Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Mengasihani
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi yg mencipta dan mentadbir alam buana mengikut kehendakNya,seiring sunnatullah dan janji-janjiNya. Tiada yg lain melainkan Dia yg lebih berkuasa menentukan segala takdir lg Maha mengetahui segala sesuatu. Syukur jua atas segala nikmat drnya yg x terhitung hikmah dan rahmatnya. sesekali Dia menguji kita, tentunya sebagai ingatan bahawa sebesar manapun pengorbanan kita dalam jalan dakwah dan tarbiyah,namun tentunya tiada langsung mengurang atau menambahkan kekayaan dan keagunganNya..betapa besar jua yg kita korbankan hatta tenaga,wang ringgit atau masa, namun segalanya tidak langsung membantutkan tugasan Allah dlm mentadbir alam buana..ini kerana, segala apa yg kita usahakan hylah utk diri kita sendiri. Pembinaan kehidupan dan cara hidup kita di dunia akn membentuk mahligai tertentu utk kehidupan abadi di akhirat yg bakal tiba. Penuaian di akhirat kelak akn membuktikan segala bayaran jual beli kita di dunia ini. betapa Pengasih Lg Penyayangnya Dia kerana dgn lemah lembut memberi peluang dan ilham utk kita berjuang di medan dakwah dan tarbiyah..kekadang enaknya melalikan kelapangan yg lalu..dan tentunya kekadang kesempitan menambahkan kesabaran, cuba jauh dr tersungkur..segalanya hy kerana Dia.wallahuallam
"nikmat Allah yg mana lg harus engkau dustakan?"(55:13)
“Dan kunci2 segala yg ghaib ada padaNya,tidk ada yg mengetahui selain Dia.Dia mengetahui apa yg ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pn yg gugur dan tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pn dlm kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yg basah @ yg kering yg tidak tertulis dalam kitab yg nyata(luh mahfuz).(6:59)”
Melalui ayat ni, telah jelas bahawa segala yg telah berlaku,akan berlaku, dan telah berlaku adalah drNya semata.
Mengimbau kembali kisah panjang INI SEJARAH KITA, telah jelas kisah2 terdahulu yg membentuk satu formula yg boleh kita gunakan utk mencapai matlamat dunia baru islam. Melihat ummat sejagat yg sedang tenat terhoyong-hayang mencari erti kehidupan, terasa sgt kasihan dan betapa aku menzalimi diri sendiri, lemahnya mujahadah bila hy mampu membeku dan menyimpan hasrat yg bernanah dlm jiwa yg sakit. Sangat sakit pabila diri tidak mampu meluahkan dan mengalirkan aura tarbiyah kepada mereka yg bergelar manusia awam..namun alhamdulillah terasa sgt bersyukur juga kerana dibukakan mata dan hati utk menyedari ttg betapa ummat sekarang sedang tenat, alhamdulillah kerana diberi kekuatan utk bergerak dimedan tarbiyah dan dakwah dan tentunya alhamdulillah bila diberi kefahaman bhw dakwah dan tarbiyah bukanlah laluan jln karpet merah dan bunga2 mewangi, bukan utk memanjakan diri atau SPA kn jasadi.
“Apakah kamu mengira bhw kamu akn masuk syurga padahal belum nyata bg Allah org2 yg berjihad diantara kamu dan belum nyata org2 yg bersabar.”(3:142)
Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini
lagu IKRAM
Bila mengenang blk zaman jahiliyah yg lalu, betapa tak terungkap kesyukuran bila dikurniakan nikmat kefahaman bermula dengan pertemuaan dan percintaan yg terbina dlm usrah. Starting with usrah, aku start mengenali apa erti cinta, kasih dan syg yg dtgnya dr Dia. Pernah daku bertanya pada murabbiah bagaimanakah utk kita maintain dalam dakwah.. dan satu2nya jawapan tiada lain melainkan maintainkan diri dalam tarbiyah(usrah)..jika kita tercicir dalam usrah, tiada harapan utk meneruskan perjalanan dakwah..Tuntutan dakwah tidak memerlukan kita untuk belajar semata namun kita perlu mengajar..give and take!
Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.(3:79)
~DALIL KEPENTINGAN USRAH~
dan apabila kita tercicir dr tarbiyah...
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.(43:36)
Oleh yg demikian,betapa jelasnya kepentingan tarbiyah dalam penerusan penyampaian risalah. Perasankankah kita bhw risalah ini adalah satu anugerah Allah buat manusia? inilah nilai penghargaan dan pengijazahan dr Allah Yg Maha Agung, betapa agungnya Dia krn memberi satu risalah yg takjub utk kita fahami dan yakini. Dan risalah yg dibawa bukanlah utk kebanggaan ‘degree from Allah’ semata, namun risalah yg agung ini mempunyai satu kepentingan utk dunia dan ummat sejagat. Cita2 kami bukanlah setakat membina kehidupan kami sendiri, namun inilah risalah yg dibawa utk melepaskan ummat manusia drpd penghambaan sesama manusia semata. Allahu ghatuna, Ar Rasul qudwatuna, Al-Quran dusturuna, Al Jihadi sabiluna, Al Mautufi sabilillah, asma amanina..
‘Allah mengutuskan kami utk kami selamatkan manusia dr penghambaan sesama manusia kpd penghambaan kpd Allah semata”
Tiada yg lain melainkan kerana Allah
Tiada yg lain melainkan kpd Allah
1 comment:
jazakillah umi, mesej yg sangat menyentuh jiwa, along faham mengapa Allah menetapkan semua ini...along harap moga kita sume dapat istiqamah dlm pentarbiyahan nie...along sayang umi!!!!!!!!!!!!!!!!
Post a Comment