Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani
Bila hati mula berbicara tentang cinta..terasa murahnya airmata ini..kukira, tangisan ini bukanlah kerana terlalu rindu, atau terlalu cinta atau terlalu taksub dengan rasa cinta itu.
Tetapi airmata ini hanya sebagai tanda ada rasa syukur kerana dikurniakan perasaan faham nilai sebuah cinta itu.
Yang mungkin pernah suatu ketika, aku tidak kenal ertinya dan bagaimana menghargainya.
Yang dulunya, terasa murah harga sebuah ‘rasa cinta’ bila aku hanya meletakkan dunia dan seisinya sebagai perbandingan.
Dan kini baru aku perasan bahawa itu bukan cinta yang sebenarnya..
Nilai tertinggi cinta itu adalah apabila kita mampu me’relate’
Apabila cinta kita kepada apa sahaja disandarkan kepada Dia dan dibandingkan dengan keagungan cintaNya.
Jika kita mampu memiliki rasa itu, rasa cinta kepada segala yang membawa kita kepada cintaNya, maka tidak akan mungkin kita mengeluh dengan segala yang kita ada, segala yang kita lalui dan segala yang kita rasai.
Mungkin bicara aku disini terlalu umum…tapi untuk aku gambarkan apa yang berlegar dalam fikiranku..
aku hanya melihat satu kisah ‘aku’.dan satu soalan ‘aku’ yang dulu.Kisah aku yang mencari siapa ‘aku’?
Kisah aku yang sentiasa menyoal mengapa ’aku’?
Kisah aku yang selalu menangisi bagaimana ’aku’?
Dan benarrrr....tarbiyah telah memberi jawapan kepada semua persoalan itu.
Dan tarbiyah telah memperkenalkan kepadaku nilai hidup dibawah bayangannya.
Dan tarbiyah telah mengajarkan kepadaku keindahan hidup bersama ’
Dan kali ni, nak sangat share tentang salah satu kisah ’aku’ yang teraba-raba mencari cinta.
”Hidup dibawah bayangan Al-Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu kenikmatan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang.”
Mukaddimah Zilalil Quran oleh Syed Qutb.
Kekadang, untuk menterjemah rasa sayang kepada makhluknya, mungkin kita boleh zahirkan melalui pemberian, sentuhan atau pertuturan.
Sebagaimana sayangnya kita kepada kucing, kita akan membelai dan menjamunya makanan.
Sebagaimana sayangnya kita kepada kedua ibu bapa, kita selalu menyatakan sayang dan sebolehnya menggembirakan mereka.
Itulah tindakan spontan kita sebagai bukti cinta…
Bagaimana pula dengan Allahu rabbuna?
Selalu sangat lafaz dibibir menyatakan cinta..
Sangat2 kerap kita memohon segala yang ‘best2x’ dari Dia..
Tapi, setakat mana pemberian kita kepadaNya?
Dia memberi kepada kita dengan percuma..
Dia menghadiahkan sebuku Al-Quran sebagai manual kehidupan kita..
Dia melahirkan rasa sayang, cinta, sedih, gembira sebagai bukti Dia ‘concern’ dengan kita..
Tapi kita selalu terlepas pandang kan?
Selalu terlupa yang ’instead of’ buku2 motivasi yang berlambak-lambak dipasaran sekarang, adanya satu BUKU MOTIVASI AJAIB namanya AL-QURAN
Selalu terlupa ’instead of’ buku-buku resepi bahagia rumahtangga yang berlambak-lambak dipasaran, adanya satu BUKU MEMBENTUK BAITUL MUSLIM BAHAGIA namanya AL-QURAN.
Mungkin persepsi kita memandang Al-Quran itu hanyalah kisah Muhammad s.a.w...Kisah-kisah nabi-nabi terdahulu...ayat2 penurunan syariat..ayat2 suruhan berbuat baik dan pelbagai lagi..
Tidakkah kita cuba menilai dan menghargai Al-Quran sebagai satu diari kehidupan kita yang sekejap cuma ini?
Al-Quran Allah kurniakan kepada kita sebagai manual..ia adalah words from Allah yang Maha Agung.
”Sekiranya kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu mendapatinya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.”(59:22)
Dan al-Quran akan memberi apa sahaja yang kita nak ambil darinya...sains, perbankan,penyelesaian rumah tangga, penyelesaian masalah sosial, cerita-cerita, idea-idea, syariat,muamalat,munakahat...
Cubalah...kelak, kita akan bahagia..tiada langsung susah dihati atau beban difikiran..kerana kita yakin dan sedar, semuanya adalah NIKMAT HIDUP DIBAWAH BAYANGAN AL-QURAN...
..tbc..(interaksi dengan Al-Quran)
1 comment:
jazakillah khair kakak!
Post a Comment