salam..^_^
minggu ni cuti jumaat-ahad. dan saya tidak melibatkan diri untuk mane2 daurah. terfikir jugak, apa salahnya keluar untuk jadi penyibuk ke kan..tp alhamdulillah, Allah telah membuka hati ini untuk ke rumah akak yang berada di sg.buloh. rasa bersalah juga sebab dah lama tak ziarah dia. datang kerumah dia ni pun, sebab nak ambil surat beranak untuk buat pasport. kalau tidak, mungkin selagi dia tak berbunyi, saya tak pergi kot..huhu..(muhasabah)..kene lebih peka dengan hak2 orang sekeliling.
semasa usrah semalam, bila murabbiah sebut pasal tarbiyah berterusan, saya sangatlah terkesan dengan kata-katanya bahawa wasilah/marhalah dakwah kita bukanlah hanya melalui usrah. not bonding by our weekly perjumpaan usrah, tapi setiap saat kita berada dimana sahaja, disitu tetap ada wasilah tarbiyah. bagaimana interaksi kita dengan persekitaran kita. bagaimana hubungan kita dengan mereka yang berada di sekeliling kita..kita-rakan serumah, kita-keluarga, kita-rakan sekerja.
sememangnya kejamlah kita bilamana kita meletakkan target @ harapan supaya mereka faham siapa kita, apa kerja kita, penat kita, lelah kita, sakit kepala kita dalam menguruskan gerak kerja dakwah dan tarbiyah ini. terlalu berharap bila balik ke rumah sewa, mereka dah kemas rumah, terlalu mengharap bila balik lewat mereka tidak membebel kepada kita, terlalu mengharap bila kita menolak ajakan mereka untuk berhibur@keluar gathering, mereka tidak bermasam muka..
seringkali kita terlepas pandang @ terlupa yang mereka bukan seperti kita..
perlulah kita ingat bahawa mereka belum faham dan mereka belum tahu.
sebenarnya baru-baru ni jugak aku terasa sangat sesak dada bila memikirkan dan melihat orang sekelilingku. terasa seperti ada beban seberat gunung yang berada diatas pundak bahuku bahawa aku telah tahu dan wajib keatasku untuk memberitahu. lagi2 bila melihat rakan serumah,rakan sekerja dan rakan sekuliah dahulu. aku sayang pada mereka.. aku pernah tegur mereka.. aku pernah berbaik dengan mereka.. tetapi apabila aku baca sirah nabawiyah raheq makhtum, betapa aku terasa usahaku sangat2 lah kecil jika dibandingkan dengan rasulullah s.a.w dan para sahabat. mereka membayar usaha dakwah mereka dengan darah, dengan pengorbanan harta dan jiwa. mereka mentajarrudkan diri hy untuk islam semata.. dan sangat2 lah bersyukur kerana hasil usaha mereka telah sampai kepada kita. islam telah kita rasai. namun, berapa ramai yang memahami bahawa nikmat islam itu bukanlah untuk disimpan didalam muzium negara @ dijadikan candi tp nikmat itu hanyalah untuk disyukuri.
sangat2 terkesan dengan kata-kata seorang ustaz.
'jika kita hidup untuk diri kita sendiri, maka usia kita hanyalah setakat kehidupan, tetapi jika kita hidup untuk fikrah(islam), maka usia kita adalah selama-lamanya.'
sebenarnya dah 3 minggu bersama adik2 UNAIS yang tersayang, menyelengkar bibliografi as-sayyid syed qutb dan meneroka mukaddimah fi zhilalil quran. dan seperti biasa, walaupun dah banyak kali share tentang mukaddimah zhilal ni, namun setiap kali memberi, berkongsi, kesannya, 'spark'nya dan auranya masih memberi impak yang besar dalam diri saya. seolah-olah menghidupkan dan membajai ruh yang ketandusan aura kesuburan.
'aku hidup dibawah bayangan Al-Quran dan disana aku melihat jahiliyah berkecamuk dimuka bumi....mengapa?mengapa mereka sanggup menjatuhkan diri mereka kedalam paya yang busuk,kotor sedangkan disana ada padang yang sangat bersih dan menyenangkan.'-Mukaddimah zhilalil quran
islam datang bukan untuk menghukum tetapi memberi kehidupan kepada manusia. membebaskan manusia daripada penghambaan sesama manusia kepada penghambaan kepada Allah semata. indahnya hidup ini andai semua mengerti dan memahami. namun saya juga faham bahawa mereka adalah mangsa keadaan. mangsa liberalism dan mangsa penjajahan. alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi yang telah memberi kehidupan kepadaku. Semoga terus tsabat dalam menyuburkan fikrah2 islam bukan hy dalam diri tetapi untuk disalurkan kepada manusiawi.
'dan ingatlah ketika Tuhan kamu berkata" sungguh! jika kamu bersyukur maka akan Aku tambahi nikmatKu kepadamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur dengan nikmatKU sesungguhnya azabku sangatlah pedih".(ibrahim,14:7)
hmmm,
terasa seolah-olah membebel pulak dalam entri kali nih..
sebenarnya, dari awal tadi nak sangat memberi penghargaan kepada seorang ukhti.
seorang adik yang jauh dari mata tapi sangat dekat dihati. bonding by akidah, kami tidak pernah bertemu, tidak pernah berbicara panjang melalui telefon atau tidak pernah saling memandang melalui webcam..tetapi hati kami telah bertaut, bersatu dalam memikul beban dakwahMu, saling menyintai keranaMu, saling merindu untuk bertemu, menyimpan rasa untuk berkongsi pengalaman tarbiyah dan menyedut dan mengalirkan arus2 fikrah..
betapa indahnya ukhwah yang terbina keranaNya.
mungkinlah ini yang dikatakan kekutan ummah!
Ya Allah,
aku menyintainya keranaMu, aku merinduinya keranaMu, aku berharap bertemu dengannya jua hy keranaMu..
dan doa ini kukirimkan untuknya hy keranaMu.
cintailah dia Ya Allah,
kasihilah dia Ya Rahman,
Lindungilah dia Ya Rahim.
ampuni kami
ampuni kami
ampuni kami.
amin
~sweet penghargaan buat adik najihah ab raof..
No comments:
Post a Comment