Wednesday, April 4, 2012

Aku rindu susuk syuhada

Allahuakbar!

hmmm, tiba-tiba aku teringat beberapa susuk tubuh hambaNya yang tidak pernah kuketemu, tapi aku rindu.

Allahuakbar! Aku teringat seorang as syahid yang hebat: syeikh izzuddin khalil. Yang mana sebelum syahidnya beliau, zaujahnya terlihat cahaya sepintas lalu diatas dahinya tertulis 'ASSYAHID' dalam tulisan arab... Dan ketika syahidnya beliau, zaujahnya memberitahu betapa dia bahagia kerana suaminya seorang mujahedeen dan seorang syuhada. Allahuakbar! Teringin aku untuk mengambil semangatnya masuk kedalam sanubariku..Menjadi mujahidah sebelum mengharap mujahedeen sebagai zaujku..

 Aku teringat seorang as syahid yang hebat: syeikh sayyid ibn qutb. Dia pernah melalui zaman gelap penuh jahiliyah selama 40tahun. Kemudian kesyahidan as syahid hassan al banna telah menyalakan obor dalam jiwanya yang tertidur selama itu. sehingga obor itu menyala dengan terang benderang merentasi masa, zaman dan keadaan..sehingga kini.. Dan hidup dibawah bayangan al quran itu telah memberkati, membersih dan meluhurkan segala usia-usia yang telah dilaluinya sebelum itu. dibawah ini adalah sajak beliau sebelum ke tali gantung akibat fitnah rejim jamal abdul naseer:
Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka di atas tulang-tulangku Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan ……
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Saudara!
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syurga
Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi
Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelanan di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar
(syed Qutb)

Aku teringat seorang as syahid yang super duper hebat: Syeikh Hassan Al Banna

Allahuakbar! Menyebut namanya menjadikan mataku berair,bergenang. Kehangatannya hampir pecah membasahi pipiku.

 Aku teringat satu kisah yang diceritakan banyak buku2 tulisan anak buah beliau. Tatkala semboyan jihad berbunyi ketika tahun 1948. Tatkala israel mengisytiharkan bahawa palestin adalah negaranya. Ketika itu as syahid berkata kepada ahlinya:

 " telah lama kita berteori didalam halaqah, daurah, dan program tarbiyah. dan kini sudah tiba masanya kita menjalankan praktikal jihad fisabilillah." -(ini hanya kata2 yg diolah mengikut kefahaman sy)

 Seramai 20000 mujahedeen IM telah dipilih untuk ke palestine untuk menyerlahkan taringnya, seolah-olah singa yg dilatih telah keluar dari kandangnya, benarrr.. mereka yang ditarbiyah itu menunjukkan hasilnya.

Puak yahudi gerun, kecut dan takut sehingga general mereka berkata;

" andai aku punya 20000 orangtentera sebegini(sambil menunjukkan kearah syuhada mujaheden IM yang syahid) maka aku dapat menawan dunia!"

Akhirnya, kerana ketakutan mereka, Jamal abdul Naseer dikerah oleh telunjuk Amerika untuk mengharamkan IM di mesir dan menangkap semua ahlinya. Dari situlah bermulanya pelbagai mehnah dan tribulasi hebat dalam dakwah Ikhwanul muslimin. Subhanallah, masyaAllah..

''Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.''-As Syahid Hassan Al-Banna


Allahuakbar.. kuakui, sangat ramai orang islam dimuka bumi ini.

Tetapi tidak ramai daripadanya adalah mereka yang ditarbiyah dan bersama dalam kafilah dakwah.
Dalam kalangan tidak ramai itu, sangat sedikit pula yang melaksanakan jihad fisabilillah.
Medannya tidak lebih kepada medan kata-kata semata. Tetapi bila diajak untuk boikot, adalah alasannya: "Seminggu tak makan McD rasa berat la akh." Allahhhh..

dan dalam sedikit sekali mereka yang berjihad dalam dakwah, langsung tidak ramai yang sabar dengan mehnah. Mehnah dalam berhadapan dengan isu2 luaran masyarakat dan dalaman jemaah itu sendiri. Berapa ramai yang mampu bersabar dalam menghadapi manusia pelbagai ragam. Dan berapa ramai yang mampu bersabar bila berhadapan dengan tribulasi,salah faham, kelompongan dalam jemaah. Kurang bersetuju dan kurang bersependapat dengan ahli syura.

Iyaa, tarbiyah telah mengajar kita untuk bersabar.. dan ia membersihkan hati-hati kita dari unsur-unsur lain selain IKHLAS beramal hanya keranaNya..

konklusinya, ramai yang mampu membawa dakwah ini, ramai yang klaim dirinya berada dalam tarbiyah dan bersama kafilah dakwah, tetapi berapa ramai yang mampu mencintai dakwah yang sedang dipikulnya?-Allahuakbar..muhasabah-

allahurabbuna...tetapkanlah,tsabatkanlah kami diatas jalan ini..sehingga Engkau jua yang menentukan pengakhiran kami samada syahid atau menang disisiMu..amin

 wallahuallam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...