Wednesday, August 5, 2009

Andai kumampu

Andai kumampu melakarkan kisah lampau
Andai kumampu mentafsir masa hadapan
Andai segalanya mampu kuulang
Andai dunia penuh ceria
Andai bahagia tiada derita
Andai cinta berbalas rasa
Andai segala-galanya aku mampu teroka
Dan seandainya andaian ini berterusan
Bermain-main difikiran
.................Lantas..................
Merosakkan!
Menggoyahkan!
tautan perasaan
AKU dan DIRIMU
Maafkan daku Ya Tuhan
Pulang dari UM semalam,aku terus kebilik. mengenangkan esoknya ada test Natural Product, maka aku terus siapkan diri untuk study..Makan?..mi segera sudah..Separuh jalan belajar,aku berhenti seketika. Sunyi..My roomate(Ramlah) masih di kampung. Housemate yang lain keluar mid valley untuk beli barang dapur. Sayunya..Automatically hati tersentuh. kenapa ye?
Aku tak pasti
tetapi aku mencari sesuatu. Aku rindukan sesuatu..
Aku menangis...
Fikiranku galak berfikir
Saat seperti ini,aku terasa letih dengan kehidupan dunia
Bahagianya hidup disyurga
Layakkah daku?
Dalam sendu aku mengharapkan cintaMu
Andai Kau matikan daku saat ini
Aku redha
Kerana rinduku padaMu
Adakah kau akan menghukum hambaMu ini?
Daku pasrah dalam pengharapan ampunanMu
Hidup dan matikanlah aku dalam mentaatiMu dan rasulMu
ameen
Sebenarnya hati ini cinta kepadaMu Sebenarnya diri ini rindu kepadaMu Tapi aku Tidak mengerti Mengapa cinta Masih tak hadir Tapi aku Tidak mengerti Mengapa rindu Belum berbunga Sesungguhnya Walauku kutip semua permata Didasar lautan Sesungguhnya Walauku siram Dengan air hujan Dari tujuh langitMu Namun cinta Takkan hadir Namun rindu Takkaan berbunga Kucuba menghulurkan Hadiah kepadaMu Tapi mungkin kerana isinya Tidak sempurna tiada seri Kucuba menyiramnya Agar tumbuh dan berbunga Tapi mungkin kerana airnya Tidak sesegar telaga kauthar Ulang c/o Jika tidak mengharap rahmatMu Jika tidak menagih simpati padaMu ya Allah Tuhan, Hadiahkanlah kasihMu kepadaku Tuhan, Kurniakanlah Rinduku kepadaMu Moga kutahu Syukurku adalah milikMu

2 comments:

sei said...

subhanAllah..

moge2 kita sama2 berusha untuk lebih cinta padanya.. moge2 penat dunia tak melalaikan kita k..

tq mum

nabila said...

mum sgt berpuitis ye,,huu
touchng2,,i like,,
keep up d good work,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...