Monday, November 2, 2009

~Antara dua cinta

Ya Tuhan yg Maha Agung Seagung keindahan wajah dan kebesaran kerajaan alam buana Mu Milik Engkaulah segala apa yg ada dilangit dan dibumi MilikMu jualah hati ini Hati seorang hamba yg sering kerinduan Hati seorang hamba yg mendamba Cinta dari Engkau yg mencipta cinta Pernah Kau uji daku dengan cinta seorang insan Ku terima dikala kejahilan Walaupun rasa cinta disalutkan rasa kehambaan Kekadang tetap kalah dengan dugaan Pernah kau kuketepikan diantara 2 cinta Maafkan daku Ya Tuhan Tatkala tersedar Hati merindu fitrah yg dikurnia Jiwa meronta menggugah fizikal Agar kembali kepada fitrah Lantas aku membuka hijab hidayah Yg Kau kurnia sekian lama Dalam sendu aku mencari Dan terus mengharap hy padaMu Tatkala daku dapat merasa, Sentuhan kasih dan rahmatMu membelai jiwa, Terharunya daku Ya Tuhan, Terkesimanya aku Ya Rahman, Betapa takkan Engkau biarkan hambaMu keseorangan Selangkah ku kepadaMu, berlari Kau kearahku Betapa kasihMu tak terbanding dengan segala nikmat yg kau kurnia Dalam sujud, Syukurku membelah jiwa Terima kasih atas kurniaan cinta dan rinduku padaMu Betapa tak terungkap rasa yg terbungkam dijiwa Segalanya hanya untukMu Ya Tuhan Ya Rahim, Milik Engkaulah hati ini, Rela daku kehilangan cinta dari mereka yg bergelar insan Tetapi Janganlah Engkau uji daku dengan hilangnya rasa cinta padaMu Hidup dan matiku hanya untukMu Bimbing dan peliharalah daku Ya Tuhan Janganlah Engkau membiarkan daku menentukan nasibku sendiri Dalam sekelip mata atau jangka waktu yg lebih singkat dari itu Hidup dan Matikanlah daku dalam mentaatimu dan RasulMu... Amin
Airmata mengalir lagi.. Kerana 2 cinta.. ‘Ya Allah, andai benar Engkau redha dengan aku dan ......, tunjukkanlah jalannya Ya Allah. Peliharalah kami. Tetapkanlah hati dan langkah kami dalam bimbinganMu. Dan andai sebaliknya yg Engkau kehendaki, Kau buangkanlah rasa cinta ini dalam hati kami berdua Ya Allah...Redhakanlah kami dengan ketentuanMu..’ 4 tahun doa ini menjadi kekuatan buatku. 4 tahun bukanlah tempoh masa yg singkat. Sememangnya iman manusia kadang naik kadang turun. Aku akui pernah terlagha dalam memuja cinta manusia. Astagfirullah.. Namun indahnya rasa cinta 2 jiwa yg Allah kurnia, tetap akan kembali mencari fitrah cinta itu sendiri. Fitrah dari Dia yg Mencipta cinta. Iaitu CINTA ILAHI...Dalam pencarian aku menemui kasih hakiki.. Dalam rintih, aku memohon kembali.. ‘Ya Allah yg Maha Mengetahui. Jauhkanlah daku dari perkara yg boleh menjauhkan daku darimu. Kerana cinta pada hambaMu, kekadang hati terkurang memberi padaMu.. Ketahuilah Ya Tuhan, Daku lebih rela kehilangan cinta manusia daripada cintaMu. Janganlah Kau uji daku dengan kehilangan rasa cinta padaMu. Sesungguhnya aku ingin meninggalkan ........ hanya keranaMu. Andai Engkau redha dengan kami, ketemukanlah kami dalam keadaan yg lebih baik disisiMu dan para malaikat dan andai sebaliknya yg Engkau kehendaki, dengan izinMu aku masih tetap hambaMu yg bersyukur..amin’ Untuk mentafsir perasaan hati, Hy Allah yg Maha Mengetahui, Airmata yg mengalir, Menjadi bukti kepada fitrah dalam jiwa, Daku mengetahui kasih Dia tetap disisi, Hy kepada Engkau aku berserah, Hy kepada Engkau jua daku memohon pertolongan, Dan hy lepada Engkau daku memohon ampón, Atas kelemahan dan kekurangan diri, Dalam mencintaiMu Ya Tuhan, Daku cinta padaMu, Ya Rasul s.a.w, Daku cinta kamu, Ya Tuhan, Hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan RasulMu Adanya cinta dan rahmatMu, Aku mampu bernafas dalam kesesakan dunia, Antara 2 cinta, Allah dan dia, Aku memilih Allah, Kerana, Hy Dialah yg berhak memberi daku cinta. Wallahualam
Sayonara jahiliyah

7 comments:

seiramlah said...

alhamdulillah~~ terluah sluruh ayat cinta kamu pdNYa:)

no word 2 describe, such a vry beutiful word.bravo dear^_^

wish u all de best..
im alwez here, stand bside u dear mum^_^

Kak Nad said...

Salam sayang buat Mum..
xtau knpa ye,tapi KakNad rs sekali lagi kita berada dlm ruang perasaan yg sama..KakNad ingat lagi perasaan yg kita share ms dlm putra on d way balik ke bukit jalil after ISK..Ingat?

Hari ni bla KakNad bc post Mum yg ni pn masih terasa aura tu..

Cuma KakNad xpasti benar2 samada Mum telah mbuat pilihan atau x tp KakNad dh buat pilihan yg paling tepat sekali KakNad rs..Alhamdulillah..

"Untuk mendapatkan kasih sayang manusia, banyakkanlah memberi kasih sayang.."
TETAPI
Untuk mendapat kasih sayang Allah, HANYA PERLU MEMINTA, X PERLU MEMBERI APA2..

Salam sayang

Ain said...

Mumm... air mata ini juga mengalir lagi. Bukan kerana teringatkan kisah dulu atau kerana luka yang masih berdarah. Tetapi kerana kita merasa jalan yang sama, cinta yang sama.

And bila baca comment kak Nad, bukan kita berdua sahaja merasai kepedihan jahiliyah itu. Ramai hambaNya melalui keperitan yang sama.

Alhamdulillah Allah pertemukan kita dengan cintaNya...
Selamat terus berada dalam cintaNya

Ain said...

Mum... nak pinjam entry boleh? nak letak kat blog gak. As a reminder for me to thanks to Allah on what we have right now. Indahnya cinta ini...=)

Hafzi said...

salam wbt.

antara dua cinta,
engkau memilih yang pertama,
jua yang utama,
mulialah dirimu wahai jiwa,

sedih perit sakit duka,
menolak cinta yang kedua,
cinta pada sang dia,
bukan selama cuma seketika,
kembali mekar si cinta,
bila kau dia yang punya,
mulialah dirimu wahai jiwa.

sungguh!
aku kagum dengan dirimu jiwa,
kekuatan dirimu menongkah gelora,
tundukmu lebih pada yang ESA,
ah...
itulah hakikat cinta,
itulah sebenar-benar cinta!

pesan daku yang hina,
pada wangi si mekar jiwa,
usah gelojoh mengikut rasa,
namun,
tika badan jiwa bersedia,
usah pula memendam rasa,
usah bertangguh saat bahagia,
sambutlah tangan si dia,
kerana....
mencintai yang punya,
kunci pintu syurga,
mengukuh cinta yang Esa.

Nasihat seorang teman.
MHAH
Perlembahan Nil,
kaherah (10.37pm)

fi zhilalil tarbiyah said...

salam...

oh kenapalah begitu murahnya airmata ini mengalir lagi..
bukan saja kerana 2 cinta..
tp kerana letihnya mengharungi dunia..
tidak kusangka dugaan yg dtg begitu menguji jiwa..
walau tidak sehebat jihad sahabat suatu masa..
tetapi tetap memberi impak sgt besar dalam jiwa..
Semoga dalam kepayahan Allah berikan daku kekuatan...
Semoga segalanya akan kembali seperti sedia kala..
Insyaallah..

Buat teman2 yg sentiasa disisi..
Akhawat2 DL2..
Ramlah,ain,kak shi,kak nad, kak nonie,kak dija,kak mun, kak aida, mas, syida...jazakumullahu khairan kathira..
Antunna semua adalah sumber kekuatanku dalam jalan jihad ini..
Semoga bertemunya kita didunia..kekalnya sampai kesyurga..amin..salam sayang yg tak terhingga dari mumtazah buat semua akhawat2 yg mengenali saya..

fi zhilalil tarbiyah said...

mumtaz>hafzie..
jazakallahukhairan kathira..
puisi yg sgt hebat..
alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...