Sunday, January 9, 2011

~my case

salam..
entri kali ni personnel sket...^__^...bagi can eh..
sebenarnya sudah sangat lama Allah memberi aku nikmat sihat. kalau zaman sekolah dulu nak kata setiap bulan akan demam dan setiap bulan juga kene follow up di HKL.
mungkin bilamana aku dah selesa, Allah senang untuk mengujiku dari sudut ini kembali..
dan ujian ini juga datang bila aku mulai mengabaikan diri sendiri. sungguh, aku telah menzalimi diri sendiri. astagfirullahal'azim.
kelmarin, disebabkan rasa 'xsedap badan' teramat sangat, aku ke klinik aiman untuk check CBC blood test. dan hasilnya;
platlet: 28
hb: 12
sememangnya sejak dulu platlet aku tak pernah lebih dari 60(normal 200) dan paling teruk masa aku Form 3, platlet: 26...kiranya 28 tu dah kira ok lah..tapi sangat2 lemah bila ditambah dengan demam,batuk,sakit tekak,selesema.
oleh sebab tak nak masuk ward, aku just emel kepada Dr.H, specialist hemato clinic PPUM. dan dengan cepatnya dia membalas,
'im more concerned about this being dengue. this is not related to your ITP. better to get yourself checked.'
dan disebabkan tahu kalau duduk ward pun tak de ubat sangat, akhirnya aku buat keputusan untuk recovered diri sendiri. minum air dengan sangat banyaknya untuk kurangkan demam.
alhamdulillah, hari ini rasa lebih bersemangat. syukran YA Allah.
disaat ini jugak, sangat teringat kepada setiap mereka yang pernah membantuku disaat-saat genting lalu. walaupun disaat itu aku tidak mengenali jalan tarbiyah tapi sekarang aku dapat memandang perkara yang berlaku sebagai bentuk pentarbiyahan Allah yang sangat cantik. mungkin kisah lalu itu juga yang menjadi dos inspirasi untuk aku tidak bermain dengan jalan dakwah yang amat aku cintai.
bilamana Allah telah memberi ilham kepada aku untuk masuk kedalam kafilah tarbiyah ini, maka tidakkah patut untuk aku bersyukur?
"maka nikmat apa lagi yang harus kau dustakan."(55:13)
p/s:hopefully, kalau ade doktor yang membaca, boleh jgak komen. huhuuuuu..aku sangat tak suka untuk follow up kat hospital. lebih suka emel jer.kalau pergi hospital pun, sma jer. menunggu je lama.
wallahuallam
by fz_tarbiyah:KL

3 comments:

Nurul 'Ain said...

Umi dah chat? Alhamdulilah...:)

syifa' said...

salam 'alayk..
kak Mum semuga cepat sembuh..
jangan lemah semangat selagi mampu..

Allah sayang kamu..
Dia menginginkan akak berjalan di dunia tanpa dosa.. unsyaAllah ^^

fi zhilalil tarbiyah said...

to along: alhamdulillah..jmpa esok.insyaallah

to syeera: syukran dear.aminn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...