Sunday, June 14, 2009

Ketokohanmu kuakui duhai As-Syahid Imam Hasan Al-Banna

http://syifamardiyyah.blogspot.com/2009/02/as-syahid-imam-hassan-al-banna.html?showComment=1235105280000
Alhamdulillah,sy sgt berminat dan tertarik hati dgn hasil tulisan ukhti yg seorang ni..Mari kita same2 hayati perjalann hidup As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.Kagumnya sy pd as syahid krn disaat manusia semua alpa,dialah yg mula2 bangkit memikirkan masalah ummat.Bermula dr dakwah di Mesir,akhirnya risalahnya tersebar keseluruh pelusuk dunia.Kematiannya tlh membuka mata ummat yg leka.Hebat kn dia?MasyaAllah.Dlm satu buku 'Detik-detik hdpku' ada menceritakan hasan al-banna memulakan dakwahnya dikedai-kedai mkn dan bknnya dimasjid.Mungkin selepas ini sy akn menulis sendiri ttg sumbangan dan perjuangan beliau.InsyaAllah.Terasa begitu murah air mata tatkala membaca kisah hdp tokoh2 Islam yg lalu dan kini.Benarlah didlm al-quran terlalu byk ayat pujukan dr Allah supaya hambaNya yg berada didlm jln dakwah,tarbiyyah,mentarbiyah,jln yg hakiktnya utk menyelamatkn umat seisi alam ditentang sehebat-hebatnya.Buat sahabat seperjuanagn
'jgnlah kamu bersikap lemah dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org yg plg tinggi darjatnya jika kamu org yg beriman'~Ali-Imran,3:139~
syifa' mardiyySalam ukhuwwah dan salam kasih sayang..kali ini ana berminat untuk menulis tentang As-syahid Imam Hassan Al-Banna.kisah beliau sudah tersebar dimerata-rata.kita boleh menemui tentang sejarah hidup beliau dimana-mana. namun,dari diri yang dhoif ana suka untuk berkongsi apa yang telah ana baca mengenai imam terkemuka ini.sepanjang minggu ini ana banyak membaca tentang sejarah hidup beliau. Buku 'Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden dan Buku Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna cukup menarik minat untuk terus membaca kisah hidup insan mulia ini. ana petik kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Sheikh Muhammad al-Ghazali tentang peribadi imam Hassan Al-Banna,
"Ustaz Hasan Al-Banna hidup di dunia ini selama 40 tahun. Dia tidak tidur di atas tilamnya yang empuk kecuali beberapa malam tertentu.Dia tidak bertemu dengan sanak saudaranya kecuali pada saat-saat tertentu.Umur setelah itu berkelana untuk mengukuhkan tiang-tiang Rabbani dan memantapkan rukun-rukun Islam disaat kaum Muslimin sedang terpedaya, pada saat kaum penjajah terjaga, begitu juga dengan golongan komunis.Hasan Al-Banna adalah seperti raksasa yang memerangi semua itu,sehingga membuat musuh tidak dapat tidur dan menjadikan musuh tidak akan aman".
Imam Hasan Al-Banna merupakan monumental yag sangat besar dalam arena dakwah global, khususnya bagi pendukung-pendukung gerakan Islam seluruh dunia abad moden. Pengasas Ikhwanul Muslimin ini ternyata seorang yang dalam strategi dan juga pemimpin yang bijak dalam mengatur organisasi.Buktinya,gerakan Ihkwanul Muslimin hingga kini melahirkan tokoh-tokoh yang sama hebat dengan beliau.Yang memperjuangkan Islam dengan sebenar-benarnya.Imam Hasan Al-Banna juga merupakan cerminan hidup seorang pejuang yang telah mewakafkan hidupnya demi memartabatkan Islam ditempat yang selayaknya.Menyoroti kisah hidup beliau sebagai seorang suami dan ayah,ianya cukup sempurna. dalam kesibukan beliau menguruskan jemaah,Imam As-Syahid Hasan Al-Banna masih lagi menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah.Hal ini tertulis dalam buku Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna, dimana anak-anak beliau sendiri menceritakan tentang peribadi Imam besar ini.satu situasi yang diceritakan buat ana cukup terkesan adalah apabila Al-Banna memotivasikan isteri beliau Ummu Wafa dengan mengatakan,
"Wahai Ummu Wafa,istana kita menanti kita di syurga.Allah tidak akan mensia-siakan hidup kita di dunia".
Saat itu,dirumah mereka kosong tanpa apa-apa peralatan kerana semuanya dipindahkan ke pejabat yang menjadi pusat gerakan Ikhwanul Muslimin.ana tak mampu mengungkap semua kandungan buku ini, ana sarankan kepada semua sahabat untuk memiliki buku ini.Di bawah ini ana sertakan kata-kata yang diungkapkan oleh Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi untuk Imam Hasan Al-Banna.Moga kecintaan kita terhadap perjuangan bertambah sebagaimana cintanya imam besar ini kepada syahid dijalan Allah.ameen.
SURAT UNTUK AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA
Untukmu wahai imamku,
Wahai guru yang mulia
Wahai pembawa cahaya di zaman kegelapan
Wahai Pembimbing dunia ke jalan Muhammad
Wahai hembusan daripada generasi Darul Arqam
Aku hadiahkan untukmu diriku dalam qasidah yang kurangkapkan
Yang memberi petunjuk dan juga merejam seperti bintang-bintang
Mereka menyangka engkau mati,
sedangkan engkau hidup kekal
Tidak mati kecuali sipenzalim dan penjenayah
Merekamenyangka engkau tiada,
sedang engkau berada disisi kami
Menyaksikan Kami suluh dengan manhajmu
setiap laluan yang gelap
Kau tegakkan untuk Islam
menara yang tidaklah batu batanya
selain pemuda Islam
Kau tuliskan dunia
satu deklarasi kebangkitan
Dan engkau enggan menandatanganinya
kecualidengan darahmu
Tidurlah disisi Tuhanmu yang memberi petunjuk
Sesungguhnya apa yang kau bina wahai Banna’( Pembina)
tidak runtuh Kecintaan padamu akan terus terukir dihati
Kau dipuji akal fikiranmu dan namamu meniti dibibir.
Oleh : Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi
Sahabat,kematian beliau ditangisi seluruh ummat seperjuangan namun diraikan dgn pesta oleh mere yg kuffur..Betapa pesta mereka juga memberi kebaikan bg umat islam krn berjaya melahirkan,menyedarkan dan membawa seorang lg tokoh yg hebat(Syed Qutb) yg tersedar dr tidur yg pnjang selepas kematian AsSyahid.AsSyahid telah ditembak mati dijalan Cairo.Padahalnya beliau masih bernafas selepas ditembak,namun pihak kuffar yg terlibat melarang sesiapa utk membantu sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir dijalanan.Semua ini adlh konspirasi politik para musuh Islam yang dipimpin oleh sang pengkhianat la'natullah Gamal Abden Naser.
'Janganlah kamu mengira bahawa org yg gugur dijln Allah itu mati bahkan mereka hdp dialam yg lain disisi Tuhannya dgn mendpt rezeki'~3:169~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...