Tuesday, March 1, 2011

kenapa aku masih disini?


melihat orang sekeliling melaju dalam mengejar 'nama' didunia..
mengejar excellent dalam belajar dan kerjanya,

hati aku menangis dan sedikit tertekan..

di 'push' dengan keterikatan dunia itu sendiri menjadikan jiwa aku meronta-ronta untuk berlari jauh dari situasi ini..

terfikir 'alangkah baiknya andai aku sebagai full timer daei' tanpa kerja dan belajar begini..

astagfirullahal azim3x.

duhai jiwa yang tenang..kembalilah kepada Allah dengan hati yang tenang....




muhasabah

kenapa aku ambil master?

kenapa aku bekerja sebagai RA?

kenapa?

sebelum habis exam final semester lagi aku dah berkira-kira tentang banyak perkara.

1. aku perlukan duit untuk menggerakkan dakwah ini
2. aku perlukan akhawat di area KL untuk kuatkan dzatiyah dalam diri
3. aku perlu berada di UM untuk memantapkan adik2 ni
4. aku perlu all out lebih lagi utk membina rijal2 yang akan menegakkan agamaNya walau tanpa aku disisi
5. aku sangat takut andai Allah meng'eliminate' aku dari kafilah DnT ini.

kelima-lima perkara itu yang berlegar2 difikiranku sehinggalah aku meyakini untuk stay disini.
di bandar metropolitan yang paling aku benci sejak awal aku masuk ke UM ni...

tapi....

kerana sungguh,

Allah telah memberitahu aku bahawa 'aku masih diperlukan disini.'

oleh kerana itu,
sangat kuyakini Allah sentiasa bersamaku.

walau mungkin aku tidak se'excellent' orang2 yang all out untuk studynya.

walau mungkin aku tidak bekerja lebih masa kerana komitmen lainnya.

tapi aku tetap yakin,

Al-Haq yang sedang aku usahakan ini adalah kemenangan yang nyata.

"Allah tidak menciptakan semuanya melainkan dengan AL-HAQ."(yunus:5)
"Malah Kami lontarkan Al-HAQ atas Al-BATIL lalu ia mengalahkannya dan tiba-tiba AL-Batil itu lenyap."(al-anbiya':18)


sungguh,
kerana aku cintakan jalan ini,
aku rela disakiti dan dilukai.

sungguh,
kerana jalan ini adalah short cut yang amat payah untuk kuharungi,
aku tetap rela kerana Dia yang menilaiku.

sungguh,
kerana jalan ini aku temui setelah zaman kegelapan yang kualami,
aku bersyukur dengan nikmat tak terhingga ini.

sungguh,
tiada lain yang aku kejari,
melainkan redhaMu Ya allah.

cukuplah Engkau redha,
ujilah aku semahuMu..

kuatkan aku..kuatkan aku..kuatkan aku..

aminn


by fz_tarbiyah: KL

4 comments:

adilah said...

insyaAllah..kuat kuat...kekuatan dr Allah, tp perlu dicari bukan ditunggu...

x mudah utk ucapkan
"ya allah, bg la result aku sekian2 yg terbaek utk dnt.."

godaan dunia...exam oriented...

fi zhilalil tarbiyah said...

yup!

jzzkhukhair adilah!

hopefully we'll meet again...

insyaallah.

teruskan..keep on track

fieqa said...

salam ukhti.
moga Allah terus beri kekuatan pada k mum insyaAllah
mge segalanye diniatkan ikhlas krna Allah!

kim slm fillah kt akhawwat msia sume yer.
rindu nye nk sedut hamasah sume org <3

fi zhilalil tarbiyah said...

fieqaaaa....
akhawat mesia pn rindu2x kamu..
kapan mau pulang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...