Monday, June 22, 2009

Diari Transformasi

Segala puji bgMu Ya Allah Tuhan sekalian alam,selawat dan salam buat junjungan rasullullah s.a.w serta para sahabat dan kaum kerabat baginda amnya. Alhamdulillah,Engkau masih berikan hambaMu ini nikmat islam..rahmat iman dan juga rezeki yang melimpah ruah. Rasa kasih,rasa sayang kepada setiap hamba dan makhlukMu , dan nikmat akal malah Kau berikan hambaMu ini ilham utk menulis bait kata dari hati yang dlm. Izinkan daku meluahkan perasaan dr hati yg telus. Semoga mereka mudah memahami..ameen Oleh kerana ini diari sejujurnya dr hati yang sedang sendu,izinkan saya menggunakan kata ganti diri ‘aku’..Selama 4 hari aku bercuti dirumah,diari ini aku tulis setiap hari malah setiap kali hati ini menangis.Baru menjejakkan kaki di tanah kampung halaman sendiri,hati sudah terasa sayu. Mengapa ye?hatiku tak mampu memberi jawapan. Sekilas aku terpandang wajah kedua orang tuaku yang sudah lanjut usia,lagi bertambah sayunya.. Abah(65tahun) dan mak(55 tahun) kelihatan masih kuat kudratnya. Masih mampu ke ladang kelapa sawit yang seluas 10ekar,masih mampu membersihkan kebun dibelakang rumah kami,masih bersemangat menanam pelbagai pokok bunga dihalaman rumah. Sedih aku bila tengok abah pegi ladang untuk membaja. Tapi,tulah,orang tua ni kalau dilarang,makin nak dibuat. Abah kalau tak pegi ladang seminggu,boleh sakit pinggang,kang adenye die bersihkan semua kebun tepi rumah ni untuk hilangkan boringnya.hehe..Kalau abang-abang balik,memang diorang akan tolong,tapi kalau aku yang balik,tolong masak jer la. Kudrat aku pun tak sekuat abah. Anak apalah aku ni.(sedih) Sebenarnya,sudah menjadi kebiasaan setiap kali aku balik kampug,aku akan mengambil masa sekurang-kurangnya 1jam untuk aku bermuhasabah,mengenang jasa kedua orang tuaku yang tak terhingga. Dan tatkala itu juga,sudah pasti air mata terlalu murah,tumpah sederas-derasnya walau ditahan-tahan. Kotak fikiranku ligat berputar. Dr satu memori,ke satu memori. Dari satu kesusahan lampau, ke satu kesusahan lampau. Dari satu kejayaan lampau ke satu kejayaan lampau. Dan dari satu pengharapan ke satu pengharapan. Tahniah mak abah. Kerana berjaya mendidik kami menjadi ‘orang’. ‘Orang’ yang sentiasa sedar asal-usulnya. Bak kata aku dalam diari ‘mati itu pasti,hidup itu insyaAllah’, setiap kali aku terlupa,segala kesakitan lalu menghembus kembali,menerjah ruang akal mengingatkan aku supaya kembali kepada fitrah. Mana mungkin aku lupa kisah silam. Pernah suatu ketika,tatkala aku terlantar sakit masa tingkatan 3, mak abah berulang alik kehospital. Almaklumlah,abah belum ada kereta lagi. Duit yang ada hanya cukup untuk makan pakai anak-anak. Kata abah ‘belajarlah sungguh-sungguh,biar susah dahulu,senang kemudian.’ Sehingga ke hari ni, barulah mak abah boleh tersenyum lebar sambil mengungkapkan ayat tu. Walaupun bukan menjadi jutawan,tetapi anak-anak yang baik dan kehidupan yang selesa cukup membuatkan hati mereka bahagia. Aku nampak kegembiraan itu dimatamu duhai mak,abah. Berbalik kepada kisah suatu ketika mak abah berulang alik ke hospital, masa aku dihospital muadzam,bolehlah mak abah naik motor Honda EX5 nye,tapi bila aku dihantar ke Kuantan selama seminggu dan seterusnya ke Kuala Lumpur,mereka tetap bergilir-gilir datang dengan menaiki bas semata-mata untuk menjaga aku yang hilang upaya. Pernah juga ketika itu,aku teringin sangat makan nasi goreng udang. Masa ni aku terlantar dihospital muadzam. Esoknya,abah datang naik motor bawa nasi goreng udang untuk aku tapi aku tak jamah langsung. Masa tu aku dah separuh sedar. Apa yang aku sebut pun aku tak tau. Cuma,masa dah sihat,abah kata aku asyik cakap ‘kalu mum mati’ je..Dihospital,tiap kali aku terjaga ditengah malam,jarang aku lihat mereka tidur. Sayu aku mendengar rintihan seorang ibu dan bapa dimalam hari,mendoakan anak yang seorang ini. Lagi tambah sayu aku bila melihat mak pernah tidur dilantai semasa menunggu aku. Mungkin aku masih belum rasa menjadi ibu,aku belum tahu sedalam mana cinta seorang ibu kepada anaknya. Kerana itu,aku pelik dan bersalah sebenarnya bila mak terlalu bersusah payah untuk aku. Aku sering menggunakan perkataan ‘tak pe’ bila berhadapan dengan situasi sukar. For examples: bila kat rumah xde kicap,mak sanggup nak keluar kejap beli..aku ckp ‘xpeee,xpayah,mum xnak kicap’…bila aku ada kat umah,mak ty nak makan pape?..aku jwb ‘xpeee,makan apa yg ada jer..’….’bila mak ty ada duit lagi?’…’xpeee,cukup lagi.’…aku lebih rela pinjam dr Abang Muzam daripada menyusahkan mak,abah..Abang Muzam yang sangat penyayang. Dialah yang sanggup terus balik sebelum konvo di Wales University of UK semata-mata untuk menjaga aku yang sakit selepas SPM. Selepas aku operate,seminggu dia jaga aku bergilir dengan mak sehingga pernah suatu hari dia masakkan rendang daging untuk aku,tapi disebabkan dia tak pandai masak,rendang daging jadi rendang serat serai. Mana taknye,masak daging sekilo,serai 20 batang. Hehe.. Pucuk paku yang dimasak pun dia tak buang batang. Aku sekadar tersenyum sambil makan. Taknak kecikkan hati dia. Dia jugalah yang sanggup pusing satu KL mencari ikan haruan untuk aku makan. Walau tak sedap,kutelan jua. Murah rezeki abang aku,waktu dia jaga aku,terus dapat kerja as TNB’s engineer. Tak sangka dapat walaupun waktu interview,abang aku marah peng’interview’ tu sebab tak tepati masa..Alhamdulillah,semua rezeki dan rahmat dari Allah..Aku sangat-sangat bersyukur dengan segala yang aku ada. Dan salah satu nikmat yang paling aku takut Allah tarik adalah nikmat kesyukuran. Firman Allah yang bermaksud: ‘Sesungguhnya amat sedikit hambaku yang bersyukur’..ketahuilah teman,bila kita bersyukur,setiap hari yang kita lalui dengan apa jua rezeki yang kita terima,kita akan sedari. Malah,even bila kita teringat untuk membaca doa sebelum masuk tandas sekalipun,kita anggap Allah beri kita rezeki untuk mengutip pahala.Rezeki yang ketara aku dapat lihat secara fizikalnya adalah Allah permudahkan setiap perjalanan aku dalam menuntut ilmu..Alhamdulillah,Allah berikan rezeki murah buat aku yang sejak sekolah lagi dapat bantuan. So,tak perlulah aku meminta duit mak abah jer. Sekolah rendah dapat mkn free melaui rancangan makanan tambahan (RMT), sekolah menengah(BKP) dan matriks memang dapat seribu.. UM now I got scholar diraja. Rezeki inilah yang membantu aku berdiri sehingga sekarang. Alhamdulillah,setiap rezeki yg Allah beri aku guna sebaik mungkin. Buat mak abah yang selalu risau,ketahuilah anakmu ini lebih rela menghulur dari dihulur. Tetapi baru-baru ni, aku berasa bersalah sangat tatkala meminta abah belikan tiket dr keratong-KL,namun aku terdesak kerana bebanan projek yang memerlukan sejumlah wang yang besar bagiku sebelum aku kelim perbelanjaan itu dari pihak jabatan kimia..Semoga Allah ampunkan aku. Walau tatkala kesempitan melanda,dalam tangisan aku mohon Allah murahkanlah rezeki kedua orang tuaku. ‘Ya Allah,kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil’~ameen. Lagi satu kisah dulu yang menjadi persoalan dlm benak fikiranku. Dulu,masa mak abah selalu ke markas,masjid,balai raya, utk hadiri ceramah agama,usrah dan tamrin,aku pelik juga. Mase kecik2 dulu mak selalu bw aku,tapi bila dah masuk asrama,tak penah pula ikut. Dulu,bila sampai musim pilihanraya,mak abah kerap keluar kempen. Tapi abah selalu keje belakang tabir jer. Jaga markas. Abah seorang yang pendiam nak dibandingkan dengan mak. Masa ni aku jahil lagi. Selalu juga membebel. ‘Mak ni buat apa susah-susah kempen,undi sudah la..!’ Terasa pelik sangat bila mak aku sanggup keluar kempen sampai ke muadzam,Rompin,Ibam. Penah sekali mak cerita,mak pernah kene halau dengan parang malah ramai yang mencaci bila mak sebut pasal agenda PAS. Tatkala ni PAS masih belum diterima ramai. Tapi sekarang, orang yang tunjuk parang kat mak, dah jadi ahli kot.hehe…Sekarang,baru aku faham untuk apa semua perjuangan itu.Masa mula-mula aku join usrah,aku sekadar nk kutip ilmu agama,ilmu ukhrawi. Memang tak terfikir nak menyokong parti-parti politik yang sedang dalam kemelut ni. Kemelut politik yang melanda negara ini menyebabkan aku meluat dengan mana-mana parti. Tapi,setelah beberapa bulan aku join usrah, aku nampak dunia lain. Aku nampak satu masalah besar yang sedang melanda ummat manusia. Dunia dalam saat genting. Mungkin sebelum ni,aku yang hidup dalam dunia sendiri tak pernah terbuka mata dengan masalah ni. Hidup sekadar selesa diri sendiri,hanya memikirkan kebahagiaan orang yang aku sayangi. Tapi lama-kelamaan, aku mula berminat untuk mengetahui kisah yang berlaku didunia sekarang. Setiap hari,aku cuba ambil sedikit masa untuk membaca akhbar. Tatkala membaca berita serangan demi serangan mental dan fizikal yang diterima ummat islam,aku menangis. Malah, begitu murah airmata aku mengalir tatkala mengenangkan sahabat2 yang masih kafir tetapi baik sangat budi pekerti mereka. Nerakakah tempat mereka? Aku teringat kisah nabi s.a.w mendoakan bapa saudaranya,abu talib supaya tidak dimasukkan kedalam neraka. Akhirnya turun satu ayat dalam al-quran (aku lupa surah pe) yang menyatakan ‘janganlah engkau (wahai muhammad) mendoakan kebaikan syurga buat mereka yang tidak mahu beriman kepadaKu..’..Akhirnya Allah menjanjikan azab yang teringan buat bapa saudara baginda dengan meletakkan abu talib diatas neraka yang mampu menggelegakkan otaknya. Nauzubillah..itu bapa saudara nabi. Yang menyokong dan melindungi nabi tatkala orang mendustakannya. Walaupun dia kafir. Bagaimana dengan sahabat sekelilingku yang masih kafir?..Ya Allah,izinkanlah mereka merasai nikmat agama fitrah ini Ya Allah. Sejak join usrah juga, aku mula berminat membaca buku-buku perjuangan sahabat-sahabat terdahulu. Tak kira dari mana aku dapat. Kali ni,aku balik rumah,aku selongkar segala harakah lama dan baru. Dari setiap edisi ke edisi yang lain. Aku mencari kisah perjuangan,aku mencari episode hidup para tokoh ikhwanul muslimin. Aku baca kisah hidup Syeikh Ali Sadruddin, Syeikh Hasan Huwaidi,Zainad Al-Ghazali. Aku menangis tatkala terbaca himpitan dan tentangan yang ikhwan muslimin terima utk membawa panji perjuangan. Mereka ditentang sehebat-hebatnya,dipenjara dan difitnah kerajaan. Pada tahun 1980,anggota ikhwan muslimin ditangkap secara borong dan disumbat dlm penjara. Mereka dirasuk dengan fahaman ajaran selain islam. Malah wanita-wanita anggota ikhwan muslimin dirogol bergilir-gilir oleh pegawai penjara sehingga mengandungkan anak luar nikah. Mereka yang dalam keadaan terseksa menulis dengan darah sendiri,menulis atas kertas dan mencampakkannya keluar penjara supaya dibaca diluar sana. Dalam rintihan para muslimat,mereka tdk pernah redo dgn tindakan kejam pegawai penjara malah mengharapkan mereka dibom sahaja supaya tidak lahir anak luar nikah tersebut. Kaum muslimin pula disaji dengan pelacur-pelacur wanita untuk disantap namun dengan iman yang teguh dan mengharap perlindungan Allah,tindakan untuk memesongkan akidah anggota ikhwan itu menemui kegagalan. Tidakkah dunia sekarang sedang bermula mencapai badar kedua. Aku dapat melihat pejuang seperti Sumayyah,Bilal,Mus’ab..Aku dapat lihat semangat para sahabat sudah menular meresap kedalam jiwa kaum muslim. Ahli perang Badar sudah lahir. Penyeksaan yang mereka terima menyebabkan kesedaran dan kebangkitan muslim seluruh dunia. Dunia dah tiada nilai kasih dan sayang. Pemimpin diktator dan memakan wang rakyat terlalu banyak. Berbalik kepada mak abah aku. Baru aku tau kenapa mereka menyokong dan membantu PAS. Mereka faham apa yang PAS bawa. Mereka inginkan negara islam. Bukan islam pada nama sahaja tetapi Negara islam yang mendaulatkan Al-Quran dan As Sunnah sebagai rujukan utama. Sistem yang tidak memisahkan agama dan politik itu sendiri seperti yang dilakukan oleh kamal laknatullah ketika mula-mula berjaya menjatuhkan khilafah islamiyah. Mereka tau bahawa islam takkan tertegak dengan hanya kita join usrah every week,menghadiri daurah,makan dalam talam. Aku teringat pendapat Dr. Fathi Yakan dalam harakah tentang Hizbullah,Taliban dan juga mazhab-mazhab yang ada didunia ini. Bahawasanya, beliau tetap menyokong apa sahaja yang dibawa oleh mereka kerana yang nak dibangkang bukan mereka yang membawa islam, jangan berbalah sesama saudara yang membawa impian mencapai negara islam sebagai matlamat,padahal kita semua ada musuh yang perlu dilunaskan iaitu kuasa besar yang melabelkan diri mereka sebagai tentera keamanan. Mereka membuat propaganda yang pelbagai bagi memporak-perandakan ummat islam pelbagai mazhab. Janganlah tertipu dengan semua agenda talam dua muka mereka. Meminta bantuan Amerika dalam menangani apa jua krisis kemanusiaan,samalah seperti keluar dari mulut singa,masuk kemulut buaya.OIC yang terus senyap dalam menangani masalah kronik ummat islam yang diratah diseluruh dunia ibarat menonton wayang sambil makan popcorn sahaja. Berbalik kepada Malaysia. Baru aku tau,setiap jemaah yang ada dlm Malaysia,mereka menggunakan panduan dari ikhwan muslimin utk membentuk jemaah islam. Dari situ,aku benar-benar faham,utk membentuk Negara islam kita perlu bermula dari Individu muslim-Baitul muslim-Masyarakat muslim-Daulah Islamiyah-Ustaziyatul alam Dan hakikat terpower yang aku dapat, untuk mencapai ustaziyatul alam,kita takkan berjaya tanpa membangunkan POLITIK ISLAM bersama perundangan yang diakui Allah!Anggaplah kita berusaha untuk membina perundangan telus di Malaysia. Tatkala Negara islam Malaysia berjaya dicapai,andai dipanggil untuk berjihad diluar, tarbiyyah yang diperoleh bolehlah digunakan sebagai perisai kekuatan,berjuang untuk dunia Islam...buat semua jemaah Malaysia, jangan kata kamu membawa islam andai kamu tidak menyokong mereka yang dalam usaha membawa Islam itu sendiri. Ada mereka yang faqih dan fuquhu tentang agama berjuang untuk Sister In Islam!!????...ada kk!!???..wallahualam. Harakah terbaru yang aku baca,edisi jumaat(19-21 jun), Fikrah12, bertajuk Dr. Fathi Yakan,murabi agung kembali ke rahmatullah.. terasa kagum aku dengan Ustaz Abdul Hadi awang dan penulis kerana berpeluang bertemu Dr. Fathi setahun yang lalu. Malah, Ustaz Abdul Hadi bersahabat baik dengan beberapa anggota ikhwan muslimin.Setiap bait kata-kata penulis menyebabkan aku tertarik dengan perjuangan. Perjuangan dalam menegakkan islam yang hak. Aku paling tertarik dengan 3 cabaran yang dikatakan oleh Ustaz Fathi Yakan kepada Tuan Guru Ustaz Abdul Hadi Awang dan penulis: Cabaran pertama: Cabaran dalam bentuk global dimana dunia islam kini diserang dengan pelbagai tuduhan dan ancaman dengan meletakkan Islam dikandang pesalah. Cabaran kedua: Gerakan islam diserata dunia akan terus ditekan tanpa mengira belas kasihan walaupun mereka menyerlahkan sikap yang sederhana serta terlibat secara terbuka dalam kancah politik dan demokrasi. Cabaran ketiga: Pertembungan yang sedang berlaku kini diantara gerakan Islam dan kuasa-kuasa barat bkn hanya pertembungan pemikiran, tapi ianya lebih merupakan pertembungan tamadun yang amat mencabar. Ketiga-tiga cabaran ini sememangnya sudah menjadi asam garam perjuangan. Aku amat tertarik utk mengulas cabaran yang ketiga. Pertembungan tamadun..tamadun barat dan tamadun islam sedang dlm pertembungan. Mari kita lihat siapa yang akan jatuh dan siapa yang akan bangun selepas pertembungan. Aku yakin janji2 Allah adalah benar.Islam akan bangkit dan terus tertegak menerajui bumi Allah. Membawa rahmat seluruh alam. Ketika berada dalam bas ‘mara liner’ dalam perjalanan pulang, aku memandang keluar,melihat pemandangan hutan sepanjang perjalanan dr keratong ke jempol. Aku berfikir,adakah aku sempat untuk menyertai tentera Al-Mahdi?Aku teringat kata-kata kak shi bahawa hanya orang yang beriman dan alert akan tahu dan merelakan diri bersama Al-Mahdi. Aku jua teringat hadith shahih,riwayat Ibnu Majah ada menyebut, rasullullah s.a.w bersabda, ‘ Jika kamu melihatnya,maka bersetujulah walaupun harus merangkak diatas salju,kerana dia adalah khalifah Allah, Al-Mahdi.’ Tak cukup dengan itu,akal aku berfikir lagi. Adakah aku sempat berjuang bersama Isa alaihissalam? Adakah aku sempat menyaksikan dunia dalam naungan rahmat dibawah pimpinan Al-Mahdi dan Isa selama 7 tahun kelak sebelum matahari terbit dari sebelah barat?..Aku pernah berdoa supaya Allah matikan aku sebelum kiamat. Aku terlalu takut untuk melalui hari yang sangat dahsyat itu.Tapi sekarang,aku ubah doa menjadi hidup dan matikanlah aku dalam mentaatimu dan rasulMu,sebelum atau ketika kiamat sudah menjelang. Izinkan daku untuk turut berjuang Ya Allah. Andai tidak dengan tangan,bantulah daku untuk menggarap ilham ketika menulis. Semoga mereka yang membaca tulisanku memahami suara hati. Semoga mereka yang memahami lebih memahami erti sebuah kehidupan. Semoga mereka yang membaca kau berikan pahala ibadah. Semoga Kau pelihara mereka dalam naungan rahmatMu. Engkaulah yang memegang hati-hati ini. Dengan izinMu Ya Allah………….Betapa indahnya andai segala yang kita lakukan disandarkan keranaMu. Dengan izinMu Ya Allah.Redhakanlah aku disisiMu..Hidup dan matikanlah aku dalam mentaatiMu dan RasulMu.ameen

5 comments:

Hafzi said...

huhuhu...

1) bercerita tentang pengorbanan seorang ibu, teringat peristiwa semalam.

kawan saya masih koma kerana kemalangan kat sini (egypt).

ade maklumat orang kate anak dia da sedar. mase waktu lawatan (12-1pm) dia terus bergegas ke ICU. sepanjang waktu lawatan tu dia memanggil2 nama anaknye supaya bangun...rupenya anaknye blom sedar.

sudah seminggu dia kat sini. ambik cuti tanpa gaji untuk menunggu anaknya sedar huhuhu...

2) Tak adilnya kita, pejuang2 Islam di negara lain kita sanjung, kita selongkar...

pejuang2 Islam kat negara kita x pernah lak kita kenal.. kita tolong tambah cacian orang ade huhuhu

fi zhilalil tarbiyah said...

salam ya hafzi.hmmm,ade dgr tentg shabt awk 2..maaf,sy sekadar kenal die sebagai warga malaysia.almaklumlah,jauh..awk lebih kenal.andai benar die slh seorang daei yang berjuang,malah dlm pejuangan die menuntut ilmu juga,semoga Allah merahmati die.InsyaAllah..sy x faham maksud ayat akhir tu?..wat hapen?anything i dunno?

Unknown said...

mum..kau punye cerita ni...huhu...membuat aku sedih dan menitis air mata,baru aku sedar aku ni lebih beruntung daripada orang lain..tapi sikit sangat aku bersyukur,sentiasa nak lebih,lebih n lebih lagi..
nak tau..time balik ni..oman aku jadi sgt2 berkurang..aku rasea aku perjuangkan islam semata-mata sebab semangat bukan sebab semangat..tapi,aku akan terus berusaha..doakan aku jadi seorang pejuang islam yang kuat..insyaAllah

firdaushaiyun

fi zhilalil tarbiyah said...

alhamdulillahhh..hidayah utk semua..^_^

AsMa AmAnI said...

Salam Mum sihat...?
Hidup ini satu persinggahan yg singkat dari pandangan Allah..
Tapi dari fikiran kita macam lama a..je

Tanpa kita sedari kita bukan duduk kat dunia ni selamnya.. sebab ade lagi perjalanan yg perlu kita tempuh..

aku kadang2 terpikir la.. kalau kita mati masa tgh study.. result exam kita tu.. semua tinggal kat dunia.. mana boleh masuk kubur..

Sebab tu yg penting pd pandangan aku amalan yg nakkena bawa ke sana....

SEE YEA... SALAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...