Monday, March 28, 2011

thumuhat

bila iman di 'zasssss' dengan pengisian thumuhat tarbawiyah (kesungguhan dakwah dan tarbiyah),

perasaan jadi semakin 'best(syukur) tak terkata'. rasa best tak terkata kerana Allah telah memilihku untuk berada atas jalan dakwah dan tarbiyah ini.

terasa himmah aliyah(semangat yang tinggi) itu semakin membuah dan kerapkali aku senyum sendirian..


"apakah lagi selepas ini Ya Tuhanku? apakah lagi ujian yang akan Kau hamparkan kepadaku?"


“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja), padahal Allah belum mengetahui orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil teman yang setia selain Allah,RasulNya dan orang-orang yang beriman.."(9:16)

mungkin benar, jalan cinta ini amat mendebarkan..tapi sungguh!

ia mengasyikkan, kerana kita yakin bahawa Dia memberi, hanya kerana Dia sayang...wallahuallam

**********************

teringat kisah dalam perang ahzab..betapa tummuhat(obsesi/kesungguhan) para sahabat benar-benar tulen..tiada yang lain, melainkan ujian itu hanya menambah iman mereka..bukan melemahkan!

" Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: "inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita". Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan".
(QS. Al Ahzab: 23)

soo sweet,
membaca ayat tersebut beberapa kali menjadikan aku tersenyum sendirian..betapa comel-comel belaka para sahabat tatkala itu..betapa suci dan tulennya iman mereka ketika itu..

bolehnya bila nampak musuh dihadapan, mereka jadi sangat2 teruja..teruja kerana akhirnya mereka melihat dihadapan mata segala apa yang dijanjikan Allah..

apa yang lebih istimewa, mereka tidak melihat dengan pandangan kosong atau mereka tidak melayan rasa gentar dalam hati mereka, tetapi mereka melihat segalanya itu dengan rasa iman dan yakin.

subhanallah3x.


nak jadi seperti mereka..bolehkah?

kerana seperti kita semua maklum..jalan yang kita sedang tempuh tidak dibentangi dengan karpet merah atau wangian mawar yang indah..

singkapan sejarah terdahulu telah membuktikan..

sunnatullah orang yang berjuang pasti akan ditentang..orang yang membawa risalah akan diuji dan digoda dengan pelbagai agen2x duniawi.

kerana itu,

"bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersiap siagalah..."(2:200)

tiada yang lain melainkan kerana Allah,

tiada yang lain melainkan kepada Allah.

semoga Allah tsabatkan kita atas jalan ini sehingga kita peroleh antara dua kemenangan.

~HIDUP MULIA @ MATI SYAHID~

amin

2 comments:

~NARA~ said...

kerana seperti kita semua maklum..jalan yang kita sedang tempuh tidak dibentangi dengan karpet merah atau wangian mawar yang indah...


assalamualaikum kak mum,
betapa indahnya jalan ini meskipun bukan mudah,,
betapa comelnye penulisan kak mum,
mnusuk kalbu,, =))

fi zhilalil tarbiyah said...

jihahh..salah seorang adik yg sgt akak admire utk berjmpa n bermuayasyah bersama..=)...

semoga Allah tsabatkan kita..x bertemu didunia, insyaallah dis yurga..so sweet mcmmane kita boleh bekenalan..kannnn?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...