dia akan membuat apa sahaja untuk menundukkan kita kembali kepada jahiliyah dulu.dan kerehatn itu adalah saat paling dinanti oleh mereka.tatkala itulah mereka membisikkan keindahan lagu-lagu korea yang kita terdengar secara tak sengaja bila adik2 kita membukanya, bestnya cerita-cerita jepun zaman dulu kala yang kita ter’join’ tengok bersama adik kita,syoknya dikasihi atau mengasihi manusiawi berlainan jantina…etc..itulah jahiliyah kita..



menyebut tentang isu berlainan jantina ni, aku amat yakin sangat ramai akhawat yang pernah terjebak dalam kancah ‘cinta luar biasa’ zaman jahiliyah. Dan sudah pastinya mr.J itu telah dihapuskan dari kamus hidup akhawat fillah.

Oh!mungkin tidak mampu untuk melupakan. Lebih afdal kita gunakan perkataan sedang bermujahadah untuk melupakan segala identity mr.J ni.

Mungkin ada juga yang masih dikacau dengan sms,email yang berbaur islamik kononya namun akhawat tetap kuat dalam mujahadah untuk tidak melayan LANGSUNG apa-apa yang menghadirkan extra ingatan tentang mr.J. mungkin ada juga yang diuji dengan lamaran,risikan,pinangan mr.J setelah beberapa tahun zaman berdua-duaan itu ditinggalkan.diuji pulak dengan perasaan bercampur-baur samada nak terima atau tidak seseorang yang bukan dalam tarbiyah.diuji pulak dengan mak ayah yang sukakan mr.J dan dah rancang agenda hidup berumahtangga kita.Ah!inilah salah satu ujian..

dan biasanya, dalam mujahadah untuk melupakan, kekadang pasti ada yang terlepas pandang.kekadang terbuka juga blog mr.J, kekadang terbuka juga updated profile dalam fb, kekadang terasa nak jer balas mesej dengan kata2 islamik la kononnya..macam2 kekadang dan ter yang kita nak buat. Semuanya adalah yang mengingatkan kita kepada mr.J..tapi apa kejadahnya?

inilah bila tarikan iman dan tarikan syaitan saling berlaga.time ‘kekadang’ iman kita tinggi,fuhhhh,sebut jer la apa-apa tentang dia, siap boleh gelak dan nyampah pun ada.rasa langsung tak kisah dan tak rasa apa-apa.

tapi time ‘kekadang’ iman down,kekadang terfikir ‘kalau tak dia, ada k?’..’nak berBM dengan orang yang ditarbiyah juga, ada ke ikhwahnya?’...kekadang terlintas ‘dia sedang tunggu aku k?’..AH! Banyak sungguh kekadangnya..

melihat akhawat yang masih menyendiri hatta usia sudah menginjak 28tahun dan ada juga yang 30-an, sungguh, melahirkan himmah aliyah betapa mereka telah lepas ujian dan sedang dalam mujahadah besar. Hatta murabbiahku, bila ditanya, dengan selamba dia menjawab ‘dah tak fakir apa-apa pasal jodoh.’..


mungkin inilah hadiah Allah setelah bermujahadah. Allah menghadirkan rasa izzah dan indahnya kebergantungan harap hanya kepadaNya. Bila bersama mereka, memang aku sangat malu untuk naik satu anak tangga sebelum mereka. Ceh, gaya cakap macam dah nak berBM jek..


duhai akhawat fillah yang kusayang,

Akhawat yang sentiasa menggerakkan dakwah,

akhawat yang telah banyak mewarnai jalan cinta kepada para pejuang,

akhawat yang sedang bermujahadah dalam membentuk manusia-manusia yang akan menjadi asset terbesar kebangkitan islam kelak,

akhawat yang sedang berkasih sayang sesama kita sebagai salah satu kekuatan didalam katibah gerakan,

akhawat yang sering ingat-mengingatkan dan akhawat yang sedang bekerja keras bersama-sama demi mencapai redha Allah dan menegakkan kalimah Allah diatas muka bumi ini.

matlamat kita besar bukan?cinta kita juga besar bukan?mujahadah kita besar bukan?kerana itu kita tidak akan mampu memikul beban-beban dakwah hanya dengan cukup makan.


sisa-sisa jahiliyah yang menempel di sipi-sipi rongga kita boleh menjadi barah dalam langkah yang masih panjang.dakwah ini tidak mungkin akan boleh dipikul oleh orang yang manja.manja ertinya bermain-main. Bermain-main ertinya tidak berusaha dan lemah mujahadahnya.Allahuakbar3x!

insyaallah,jom sama-sama kita berusaha akhawt fillah. Fokuslah pada tarbiyah..fokus pada tarbiyah..tarbiyyah dan tarbiyah..

sungguh,malu rasanya untuk menerima hadiah BM daripada Allah, andai tarbiyah kita lemah. tidak layak untuk Allah hadiahkan kekuatan untuk menempuh jalan BM, andai tarbiyah kita lemah…

sekali lagi akhawat fillah,fokuslah pada tarbiyah..berjalanlah terus kearah cahaya Ilahi agar kita mampu redha dan kuat bila diuji. Berlarilah terus menuju cinta abadi. semoga dengnnya Dia memberi hadiah terindah kepada kita iaitu nikmat cinta-mencintai..

mungkin tidak kepada insan bergelar suami, tetapi yang paling tinggi adalah nikmat perasaan kita redha dengan Allah dan Allah redha dengan kita.Allahuakbar3x!


apa erti focus pada tarbiyah?apa kaitan keberkesanan tarbiyah dengan mr.J sebagai karat jahiliyah?

erti focus pada tarbiyah ialah melakukan apa sahaja wasilah yang boleh meningkatkan tahap iman dan cinta kita kepada ilahi sehingga tiada ruang untuk nafsu kita tunduk dengan kehendak hati yang benar-benar mencapai tahap rabbani
.

Kerana sifat tarbiyah itu adalah merubah seseorang daripada baik kepada lebih baik. Makanya, focus pada tarbiyah akan menghadirkan rasa indah dalam mujahadah dan benci kepada jahiliyah termasuklah mr.J.

bukanlah aku mengajak kita semua untuk membenci manusia. Insyaallah kita bukan nak membenci manusia tapi kita membenci jahiliyah yang telah mengikat kita kepada manusia.

semasa aku menulis tiap bait kata-kata ini,aku sangatlah takut..takut kerana aku juga sedang diuji dan pernah diuji..takut kerana aku juga sedang bermujahadah dan dalam proses meningkatkan himmah aliyah untuk membuang langsung segala karat-karat jahiliyah..

mengapa aku bercerita?bukankah ini terlalu peribadi dan rahsia?tidak akhawat fillah,tidak…sewajarnya, segala nikmat itu ingin aku coretkan disini..

nikmat iman,ukhwah dan tentunya nikmat ujian..dan blog ini bukanlah nak menceritakan tugasan seorang daei’,murabbi,khalifah,a’bid kepada Allah yang bernama Mumtazah, tapi disinilah tempat aku menceritakan liku-liku hidup kita semua yang telah memilih untuk bersama kafilah dakwah.

Kita akan diuji dan sentiasa diuji.

Dan tidak lain melainkan cerita kita semua hampir sama.

Sebab itulah bila kita dengar akhawat cerita kat kita, dalam hati mesti terdetik;

“haah,akupun pernah rasa.”

begitu juga bila kita baca penulisan akhawat2 didalam blog, mesti kita akan terkesan dan terlintas sekali lagi:

”haah, akupun sama.”

kenapa agaknya akhawat?

inilah kerana kita telah memilih jalan yang sama.Dan kita yakin bahawa Allah akan menguji kita pada titik kelemahan kita.

Oleh itu, satu perkara yang kita kene ingat adalah,

dalam diri manusia, ada satu titik kelemahan yang sama.mustahil andai ada yang menafikannya..apakah titik kelemahan yang sama itu?

iaitu perasaan.hati.naluri.jiwa.


itulah satu titik paling kita lemah dalam diri. Kerana itu, tak habis-habis Allah twink3x kita melalui sudut itu..

dan itulah salah satunya.cinta manusia-manusia yang dihamburkan oleh serakah syaitan sebelum ijab Kabul perkahwinan.

Betul tak akhawat fillah yang sedang diuji?

ingatlah, takkan perkara best dalam dakwah ni jer yang kita nak share dalam blog kita?kerana ini adalah masalah kita bersama, jadi kita kene sama-sama menghulur tangan dan kekuatan, agar batu bata yang kita susun untuk mencapai matlamat redha Allah itu, tidak renggang dek jatuhnya seorang ukhti yang kita sayang..insyaallah,sama-sama kita saling mendoakan.ok?.^_^.

wallahuallam

by fz_tarbiyah; KL

1 comment:

adilah said...

jahiliyah bukan utk diratapi..tp utk mendidik diri...Allah menyucikan kita dr jahiliyah, sungguh Allah benar2 ingin menyucikan kita, utk persiapkan kita dlm menempuh mehnah dalam jln dakwah yg penuh onak dan duri ni...

terima kasih for the sharing...

a'ah, sy pun rase cm gtu!

sama2 kuat!
insyaAllah...
jgn tipu kate stkt ni jer sy mampu...
sbnrnya, kita memang MAMPU!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...