Andai kumampu melakarkan kisah lampau
Andai kumampu mentafsir masa hadapan
Andai segalanya mampu kuulang
Andai dunia penuh ceria
Andai bahagia tiada derita
Andai cinta berbalas rasa
Andai segala-galanya aku mampu teroka
Dan seandainya andaian ini berterusan
Bermain-main difikiran
.................Lantas..................
Merosakkan!
Menggoyahkan!
tautan perasaan
AKU dan DIRIMU
Maafkan daku Ya Tuhan
Pulang dari UM semalam,aku terus kebilik. mengenangkan esoknya ada test Natural Product, maka aku terus siapkan diri untuk study..Makan?..mi segera sudah..Separuh jalan belajar,aku berhenti seketika. Sunyi..My roomate(Ramlah) masih di kampung. Housemate yang lain keluar mid valley untuk beli barang dapur. Sayunya..Automatically hati tersentuh. kenapa ye?
Aku tak pasti
tetapi aku mencari sesuatu. Aku rindukan sesuatu..
Aku menangis...
Fikiranku galak berfikir
Saat seperti ini,aku terasa letih dengan kehidupan dunia
Bahagianya hidup disyurga
Layakkah daku?
Dalam sendu aku mengharapkan cintaMu
Andai Kau matikan daku saat ini
Aku redha
Kerana rinduku padaMu
Adakah kau akan menghukum hambaMu ini?
Daku pasrah dalam pengharapan ampunanMu
Hidup dan matikanlah aku dalam mentaatiMu dan rasulMu
ameen
Sebenarnya hati ini cinta kepadaMu
Sebenarnya diri ini rindu kepadaMu
Tapi aku
Tidak mengerti
Mengapa cinta
Masih tak hadir
Tapi aku
Tidak mengerti
Mengapa rindu
Belum berbunga
Sesungguhnya
Walauku kutip semua permata
Didasar lautan
Sesungguhnya
Walauku siram
Dengan air hujan
Dari tujuh langitMu
Namun cinta
Takkan hadir
Namun rindu
Takkaan berbunga
Kucuba menghulurkan
Hadiah kepadaMu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar
Ulang c/o
Jika tidak mengharap rahmatMu
Jika tidak menagih simpati
padaMu ya Allah
Tuhan,
Hadiahkanlah kasihMu kepadaku
Tuhan,
Kurniakanlah
Rinduku kepadaMu
Moga kutahu
Syukurku adalah milikMu
2 comments:
subhanAllah..
moge2 kita sama2 berusha untuk lebih cinta padanya.. moge2 penat dunia tak melalaikan kita k..
tq mum
mum sgt berpuitis ye,,huu
touchng2,,i like,,
keep up d good work,,
Post a Comment