Friday, December 16, 2011

3 bulan perjalanan mencari cinta (II)

salam kemuliaan dari Allah buat para pembaca yang saya muliakan.

Kudoakan semoga kecintaan kepaada jalan dakwah ini terus subur dalam diri kita.. Semoga hati-hati kita terus kehausan dalam mengejar redhaNya dengan berkehendakkan kepada tarbiyah. amin

Aku menulis kali ini hanya untuk meluahkan perasaanku kepada akhawat seluruh dunia khasnya. Akhawat yang ada sebilangannya aku kenal rapat, ada juga sebilangannya aku belum mengenali malah belum pernah berjumpa.. Namun apa yang pasti, bukan pertemuan itu yang mengikat kita melainkan Allah telah mengikat hati-hati kita sehingga selayaknya ada hakmu dalam doaku.




Duhai akhawatku,
Sungguh kuketahui, kutulis bait-bait cinta ini dengan kekurangan yang ada dalam hatiku ini. Kutulis jua bait-bait cinta ini sedangkan dosa dan nodaku tetap bersaki, berbaki hanya kerana kekurangan keikhlasan dalam setiap amalku kepadaNya. Namun tetap kutulis jua bait-bait cinta ini kerana aku ketahui, ada sesuatu didalam hatimu, yang tidak mampu kau terjemahkan melalui perasaan melainkan pelukanmu dan ingatanku kepadamu adalah satu 'hint' dari Allah bahawa kita sedang berinteraksi dan hanya Dialah ditengah-tengahnya.

Duhai ukhti,
Sungguh kuketahui, kutulis bait-bait cinta ini bersama keindahan dunia yang memenuhi persekitaranmu, keseronokan dunia yang terbentang dihadapan matamu, duniawi yang terhampar dengan rakusnya, sebilangan manusia yang saling membenci dan bermusuhan, masyarakat yang sedang tenat dengan jahilinya... Namun tetap ingin aku menyeru kepadamu untuk terus melangkah dalam mujahadah dan terus kehadapan dalam membentangkan pula risalah al-haq yang engkau imani akan membawamu kepada redhaNya. Aku tetap ingin menyerumu agar terus bersabar dalam usahamu membina rijaluddakwah yang mampu dijadikan eset terbesar dihadapan Allah kelak.. Aku tetap menyerumu untuk sama-sama menyembankan diri dalam sujud yang panjang dan memohon agar dirimu terus diberi kekuatan untuk melaksanakan amal terbaik disisiNya dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh kecintaan bukan tanggungjawab semata-mata.

Bila aku kenang kembali bagaimana kefahaman islam itu telah membersihkan hatiku dari segala salah faham tentangnya, lantas aku sujud lama dalam tangis yang panjang. Hanya kerana satu erti kesyukuranku kepada cahaya teragung kurniaanNya.

"...ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (semasa jahiliyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu sehingga dengan kurniaanNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk." (3:103)

Duhai ukhti,
Pernahkah dikau terfikir dimana kita sekarang jika kita tidak termasuk dalam kafilah dakwah ini? Pernahkah dirimu terfikir dimana saluran kecintaan kita tatkala ini andai kita bukan bersama kafilah dakwah ini? Mungkinkah kita yang termasuk dalam golongan mereka yang sedang bersukaria dengan dunia fashionnya, shoppingnya, couplenya...Mungkinkah kita yang termasuk dalam golongan mereka yang dikatakan Allah telah menutup hati,telinga dan matanya untuk melihat cahaya ALlah itu? nauzubillahi min zalik.. Kerana itu ketahuilah duhai ukhti bahawa nikmat dirimu dapat bersama kafilah dakwah ini adalah satu anugerah teragung dan terindah dariNya. Nikmat yang telah melepaskan dirimu dari salah faham yang dahsyat tentang kehidupan sebagai seoarang khalifahNya. Nikmat yang telah melepaskanmu dari belengu cinta kepada dunia dan takutkan mati. Nikmat yang bakal membawamu direct kepadaNya. Nikmat yang bakal membuka jalan mudah untuk dirimu kesyurga..

Itulah nikmat teragung yang bisa dirasai dan difahami oleh mereka yang telah terjun dalam dunia cinta ini? sehingga seorang rahib sanggup digergaji sehingga terbelah dua badannya.. sehingga sumayyah sanggup disula demi mempertahankan kefahaman tentang syahadah semata.. sehingga Khabbab bin Aratz sanggup bersabar apabila jasadnya dipanggang..sehingga nabi-nabi terdahulu dibunuh hanya kerana mereka beriman dengan Tuhannya.. seingga Syed Qutb mampu tersenyum dalam mempertahankan kata-katanya sedangkan hukuman gantung menantinya.. sehingga izzuddin khalil tidak kisah yang lain melainkan mengejar Tuhannya dengan syahid dijalanNya..sehingga Syeikh Ahmad Yassin tetap berjuang hanya dengan kerusi rodanya sehingga syahid menyahutnya..

Apakah yang menolak mereka sehingga segala azab dunia itu dirasakan sungguhhhh manis dan mampu dilalui oleh mereka dengan penuhhhh cinta?

bukankah sudah kukatakan tadi, nikmat indahnya berada dibawah bayangan tarbiyah hanya boleh dirasai dan difahami oleh mereka yang turut bersama kafilah dakwah ini.. Hanya dapat dirasai oleh mereka yang telah menyembankan dirinya dalam sujud kerana cinta kepadaNya.. hanya mampu dirasai oleh mereka yang telah menginfaqkan harta dan jiwanya kejalan Allah semata.. hanya mampu dirasai oleh mereka yang telah bersungguh dalam melaksanakan amal muntijah yang mampu mendekatkan diriNya kepada satu-satunya ilah.

Duhai ukhti,
Kesedari dan kufahami bahawa jalan ini sungguh memenatkan dan meletihkan.. Sehingga kekadang dirimu terduduk kerana kehilangan tenaga kerananya. memang benar ia menuntut segala pemikiranmu, menekan perasaanmu, menarik sumber kekuatan jasad dan jiwamu. Kerana itu, janganlah pernah rasa cukup sedangkan amal yang dihidangkan hanya bersama saki baki iman semata..

Duhai ukhti,
Alirkanlah segala kecintaan didalam hatimu kepada mereka yang masih teraba-raba disekitarmu. Begitu juga janganlah engkau mengabaikan hak-hak saudaramu yang telah sama-sama menyatukan hati, jasad dan amal untuk membawa risalah islam ini. Aku sentiasa mendoakan kalian diberi kekuatan dan kesabaran untuk terus beramal dengan penuh cinta dan kebersamaan dengan ahlinya.

Duhai ukhti,
Aku tidak pasti bagaimana dirimu mentafsir kata-kataku.. Diakhir kata-kataku, cukuplah untuk aku katakan aku punya cita-cita yang sama dengan dirimu. Aku ingin melangkah kesyurga bersama-sama kalian. Aku ingin bertemu dengan kalian disana dan kitalah yang menjadi saksi atas AlQuran tentang segala nikmat syurga yang dijanjikanNya didalam kalamullah.

wallahuallam

mumtazah,
glasgow dan york,
4disember 2011-7disember 2011

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...