Wednesday, January 5, 2011

~Apa itu tarbiyah?

"akak, saya nak ty satu soalan boleh?" "tarbiyah itu sebenarnya apa?" dush3x.... adikku, soalan yang abstrak itu sememangnya sangat sukar untuk dijawab.
aku mengelamun mencari idea dan mencantumkannya menjadi satu huraian yang panjang. bersama itu juga, seluruh pergantunganku kuletakkan hy padaNya. semoga ilham dan kata-kata yang terkeluar dari mulut ini bukanlah atas dasar nafsu dan syok sendiri, tapi semuanya adalah drNya. sangat berharap segala yang kuluahkan bukanlah skema jawapan dari akal semata tapi sepatutnya dari hati yang telus dan lurus melalui pengalaman dan penghayatan sepanjang hampir 2 tahun aku hidup dibawah bayangan tarbiyahNya. Dan alhamdulillah, indahnya sharing dari hati yang benar-benar membuka jalan kepada kita direct kepada Allah...inilah indahnya tarbiyah.
dan disini, mungkin sedikit extra dari kata-kata spontan itu.
apakah erti tarbiyyah padaku?
aku sangat yakin setiap dari kita mempunyai persepsi sendiri tentangnya. Tapi disini, aku mampu meluahkan sedikit cuma persepsiku berdasarkan pengalaman dan penghayatanku yang baru mencapai dua tahun tersedar nikmatnya hidup dibawah bayangan tarbiyyah. adik-adikku, tarbiyyah itu didikan. Didikan yang membina. Seperti sekolah. Seperti madrasah. dan kita telah dipilih oleh Allah untuk memasuki madrasah tarbiyyah itu. Sehingga sedikit demi sedikit, kita dapat melihat secara sedar atau tidak bahawa kita telah faham kepentingnnya, keindahannya, dan kewajipannya. tarbiyyah bukanlah rigid, bukan juga statik. tetapi tarbiyyah adalah momentum yang bakal melajukan dan menguatkan perlanggaran. dan momentum itu bukan maintain malah sentiasa bertambah setiap kali kita muhasabah..
tarbiyah adalah proses yang panjang, lama dan berterusan. Sehingga ia benar-benar mengubah kita menjadi khalifah dan a'bid yang sebenarnya. dan apa yang pasti, tarbiyyah akan sentiasa seiring dengan dakwah. tidak mungkin seseorang itu mampu berdiri lama andai tarbiyahnya hanya sehala. menerima tanpa memberi. dan tidak mungkin dakwahnya akan muntij(berkesan) andai dakwahnya hanya sehala. memberi tanpa menerima. Kerana itu dakwah itu seiring dengan tarbiyyah. sifatnya pasti mengubah. Mengubah manusia biasa menjadi luar biasa.. kerana itu, indicator keberkesanan tarbiyyah adalah rabbaniyyah. "Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa."[Al-Hujurat, 49:13]
Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.(3:79) Teringat kata-kata murabbiahku; hanya satu formula untuk antunna kekal dalam jalan dakwah dan tarbiyah iaitu maintain usrah. Kerana fokus K.I.T.A punya wasilah tarbiyah adalah usrah. kurangnya tarbiyah samaada dzatiyah atau jamaeiyah, maka terimalah lunturnya hamasaah dan sindrom kefuturan yang berlarutan sehingga kita tersungkur masuk kelembah paya yang busuk itu kembali.nauzubillahi min zalik ~Allah tidak akan memberi kemenangan kepada mereka yang bermain-main dalam membawa islam.~ wallahuallam p/s:Allahu rabbi, teguhkan iman kami.amin by fz_tarbiyah;PJ

5 comments:

fieqa said...

salam k mummmmm fillah..

nice sharing! well explained


tersentap ngn kata2 ni,

indicator keberkesanan tarbiyyah adalah rabbaniyyah.

moga terus kuat ukhti..:)
moga saling mndoakan iAllah

syg fillah dr bumi kejauhan uk =)

durrahnur said...

assalamua`laikum..

nice entri..indicator yg berkesan dalam menguatkan perjuangan...smga Allah memberkati..jazakhallah...:)

salam dari pulau mutiara..

fi zhilalil tarbiyah said...

to tulip putih:

fiqaaaa!!jazzakillahukhair dear!
amin3x..saling mendoakan

to durrahnur:
jazzakillahukhair nur..=)

حكيمه خانئ said...

kak mum. well explained inshaAllah. sebelum ni kalau org tanya kte apa tu tarbiyyah. kte selalu jawab. tarbiyyah tu didikan je. huu. sekarang dah ada modal nak ckp kalau org tny. and kte pun dah makin faham iA. alhamdulillah. jzkk

Patenggg said...

minta izin, sy nk copy nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...