segala puji selayaknya bg Allah semata.
Terasa seperti ingin menangis.bukan ingin menangis lantaran kepenatan atau kelelahan, tetapi sangat sedih dengan diri sendiri yang sedang tersadung dalam larian. Bermujahadah membentuk hati, me'renovate' hati sangat sukar buat masa sekarang.. Adakah futur itu satu perkara lumrah bagi mereka yang mengaku 'aku adalah daei'?
Duhai hati, bersabarlah..
"apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hy dengan mengatakan ,'kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji?
"dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yg benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."(29:2-3)
"duhai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha lagi diredhaiNya. Maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah kedalam syurgaKu."
(89:27-30)
teringat kata-kata diri sendiri yang selalu mengingatkan adik2 yang bersamaku. Islam itu addeen,bukan religion semata. Agama is only ritual in certain time and certain part but islam is the way of life..
teringat juga kata-kata diri sendiri yang suka baca berulang-ulang kali mukaddimah dan bab 1 almunthalaq..bahawasanya syariat dtgnya dr islam dan al-hawa dtgnya dr syaitan..kite as a muslim menolak sepenuhnya segala apa yang dtg dari al-hawa'. tiada yang lain @ tiada jalan tengah melainkan islam @ syaitan(nafsu)..oleh itu, jauhkanlah diri kita daripada segala yang bukan islam. kerana tak lain tak bukan, itu adalah al-hawa' semata-mata.
Allahuakbar!
semoga Allah beri kekuatan untuk terus tsabat atas jalan terbaik..tiada yang lain melainkan jalan cinta para pejuang yg terlebih dahulu diberi nikmat islam,iman dan ihsan.
wallahuallam
mumtazah
UM10
No comments:
Post a Comment