salam
dimusim cuti semester begini, bentuk pentarbiyahan berbeza yang aku lalui. begitu juga tarbiyah yang berbeza aku salurkan kepada mereka. benarlah dakwah itu bukanlah seperti biskut chips more. dalam usrah kita all out membasahkan hati, ber'qodoya' tentang gerak kerja DnT, tapi diluar halaqah, boleh saja minum kopi depan TV. DnT bukan begitu..DnT menuntut segala macam dari kita.
oleh itu bagaimanakah proses mentarbiyah adik-adik diwaktu cuti begini?
wajarkah murabbiah menyerahkan tanggungjawab itu 100% kepada usrah kabilah semata? iyerlah, bila anak-anak bercuti, murabbi sangat sibuk dengan daurah intensif lokaliti lain, kerja-kerja admin dan penyusunan planat semester depan dan macam-macam agenda yang disusun untuk adik2 selepas habis bercuti kelak.
sebenarnya, diwaktu adik2 sedang bercuti inilah saat Allah menguji tahap keikhlasan kita dalam membawa mereka. Benarkah kita selidik keperluan mereka dan benarkah kita memberi kepada mereka mengikut keperluan itu? dan paling syoknya, diwaktu cuti beginilah dakwah fardhiyah perlu dimaksimumkan untuk memastikan hamasaah tarbawi 'maintain' dalam diri.
jika tidak, jangan terkejut jika mereka mengelak untuk datang usrah atau daurah, sekembalinya mereka ke kampus nanti. wallahuallam
"akak, saya tengah sharing dengan kawan2 sekolah. Lebih satu jam bincang masalah tak settle2 lg. camane ye kalau kita keluar sama kwn2 perempuan, tengok wayang, makan2,main bowling. sekadar fun. apa hujah nak guna untuk kata tak boleh?"
-mesej dari mutarabbiku 2 minggu lalu.
(jawapan:rujuk hadith 12 dalam hadith 40 imam nawawi)
"akak, banyak soalan pasal ISK saya nak ty, tolong call saya."
-mesej dia lagi minggu lepas
dan minggu ni, aku pastikan untuk call dia sebelum dia contact aku.alhamdulillah.
hadiah daripada Allah. seorang adik yang berhimmah besar dan izzah membawa kefahaman yang baru ditemuinya. Sangat proaktif untuk bertindak sebelum murabbiahnya bertanya.
logamnya adalah 'cakap'. dia tidak malu untuk memberitahu apa yang dia tahu dan tidak tahu. suka gilap 'pendapat' dia dalam sitting kami. alhamdulillah
disebabkan aku tahu dia tidak membaca disini, sukalah aku nukilkan kisah tadi. dan benar, sebagai murabbiah, carilah titik logam terbesar dalam diri mutarabbi kita untuk disalurkan pada tempatnya. Bukan kita nak syok sendiri untuk menentukan posisi adik2 kita tetapi kita sedang mengasah/menggilap logam itu agar digunakan sepenuhnya dalam islam.
"manusia itu ibarat logam, baiknya dia ketika jahiliyah, baiklah dia ketika islam, sekiranya dia faham."
dan aku pasti dengan logam itu, insan rabbani dapat dibentuk tanpa mengubah logam adik2 kita sebelum dan selepas.
kadang-kadang aku terfikir untuk memberi kehaman kepada adik2 yang datang dari sekolah biasa atau tidak disentuh dengan term 'tarbiyah wa usrah' lebih mudah berbanding mereka yang pernah mengikuti tapi belum tahu untuk menghargai.astagfirullahal azim.
apakah 'indicator' yang kita gunakan untuk menentukan kefahaman kita?
apakah 'indicator' yang kita gunakan untuk menentukan kesyukuran kita dengan nikmat iman dan islam ini?
cukupkah dengan komited dengan daurah dan usrah?
tapi bila diminta untuk turun padang;
"kak, saya belum bersedia."
"kak, saya takut tak mampu."
selalu kita kata;
'tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada.'
apakah tanggungjawab itu hanya jatuh keatas mereka yang dah bersdia dan yang tak takut?
ingat lagi saat pertama aku menerima satu nama sahaja untuk disantuni.
satu malam aku tak mampu tidur kerana membelek al-quran mencari ayat apa yang best untuk aku kongsi.
aku takut, aku sangat takut untuk menerima tanggungjawab 'membina'.
alhamdulillah, betapa janji Allah itu pasti;
(47:7)
'remainder' juga kepada saya yang sering terlepas pandang untuk meletakkan diri ditempat mereka. seringkali berfikir mereka ingin sepertimana yang aku ingin. seringkali berfikir mereka faham sepertimana yang aku faham. seringkali aku berfikir mereka sedar sepertimana kesedaranku. astagfirullahal azim3x.
adik-adik yang kusayangi;
betapa dalam al-quran banyak mengajar kita.
betapa dalam sirah banyak pengajarannya.
Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah". Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.(3:79)
dan untuk mendapat rabbani itu, kembalilah melihat dalam hati. iman yang tertanam dalam hati. untuk menghidupkan hati kita memerlukan sebagimana jasad kita perlukan;
1. imunisasi kepada dunia.(tajarrud kepada dunia)
2. makanan (wasilah yang mendekatkan diri kepada Allah)
3. rawatan (tidak tunduk kepada futur)
sebagaimana jasad kita perlukan ketiga-tiga itu untuk sihat, maka hati kita juga perlukan ketiga-tiga itu untuk mencapai rabbani.
wallahuallam.
dan bila kita singkap sirah terdahulu, sememangnya ciri pertama tarbiyah rasulullah s.a.w adalah 'rabbani'. takwa yang mantap dalam diri para sahabat. begitu juga dengan tarbiyah dari madrasah Assyahid Hassan Al banna yang sangat2 menekankan konsep rabbaniah.
dan aku?
aku malu untuk mengatakan tapi disaat ini, inilah yang aku rasa. aku sedang membina diri sendiri menjadi insan rabbani, dan aku ingin mengajak akhawat fillah bersama-sama mentarbiyah diri menjadi insan rabbani. bukankah kita telah berjanji kepadaNya?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (9:111)
"ya Allah, Engkau hidupkanlah dakwah dalam diri setiap muslim dalam bentuk apa sahaja yang Engkau redhai."
amin
by fz_tarbiyah;PJ
No comments:
Post a Comment