Friday, July 1, 2011

tiada rasa


Baru-baru ini, aku dipertemukan dengan beberapa akhawat termasuklah mutarabbiku, dan mereka berbicara tentang tiada rasa. Tiada rasa dalam gerak dan tidur bersama tiupan tarbiyah itu. Reaksiku? aku hanya gelak dan pernah aku menangis dihadapan mereka..

akhawat fillah,

Suatu ketika, bila kita melihat lajunya ukhti itu bergerak, besarnya himmah dan hamasah dia, terasa nak sangat menghirup ruh-ruh tarbawi ukhti tersebut.

Namun, pernahkah kita terfikir apakah yang menjadi daya tolak kekuatan ukhti tersebut?

Pernah terfikirkah kita disebalik kelajuan dan kerakusan ukhti itu menggerakkan dakwah dengan tenaga taujih yang ada padanya, rupanya hatinya sedang sakit dalam mujahadah yang payah ketika melakukan segala amal tarbiyah untuk diri sendiri dan orang sekitarnya.

Merefleks segala itu atas diriku sendiri, terasa terpana sekejap dengan nikmat indah dalam tarbiyah ini. Setiap ujian yang datang pada awalnya menambah keimanan, tetapi sampai satu tahap, kita terlupa untuk menghargai ujian yang datang itu. Adakah kerana ujian itu terlalu remeh? atau kerana kita sudah lali dengan ujian-ujian 'remeh' sehingga menyebabkan kita tidak terasa 'excited' untuk menerimanya?

Kita sudah tiada rasa..

teringat kata-kata seorang murabbi:

"bila antunna belum rasa payah jalan ni, maka antunna belum buat kerja lagi. Kerana jalan ini menarik segala apa yang ada dalam diri kita. fikir kita, jasad kita, masa kita, akal dan emosi kita."



Apakah tiada rasa itu adalah erti kurangnya amal dan iman dalam diri kita yang mengaku sebagai kader yang menggerakkan dakwah?

"sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang:

1. Beriman kepada Allah dan RasulNya
2. mereka tidak ragu-ragu
3. mereka berjihad dengan harta dan jiwanya dijalan Allah

Mereka itulah orang-orang yang benar."

(surah al-hujurat,49:15)


Melihat checklist diatas, apakah sudah cukup kita meletakkan pergantungan hidup ini hanya keatasNya?

apakah sudah cukup keyakinan kita atas jalan dakwah yang tidak mudah ini sedangkan pernah jua suatu ketika dan suatu masa ada saja rungutan kita tatkala letih dengan kepayahan yang bertimpa-timpa?

apakah sudah cukup jihad kita dalam mentajarrudkan diri dari dunia yang sementara ini dengan harta dan jiwa dengan sebenar-benarnya?

Menyingkap kembali sirah dan kisah sahabat as sabiqul al awwalun,

pernahkah kita terdengar kisah kefuturan mereka ditengah pentarbiyahan yang LANGSUNG BUKAN MUDAH nak dibandingkan dengan kita.

Pelik bukan?

apakah kekuatan mereka?

Sungguh, apakah yang menjadi daya tolak kepada mereka untuk terus melangkah dalam mujahadah yang payah?

satu perkara yang aku pelajari dari pengamatanku tentang kisah mereka;

Bila kita tidak memikirkan perkara besar, maka perkara kecil akan menjengah fikiran. Lantas, membuahkan syak dan hambar untuk terus melalui kepayahan mendatang.

Benar bukan?

bila cuti yang panjang, banyak masa kita bersama keluarga dan dalam kepompong selesa sehingga kita terlupa sebentar nikmat 'kepayahan gerak kerja kita' sebelum ini.

Sehingga sampai satu tahap paling bahaya, bilamana kita sudah terlekat dengan tarikan dunia lebih dari tarikan iman dalam jiwa kita.

Dibandingkan dengan para sahabat, sungguh once wahyu itu turun membasahi dunia, once syahadah itu menjadi paksi iman mereka, maka tiada satu saatpun ruang untuk mereka melemah keranasepanjang masa tiada langsung ruang untuk mereka berfikir tentang 'kecintaaan kepada dunia'.

Sememangnya setiap manusia itu mempunyai intention untuk terlupa sebentar kepayahan silam selepas dianugerahkan/dihadiahkan kemenangan selepas mellaui kepayahan yang maha dahsyat. Dizaman madinah, para sahabat pernah ditegur hanya kerana menghayati sedikit kebahagiaan dan keselesaan dalam jiwa mereka.

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka".(57:16)

ini para sahabat. Yang himmah dan hamasahnya menggunung sehingga tertempias kepada kita, 1400 tahun selepas sejarah mereka.

Kita?

Yang belum diuji sedahsyatnya kenalah 'prepare mind set' bahawa segala yang datang adalah tarbiyah direct dariNya. Termasuklah 'tiada rasa' itu. Termasuklah 'kefuturan' itu.

Bukankah kefuturan dan tiada rasa itu juga adalah nikmat dari Ilahi. Diujinya kita dengan kurang rasa dan kurang emosi kerana Dia tidak mahu kita terus bahagia semata-mata dengan nikmat tarbiyah ini. Diujinya kita dari sudut kelemahan jiwa agar diketahui sayangnya kita dengan jalan tarbiyah ini. Diujinya kita agar kita belajar bagaimana untuk meluahkan rasa cinta dalam kepayahan mujahadah ini.

Bukankah kepayahan menghadirkan emosi itu adalah satu senjata yang membina iman dalam diri kita?

tidak begitukah akahwatku?

kerana aku mencintai jalan ini, sungguh aku tidak akan peduli kepada tarikan syaitan dan ejen-ejennya yang giat berlumba menusuk kedalam jiwa-jiwa para kader dakwah ini.

teruskanlah beralri sehingga kefuturan itu letih menyapamu..

teruskanlah bermujahadah dalam membina iman dan hamasah sehingga kita syahid dalam kepayahan itu atau menang bersama kemanisan mujahadah itu.

apalah sangat ujian emosi kita nak dibandingkan dengan jihad fizikal para anbiyak dan sahabat dahulu kala..

kerana Dia mengerti kita lemah, maka diuji jiwa kita..

Bukankah itu erti betapa Dia sayangkan kita?

teruskanlah..teruskanlah..teruskanlah..

“Dan Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan tanam-tanaman, dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun (sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNya jugalah kami kembali), mereka itulah yang memperoleh keampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah yang mendapat petunjuk” (Surah Al-Baqarah:155-157)

sempena israk mikraj:

"Rasulullah s.a.w telah di israk mikrajkan pada tahun ke 10 kenabian. bermakna setelah 10 tahun melalui pelbagai mehnah dalam dakwah dan tarbiyah. Kita??agaknya bila pulak giliran kita???laykkah kita untuk mendapat taraf diisrak dan mikraj kan ?"...

maksud sebenar: sudah cukupkah kita bekerja untuk Allah sehingga layak untuk dipujuk direct dari Allah sebagaimana RA dipujuk dan dibelai dengan tragedi israk mikraj setelah 10 tahun mengharungi 1001 macam mehnah dalam berjuang.

walahuallam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...