lahir dari salah satu saf susunan batu bata
dan aku bercita-cita
menyusun batu bata yang boleh melahirkan mereka yang boleh menyusun batu bata juga
nampak remeh bukan??
terpulang pada anda bagaimana untuk menterjemah kata-kataku ini
tapi serius
aku sedang obses
untuk mengejar manusia
melentur, melebur dan membentuk mereka
sehingga terbentuk satu saf jundi yang akan menggegarkan saf-saf yang ada
tidak lelah walau diterjah
tidak luntur himmah walau digugah
tidak bercerai barisan walau digegar dengan kecaman
tidak keluar saf walau digertak dengan kepayahan
dari mereka akan lahirlah
rijal-rijal yang sanggup ditarbiyah
rijal-rijal yang sanggup mati kerana dakwah
rijal-rijal yang tahu apa erti satu batu-bata milik mereka
dalam menyumbangkan harta dan jiwa dalam pembentukan bangunan ustaziatul alam
sungguh,
aku mengimani jalan yang sedang aku tempuh ini adalah satu-satunya cara untuk membawa islam kepada UA itu..
aku juga mengimani bahwa Allah tetap akan memenangkan agamaNya
samada wujud atau tidaknya aku dalam saf-saf perjuangan..
so,
tidak..aku tidak berangan untuk mencapai cita-cita itu ketika ini.. aku tidak berangan melihat islam itu gah disaat ini.
tidak sekali-kali itu menjadi tunjang perjuanganku!
kerana penantian itu satu sindrom awal kefuturan.
bilamana yang dicita-citakan tidak kelihatan bayang-bayang kemenangan..
maka akan lemahlah hamasah perjuangan..
tapi aku tetap obses untuk meleburkan kudratku untuk memenangkan agamaNya..
mengalirkan ruh-ruhku didalam susunan saf-saf yang sedang diatur dengan kukuhnya..
kerana itu..
aku ingin menyusun batu bata itu sebaik mungkin..
menyusun saf-saf yang terdiri daripada rijal-rijal yang bercita-cita untuk membina para rijal.
sehingga suatu ketika kelak...pabila kami berada dihadapanNya...
kami mampu berdiri dalam saf-saf yang sama.
dan dengannya, kami melangkah kesyurga bersma-sama..
kerana aku sangat mengimani firman Allah yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang terdahulu (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar."(9:100)
kerana aku sangat mengimani dan mengimpikan 'orang yang menuruti jejak langkah para muhajirin dan ansar' itu adalah aku..
kerana aku mengimani Allah hanya akan redha jika aku redha dengan jalan cinta ini..
kerana aku mengimani Rasulku telah bersusah payah dahulu sehingga aku memahami erti sebenar hidup aku sebagai seorang hamba kepada Ilahi..
oleh itu,
tidak mungkin akan surut langkah ini walau diterjah oleh ombak yang mengganas..
wallahuallam
p/s:apa pula yang anda imani?
No comments:
Post a Comment