Sunday, March 6, 2011

akhawat pun keluh kesah k?


bilamana para daei diuji dengan mehnah tertinggal komuter perjalanan KL central ke shah alam ketika waktu puncak 5.30 petang jumaat untuk mengejar waktu usrah dengan adik2 intec pukul 6 petang.

"astagfirullahal azim3x.sabrun jamilun3x."
(sambil mengurut dada sekurang-kurangnya. atau tersenyum sambil membeliakkan mata)

bilamana manusiawi diuji tertinggal komuter perjalnan dari KL central ke shah alam ketika waktu puncak 5.30 petang jumaat untuk mengejar makan malam atau cik adik/cik abang.

"cinabeng lambat siket, terlepas la pulak!"

(semua ini adalah berdasarkan pemerhatian aku je)...

hmmmmm, aku dulupun termasuk dalam kategori kedua juga kot..zaman kegelapan dulu..huu

itu baru ujian tertinggal komuter,

bila ditambah lagi ujian bawa kereta dikala jam seteruk-teruknya,

bila ditambah lagi dengan ujian lif rosak k, rumah bersepah k, kene marah dengan supervisor, officemates dan segala-gala macam ragam manusia..

patutlah kan?

dan tak mustahil la kan?

manusia ni boleh gila kot kalau terlalu ikotkan perasaan.

suka hati je bila dia nak marah, nak senyum, nak sepak orang, nak hon2 ketika kereta beratur panjang(jam),


itulah sifat manusia..

"Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kikir(lokek).Apabila dia ditimpa kesusahan,ia berkeluh-kesah. Dan apabila dia mendapat kebaikan ia amat kikir. Kecuali orang yang mengerjakan solat yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya."
(Surah Al-Maaroj:19-20)

akhawat fillah,
nampak seperti berbeza bila situasi diatas kita bandingkan.
tapi apa bezanya yang diatas dengan yang dibawah?

akhawat..
bila mad'u main tarik-tarik tali, bila adik2 usrah lari-lari untuk ke program, bila adik2 tak nak itu, tak nak ini...

"haiii, adik nii."

"ntahlaaa adik2 niii.."

paling kurang itu kot yang keluar bila akhawat bertanya; "ukhti, macammana adik2 enti?".

sekali lagi akhawat fillah,
cuba kita pandang disebalik fitrah sifat keluh kesah manusia itu..

Oleh kerana sifat semulajadi yang Allah anugerahkan itulah, makanya Allah anugerahkan hati dan akal untuk kita berfikir dan pelihara supaya segala perilaku kita adalah atas landasan akal yang sihat dan hati yang bersih mengingatinya.

"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”(hadith riwayat bukhari dan muslim)
subhanallah,

dan kerana itu,

tarbiyah kita adalah tarbiyah hati,

tarbiyah kita bukan nak fokus membentuk kecantikan jasadi,

tapi keindahan hati dan pemantapan ruhi itu,

dan sekaligus akan terzahir keindahan jasadinya,

Itulah Allah kita yang sangat PEmurah, sangat Penyayang, sangat Memahami.etc3x..

cantiknya Allah mentarbiyah kita.

dan nikmat itu,
nikmat faham tarbiyah itu,
nikmat rasa berkehendakkan tarbiyah itu,

hanya mampu dimiliki dan dirasai oleh mereka yang sedar bahawa tiada yang lain melainkan segala yang berlaku adalah yang terbaik dari Allah.

ok akhawat,jom sama2!


wallahuallam

by fz_tarbiyah; KL

3 comments:

adilah said...

haih adik2 ni..ntah la diaorg ni...

sesungguhnya Allah lah yg ingin menyampaikan isi2 entry ni...

enti ialah medium yg digunakah...

thx for being the medium

fi zhilalil tarbiyah said...

hahaha..kantoi adilahhh..=)

mylittlepencil said...

Assalamualaikum k mum...entri yg berkesan....kdg2 sy mengeluh juga...

alhamdulillah, lepas tarbiyyah ni...kurang sikit....jom kita usaha sama2 ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...