(inilah dunia.ibarat celupan jari kita kedalam lautan yang luas.ada effect kah?)
Dimalam tahun baru, aku mellihat pemandangan dan suasana manusia di sekelilingku. terasa sayu dan ingin menangis. Aku seperti melihat cermin diriku 2 tahun yang lalu..Memang kuakui kini, aku sudah terlupa dengan nikmat yang dulunya menggembirakan aku.
Kalau dahulu,bila tension, seringkali aku jadikan mid valley sebagai tempat melepaskan tension atau first lady di AmCorp Mall sebagai tempat persinggahan. Shopping, TV, gossip adalah perkara paling syok untuk menghiburkan hati yang serabut dengan macam-macam perkara dunia. Selain itu, dalam kepala memang sentiasa nampak yang materi(physical). mengimpikan kejayaan, memiliki gaji besar, kereta besar, rumah besar, suami kaya...dan segalanya nak yang best2. Sehingga akhirnya aku terlupa, semua yang best tu hanya dunia jer. Dunia yang menjadi persinggahan kita semua. Sekelip mata cuma kita singgah disini sebelum melalui akhirat yang infiniti.
salam..alhamdulillah thumma alhamdulillah..aku masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup sebagai khalifah diatas muka bumiNya. alhamdulillah.
Entri kali ni aku tulis sebagai membayar hutang seorang teman.heeee...lama sudah seorang kawan sekerjaku menegur;
"Mum, awak tulis sendiri ke kat blog tu?" ty seorang super senior.
"Hmmmm, yang saya copy, saya tulis sumbernye. nape kak?"
"Owww, terlalu bombastik dan sukar untuk difahami..."jawab akak tu.
hmmmmm, at that time aku terfikir. Benar, dan memang benar... selama ini, penulisan dan luahanku disini terlalu fokus untuk akhawat dan untuk mereka yang sering bersamaku. Begitu juga untuk mereka yang sama2 sedang menelusuri jalan dakwah dan tarbiyah ini.
Oleh itu, bagaimana pula dengan mereka yang mencari nilai-nilai islam dari sudut yang mudah difahami umum?mungkin mereka boleh mendapatkannya dari blog lain. Tapi aku yakin, aku masih punya tanggungjawab untuk menunaikan hak-hak mereka yang membaca entriku disini. Syukran kak bond. Maafkan saya kerana lambat untuk menunaikan hak ini.^__^.
"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahui."(30:64)
Bila difikirkan lagi, mengapa kita terlalu mudah mengikut arus duniawi ye? Padahal sebenarnya memang kita sedia maklum yang dunia ni sementara je...
"Iblis menjawab,' Kerana Engkau telah menyesatkanku, pasti aku akan selalu menghalang mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau akan mendapati kebanyakan mereka tidak bersyukur'."(7:16,17)
Kerana itulah kita perlu muhasabah diri kita apakah perisai yang kita ada dan gunakan untuk menangkis tujahan syaitan dalam menghasut kita?
Cukupkah preparation kita dalam mengahalang 'tarbiyah(didikan)' syaitan yang bekerja keras menghasut kita melebihi level iman kita yang kadang naik, kadang turun.
Kerana itu jugalah Muadz bin Jabal mengajak para shabat untuk sentiasa beriman sejenak dan ditambah oleh Abu Rawahah bahawa;
"Hati kita umpama air yang sedang menggelegak diatas api. cepatnya berubah-rubah."
Mudahnya hati manusia berbolak balik daripada baik kepada buruk dan sebaliknya. Oleh itu, sebagai seorang muslim, carilah apa sahaja wasilah(jalan) untuk kita mendekatkan diri kepada Allah kerana sememangnya tiada cara lain untuk kita tangkis anasir jahat syaitan dan konco-konconya melainkan dengan kembali mengingati Allah.
" Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah untuk mendekatkan diri kepadaNya dan bermujahadahlah di jalanNya AGAR KAMU BERUNTUNG."(5:35)
wallahuallam..
....tbc...
by fz_tarbiyah; PJ
1 comment:
insyaAllah umi...:)
Post a Comment