Thursday, December 2, 2010

~takut pada rasa itu

subhanallah
hujan yang sangat lebat menemani hatiku yang basah.
aku pun tak tahu nak cerita pasal apa.
nak bicara tentang apa.
yang aku tahu.
aku terasa ingin menulis.
menulis apa sahaja yang berbeku dihati ini.
baru-baru ini, banyak sangat peristiwa yang aku lalui.
dan banyak sangat yang aku ingin kongsi.
tapi biasalah...alasan tidak cukup masa selalu digunakan untuk situasi macam ni.
apa-apa pun aku cuba jugaklah ye untuk tulis...
heee...lagi2 bila ada yang mengambil ibrah dan manfaat darinya..
bersemangat siket nak menulis.
insyaallah..
alhamdulillah, bersyukur sangat atas segala nikmat yang aku miliki.
ditambah pula dengan nikmat adik baradik baru dalam usrah.
sangat2 indah mengenang rabitah yang Allah hadirkan dalam setiap kita.
kekadang aku sendiri tidak sabar menunggu sitting minggu hadapan.
bukanlah terlalu basah hati ini selepas halaqah bersama.
tapi ikatan itu benar-benar menghidupkan ruh dan jiwa.
sessi qodoya(permasalahan) sangat-sangatlah aku suka.
seronok sangat mendengar luahan rasa antunna.
kita berkongsi segala suka dan duka.
mengeluarkan idea dan syura dalam apa saja.
bestnyeeeee nikmat ini.
nikmat islam,iman dan ukhwah benar-benar menjadi pemangkin untuk aku melaju bersama deru dakwah dan tarbiyah.
aku jadi rakus dan kekadang sangat takut untuk berehat.
1malam berada dirumah, terasa mujahadah untuk istiqamah.
menghabiskan malam2 dengan bahan bacaan, sms adik2, muh
asabah, dan tentunya berusaha menunaikan hak-hak housemate ku..
benarlah, tarbiyah itu bukanlah sekadar dalam halaqah,
if like that, dalam usrah jer lah jadi baik,
habis usrah, habislah fikrah itu.
adik-adikku,
kita bukan hidup untuk usrah,
kita bukan join dakwah untuk usrah,
"seandainya kita hidup untuk dunia, maka usia kita sekadar dunia, namun jika kita hidup untuk islam(fikrah), maka kita akan hidup untuk selama-lamanya."
roh kita wujud sejak awal lg dan ruh kita tidak akan mati selama-lamanya. dunia ini hanya sekadar persinggahan untuk ruh kita yang ditempatkan pada satu benda yang dinamakan jasad.
tunaikanlah hak-hak islami kepada ruh dan ja
sad kita.
fikirkanlah apa jawapan kita dihadapan Dia kelak..
jika benar kita faham islam, adakah masa rehat yang mampu kita bazirkan?
'rehat bagi kita adalah disyurga.'
'rehat bagi daei adalah bukti kelalaiannya'~ustaz faridul
setiap kali letih dan lelah mengusai diriku,
sangat2 terkesan dengan kata-kata ukhti;
'kelesuan selepas bermujahad adalah kerana rosaknya langkah bermula.'
memang tak dinafikan lagi betapa pentingnya refresh niat.
kerana langkah yang jauh, jalan yang panjang ini memerlukan kita untk maintain bersabar..maintain dalam nawaitu yang benar dan w
ala' hanya kepada Dia supaya tiada kerja kita sia-sia.wallahuallam
namun, masih ada yang lain juga sangat aku takutkan.
Ya Allah, aku sangat2 takut andai Allah uji dengannya.
dan aku sedang membina kekuatan untuk menerimanya kerana aku sangat2 yakin bahawa allah akan menguji kita pada titik kelemahan.
seandainya kita sangat cepat cair dengan pujuk rayu mak ayah,
bersedialah untuk diuji dengannya.
seandainya kita mudah lupa diri dengan huluran rasuah untuk tidak ke daurah @ usarah,
nantikanlah ujian sebegitu tiba.
sekiranya kita masih lemah mengurus masa,
tunggulah Allah uji dengan kesibukan sehingga pening kepala uruskannya.
dan sekiranya kita tak berani bawa kereta,
sabarlah ketika diuji berdepan dengannya.
sebagaimana Rasulullah s.a.w diuji dengan tahun kesedihan(kematian abu thalib dan khadijah r.anha),
begitu juga para sahabat yang terpaksa berdepan dengan situasi anak lawan bapak, abang lawan adik didalam perang badar.
inilah kronologi2 sirah nabawiyah yang menempelkan betapa Allah akan menguji mereka yang mengaku dirinya DAEI sehinggi titik kelemahan itu di'settle' kan...
sehingga tiada yang lain pergantungan kita melainkan kepada Allah semata.
inilah saat yang aku takut.
saat ujian itu tiba.
(29:2,3)
mungkin ketakutan itu juga menjadi salah satu sebab mengapa aku terus berusaha untuk melaju bersama akhawat lain.
berusaha mengembangkan fikrah, menanamkan azam, mentajarrudkan diri dari selain islam.
aku takut andai aku tidak berusaha sekarang,
nanti bila saat ujian itu datang,
aku mudah tersungkur dan melemah mengikut arus kefuturan(lemah semangat)
wallahuallam
“Teruslah bergerak,
hingga kelelahan itu lelah mengikutimu
Teruslah berlari,
hingga kebosanan itu bosan mengejarmu
Teruslah berjalan,
hingga keletihan itu letih bersamamu
Teruslah bertahan,
hingga kefuturan itu futur menyertaimu
Tetaplah berjaga,
hingga kelesuan itu lesu menemanimu
~ seandainya mereka melatakkan matahari ditangan kananku dan bulan ditangan kiriku agar aku meninggalkan dakwah Tuhanku nescaya tidak akan aku tinggalkannya sehinggalah tiba saat Allah memenangkan agamaNya atau aku mati keranaNya..~
benarlah dalam sirah nabawiyah, ada bekalan dakwah.sangat2 terkesan dengan kata-katanya. menjadi inspirasi dan sering tertanya-tanya. andai ditakdirkan aku diuji paksaan untuk meninggalkan DnT, adakah ini juga hujah pertama aku menegakkan fikrah yang ditarbiyah dalam diriku.

3 comments:

fieqa said...

salam ziarah ukhti fillah <3

k.mummmmmmmmmmmmmmmmmmmm..


rindu fillahhh sgt2..
rindu nye ngn sume akhawwat msia :(

nak nanges, sayu je bile baca post ni akk!!!!!!!!


akk, moge KITA semua trus diberi kekuatan oleh Allah! iAllah.

jom berusaha dgn a'mal kita insyaAllah :)

fi zhilalil tarbiyah said...

salam pqa!!
subhanallah,akak pun menangis bace komen awk.
ni baru komen,kalau ziarah UM, lagi akak tambat awk utk korek2 rahsia perkembangan dakwah disana..

teruskan berjuang adikku.jauh dimata, sgt dekat dihati

luv fillah

fieqa said...

comel lah akk ni. hee :D
rasa cm nanges jugak je..
waaaaaaaaaaa..


oh yer. nt ade masa sy email akk yer insyaAllah :)
email akk ni kan,

mum_maz05@yahoo.com.my


syg fillah juga..moge terus kuatttttt.
gegarkan malaysia yer! he. insyaAllah :)
doakan kami rijal2 di sini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...