Tuesday, June 30, 2009

Luahan Adam untuk Hawa

Tak sangka pula saya ada yang sudi membalas puisi 'Surat buatmu Adam'. Sukalah saya publish disini untuk pembacaan sahabat sekalian. Buat Adam yang membalas,syukran jazilan. Semoga bermanfaat buat tatapan semua.
Hawa,
dunia kelam tanpamu,
sepi,
sunyi,
ketandusan ceria,
sedangkan nikmat syurga tenggelam dalam kesepian Adam,
layakkah fatamorgana dunia ceria tanpa Hawa?
Hawa,
terciptamu penuh kemulian,
kejadianmu penuh kecintaan,
rusuk kiri punya seribu erti,
dekat di hati,
rapat di sisi,
peneman diri,
penghilang sunyi.
Hawa,
tingginya nilai kejadianmu,
engkau dimuliakan tuhan dengan penciptaanmu,
sama tinggi dengan sifatmu,
sama rendah dengan dayamu,
mengapa dicebik kedudukan si adam itu?
bukankah DIA Maha Tahu?
Hawa,
mengapa diungkit kisah kini dan dahulu?
Lupakah kamu?
Adam dan Hawa dahulunya satu.
mengapa disoal mengapa Adam begini dan begitu?
lupakah kamu?
kamu adalah dia,
dia adalah kamu.
Hawa,
hidup ini aneh,
dari adam dijadikan hawa,
dari hawa lahir adam pula,
ajaib sungguh aturanNYA,
zaman purba kala,
mahupun zaman manusia meneroka angkasa,
sifirnya tetap sama.
Hawa,
masih engkau ingat dulu?
tika saat adam dan hawa dibuang ke dunia,
pujuk rayumu memakan buah larangan syurga,
Adam turuti atas dasar cinta,
Jabal rahmah menjadi saksi setia,
tiada dendam di dada,
yang ada hanya cinta.
Hawa,
jangan diletak harapan tinggi melangit,
pada pundak kerdil si adam,
kerana adam dan hawa sama,manusia, lupa,
hari ini adam tersungkur,
hawa menghulur tangan.
hari esok hawa tersungkur,
adam pula menghulur tangan.
kerana adam dan hawa sama,manusia,lupa.
Hawa,
bukan diri ini memuja,
apa lagi mendewa,
kerna kusedar,
walaupun tanpa puji dan puja,
kau tetap sama,
MULIA.
kaherah ~ 1.11 am~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...