Thursday, December 3, 2009

~Mencapai Tahap Muslim Luar Biasa~

Salam kemuliaan buat pembaca sekalian. Apa kabar semuaa?..apa kabar iman?..

Jantung berdegup,

mata terbuka,

takkan hati masih tertutup

untuk menerima hidayah Dia?

Wallahualam..Pengorbanan, jihad dan mujahadah adalah yuran untuk kita meraih cinta Dia..Mari sama-sama kita berusaha. Bertakwalah kepada Allah. Semoga nikmat iman dan islam dapat kita hayati. Ya Allah, hidup dan matikanlah kami dalam mentaatiMu dan RasulMu.Aminn..

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk saya meng’update’ blog nie. Maaflah ye, dalam 2-3 bulan ni tak berapa aktif sangat. Benarlah kata seorang sahabat, komitmen yang ada lebih banyak dari masa yang dikurnia. Walaupun begitu, bersyukur sangat kerana sejak ‘faham’ nih, tak pernah pula terasa kosong dengan kehidupan. Even duduk diberanda rumah atau duduk saja dalam LRT, masih terasa seperti berinteraksi dengan alam. Duhai alam, walaupun kejadian kita berbeza tetapi fitrah kita tetap sama. Allah lah pengawalan dan pengakhiran kita. Subhanallah

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian siang dan malam terdapat tanda2 kebesaran Allah bg orang yang berakal” (3:190)

“Iaitu orang yg mengingat Allah sambil berdiri,duduk atau dlm keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang prnciptaan langit dan bumi seraya berkata,

‘Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau lindungilah kami dari azab neraka’” (3:191)

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!…

Daripada Dia kita datang dan hanya kepada Dia kita dikembalikan.

Wallahualam

Sebenarnya, entri kali ni saya nak berkongsi kisah dan pendapat tentang tahap manusia luar biasa..Tapi saya suka guna ‘tangga keimanan muslim’ sebab memang dari sini, kita boleh ukur tahap keimanan dan kecintaan kita kepada Allah... Ilmu ni saya dapat masa ke daurah intensif oz/nz di rumah akhawat ansar di PJ minggu lepas. Hehe..jom kita tengok!

Tangga keimanan muslim :

  1. TAKUT iaitu melakukan amal kerana takutkan azab Allah
  2. HARAP iaitu melakukan amal kerana mengharapkan balasan kebaikan dunia dan akhirat dari Allah
  3. CINTA iaitu melakukan amal kerana cintakan Allah

Secara generalnya tak berapa faham lagi kn apa kaitan ketiga-tiga diatas dengan tahap keimanan kita??...hehe....tepuk dada ty iman!

Selama ini kita beribadah dan beramal kerana apa?

Pernah tak ada org ajak buat maksiat?..then, kita pun jawab ;

"eh, takutlahh..Api neraka sangat dahsyat weiii…"

Pernah tak, ada orang datang rumah kita mintak derma bencana alam ke, derma anak-anak yatim ke??...then, dalam hati kita suka sangat nak bagi sebab dah tau Allah akan bagi ganjaran pahala yang besar kerana bersedekah.

2 perkara diatas memang selalu sangat kita alami kn??...Kebaikan dan ibadah kita mengharapkan balasan pahala dari Allah dan mengelakkan diri dari perkara yg dilarang kerana takutkan azab pedih Allah..takut dan harap ni bagus jer..Bukan tak bagus tapi jika nak dibandingkan, tahap cinta tu adalah kemuncak sebenar tahap iman.. Tetapi, tahukah kita tahap keimanan CINTA itu bagaimana pula?..Insyaallah dihujung pembacaan ni nanti, antum akan faham..Hehe

Cuba kita tengok kalau manusia-manusia bercinta macammana. Kalau betul terlalu cinta, onak dan duri, lautan api pun sanggup direnangi knn??.. Kenapa org cakap cinta itu buta? Kenapalah ada apek yg sanggup bunuh diri kerana cinta yg ditolak?..ish3x!!!.Dahsyat kan aura cinta tu?...

Cuba pulak kita relate kan cinta manusia-manusia tu dengan cinta manusia-Allah pulak.. Adakah Allah akan tolak cinta kita sebagaimana manusia?..tentulah tidak knn..Sebab itulah perasaan cinta manusia-Allah akan melahirkan satu anjakan yg sangat hebat lagi mantap!..Apatah lagi bila anjakan itu digunakan untuk kepentingan diri dan orang lain..Pada masa ni lah kehebatan dan aura yang sangat hebat lahir dalam diri kita menjadikan kita seorang muslim luar biasa.. Segala apa yang kita buat adalah kerana nak meraih cinta Dia, sayang sangat sampai tak sanggup sesaat pun ingatan jauh dari Dia..Bak lirik lagu P.Ramlee tuh..

‘Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia.’

Sememangnya tak mudah kan nak mencapai tahap ketiga tu?..Saya pun selalu berdoa mintak dijauhkan dari azab siksa neraka sebab takut sangat kat neraka, takut gak kat Allah..Tak lupa juga berdoa mohon dimasukkan kedalam syurga kerana nikmat yang tak tergambar untuk dinikmati..Begitu juga tahap kecintaan masih tidak sehebat mana jika nak dibandingkan dengan mereka yang terlebih dahulu Allah kurniakan benih iman dalam jiwa.. MasyaAllah…Seperti wali Allah, Rabiatul Adawiyah.. Tak tergambar dalam diri saya bagaimana kehebatan cinta dan kemanisan iman yg dirasainya. Dialah muslim luar biasa yang paling hebat antara ahli tasawuf atau para pencinta Allah. Hal ini dipersetujui oleh Hassan Al-Basri yang menyatakan dirinya sangat kerdil jika nak dibandingkan dengan Rabiah. Padahal beliau adalah ulama’ dan ahli sufi yang terkenal hebatnya pada masa tu. Hebat kan?..Pabila membaca doa yang rabiah amalkan, terlalulah meruntun jiwa. Tidaklah mampu dan sanggup untuk saya melafazkan doa sedemikian rupa..Apatah lagi terasa memang tidak layak untuk saya meminta sedemikian dari Allah s.w.t…Mari sama-sama kita renungkan doanya:

Ya Allah ya Tuhanku,

Bintang-bintang bersinar indah,

Telah tertutup mata-mata dengan lenanya,

Semua pemilik telah menurunkan tirainya,

Dan setiap yang bercinta telah bersatu dengan pencintanya,

Dan disinilah aku berada dihadapanMu

Demi kesucian dan keagunganMu,

Aku tidak akan lena daripada beribadah kepadaMu,

Setiap malam dan siang,

Kecuali dengan tidak kusengajakan,

Sampailah daku mengadapMu,

Wahai Tuhanku,

Apakah Engkau akan membakar hati yang mencintaiMu,

Dan lidah yang menyebut namaMu,

Dan hamba yang takut kepadaMu,

Jika aku sujud kepadaMu Kerana gerun dengan api nerakaMu,

Maka bakarlah aku didalamnya,

Dan jika daku sujud kepadamu kerana inginkan syurgaMu,

Maka halangilah daku daripadanya,

Tetapi jika daku sujud kepadamu kerana kecintaanku kepadaMu,

Maka kurniakanlah daku balasan yang besar,

Izinkanlah daku melihat wajahMu,

Yang Maha Agung Lagi Maha Mulia itu.

Wahai Tuhanku,

Jadikanlah neraka itu untuk seteru-seteruMu,

Dan syurga pula untuk pencinta-pencintaMu,

Dan adapun untukku,

Memadailah hanya Engkau semata.

Sumber dari buku riwayat bidadari syurga oleh munif ahmad

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!...Hebatkan wali Allah nih..hebatnya rabiah..Sememangnya syurga dan Allah selayaknya untuk dia. Kerana tidak akan Allah sanggup menjauhkan diri dari hamba yang hanya mencintaiNYA..Tiada yang lain dihati, jiwa dan sanubarinya melainkan Allah Yang Satu.. Semoga kita diberi peluang untuk menikmati dan merasai kemanisan iman, cinta dan sayang hanya untuk Allah semata. Bahagianya…Insyaallah…Itulah dia tangga keimanan muslim..bukan mudah untuk meraih cinta yang sebenar-benar cinta sebagaimana Rabiatul Adawiyah dan Zulaikha zaujah kepada Yusuf a.s.. Semua itu memerlukan pengorbanan mengurangkan taksub dengan nikmat dunia...So, apa lagi, marilah sama-sama kita berusaha untuk mencapai tahap muslim luar biasa, bermanfaat buat org lain, apatah lagi untuk agama islam..Semoga kita tergolong dalam mereka yg disebut-sebut oleh Allah kerana kecintaanNya kepada kita. InsyaAllah..

Wallahualam

4 comments:

seiramlah said...

bila baca berbunga2 hati.. jazakillah^_^

fieqa said...

salam kak mum!

alhamdulillah habes jugak baca post nie! ^_^

tersentuh sgt2 sy..
sy x g y daurah nie.
coz dah balek kan.tp kwn ade g..tak sure la akk smpat jmpe ke x..ehehe..
dy dak taylors, adibah nme nye.

terima kasih 4da sharing kak!
moge trus t'thabat dlm jalan ini, insyaAllah....

salam ukhuwah fillah..

- fieqa

nurulnadia said...

Wahai Tuhanku,

Jadikanlah neraka itu untuk seteru-seteruMu,

Dan syurga pula untuk pencinta-pencintaMu,

Dan adapun untukku,

Memadailah hanya Engkau semata


Aku rindukan syurgaMu,
Aku takutkn nerakaMu,
2 penyataan yg selalu ada dlm doa mungkinkah ditukarkn kpd
Aku rindukanMu...

tapi mampukah aku menyatakannya dgn sepenuh keikhlasan?

fi zhilalil tarbiyah said...

salam..

mum>> ramlah : berbunga2 tandanya ada cinta yg kukuh dalam hatimu buat DIA..hehe..cintai ilahi..insyaAllah

mum>> tulip putih : syukran fieqah.tersentuh bermakna byk dah benih2 iman dalam hati ni yek...insyaallah...laaa,kenal sgt adibah..yg banyak ckp tu knn?..hehe..ceria orangnye...macam awk..

mum>> kak nad : sukarnya menzahirkan keikhlasan,
dengan hati atau perbuatan,
tetap yakinlah Dia tetap akan memandang ,
usaha kita untuk mencapai keikhlasan,
Insyaallah..
Syukran kak nad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...