Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
“Ya Allahku, janganlah Engkau uji daku dengan kehilangan rasa cinta padaMu, janganlah Engkau tarik nikmat mencintaiMu dalam diriku.”
Andai cinta kita kepada makhlukNya
Pernahkah cinta itu melemahkan kita?.
Pernahkah cinta itu mengurangkan rasa pengorbanan kita?
Mungkin pernah...dan memang pernah...
Kerana cinta manusia datang dariNya
Rasa cinta itu anugerah dariNya
Namun hy dengan mencintai Yang Memberi Cinta akan memberi kesan optimum untuk kekuatan dan pengorbanan..
Suatu ketika..
Aku pernah taksub dengan cintaNya
Indah dan sangat indah..
Namun,
Aku juga pernah melemah
aku pernah tersadung tiada rasa dalam tahajjudNya, tiada enak dalam doaNya dan tiada hati dalam menyerahkan diri kepadaNya..
Dan tatkala itulah hatiku sangat sakit marahkan diri, jiwaku merindu pada nikmat cinta itu, dan jasadku melemah kerana kurangnya ruh yang hadir dalam ibadahnya..
Namun apa yang aku faham, apa yang aku pegang!
Cinta bukan semurah dan semudah itu untuk dikecapinya...
Cinta bukanlah sekadar rasa enak dan taksub semata...
Bukankah cinta adalah pengorbanan?
Untuk mendapat nikmatnya, perlu juga kita berkorban
Adakah tahajjud kita untuk mendapatkan kemanisan iman semata?
Adakah DF kita untuk meramaikan mad’u kita semata?
Adakah daurah, usrah, dakwah dan tarbiyah untuk ustaziatul alam semata?
Adakah doa kita untuk dimakbulkan semata?
Adakah ibadah kita untuk meraih syurga dan kemanisan bercinta denganNya semata?
Kalau itu yang kita harapkan,
Tentunya bila rasa itu hilang...maka amalan kita juga akan turut pergi..
Bila kemanisan tahajjud itu dilambatkan @ dihilangkan, tiada kita bangun untuk qiam
Bila beratnya kaki untuk melangkah ke daurah dan usrah, lemaulah jasad ketikamenghadirinya
Bila doa2 yang dilantunkan belum ade makbulnya, putus asalah kita untuk melantunkannya
Semuanya kita tinggalkan kerana tiada rasa cinta,
tiada nikmat dan kemanisan ibadahnya..
Itukah cinta?
Begitukah cinta pada mata kalian?
Bolehkah aku kata cinta itu istiqamah...
Setiap hari memberi walau tidak dibalas..
Setiap hari memujuk walau dipaling..
Setiap hari mengorbankan perasaan walau rasa itu kurang...
Dan Dia???
Sememang terpulang padaNya bagaimana untuk memberi nikmat itu
Dalam bentuk apa nikmat itu..
Bagaimana perasaan itu..
Dan bila akan hadirnya cinta itu...
Dengan izin Allah..
Tentu akan dihadirkan rasa indah mencintainya..
Indah pada istiqamah cuba meraih cintaNya
Dan tidak mampu untuk aku tuliskan
Tatkala cinta itu mekar dalam hati
Tatkala Dia memberi nikmat itu
Tatkala Dia membalas doa dengan cinta
Tatkala Dia membelai tahajjud dengan airmata
Tatkala Dia memujuk kepayahan dakwah dengan keringanan dan kelapangan dada
Tatkala Dia menghadirkan rasa cinta
Tiada aku inginkan syurga
Tiada aku inginkan pahala
Tapi cukuplah sekadar nikmat cinta ini...
Ya Allah
Hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan RasulMu
Janganlah Engkau hilangkan rasa cinta ini daripadaKu
Janganlah Engkau uji daku dengan kehilangan rasa cinta padaMu
Rasa istiqamah untuk meraih cintaMu...
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Syukran Ya Allah
Kerana membalas mujahadahku dengan nikmat mencintaiMu
Cukuplah sekadar Engkau
Tiada yang lain melainkan Engkau
Istiqamahkanlah daku dalam mencintaiMu
Istiqamahkanlah daku dalam memberi cinta kepadaMu
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untukMu
amin
3 comments:
Subahanallah... hanya tu yg mampu diucapkan saat ni=')
Salam ukti,
Post yang menarik. sangat dekat dengan hati dan sangat apa yang saya rasai juga.
Terima kasih Ya Allah, yang membuatkan saya terjumpa post ini, kerana tatkala ini hati amat 'kering'.
Astagfirullah.
Rindu. amat rindu akan nikmatnya Cinta Allah.
Hari ini walau terasa kering dari hari yang lain, Allah tetap menemukan saya dengan pelbagai yang kadang kita sebut sebagai 'kebetulan'.
:'(
Jazakillah for such beautiful writing. Moga Allah merahmati penulisanMu.
Suburkan cinta kami kepadaMu Ya Allah.
Ameen
mum>kak long::alhamdulillah..luv u along(kak ain)..heee
mum>dilamaya : alhamdulillah..cinta perlu dibina..kejarilah ia..luv u fillah
Post a Comment