Thursday, May 21, 2009

Diari: Mati Itu Pasti, Hidup Itu InsyaALLAH

Salam sejahtera keatas sahabat-sabahat. Dekat 2 minggu rasanya saya tak menulis. Berada dirumah menyebabkan saya berusaha menghabiskan masa yang ada dengan sebaiknya. Seronoknya duduk bersama mak dan abah. Terasa berat nak balik esok..huhu..Buku-buku yang saya masih belum khatamkan saya baca, artikel-artikel yang masih belum saya baca didalam folder laptop saya buka dan baca. Begitu juga cerita-cerita 'movie', drama dan semacam bende yang ada dalam laptop saya buka.
Baru tadi saya habis memonton drama bersiri jepun '1 litre of tears'. Istimewanya cerita ini kerana menceritakan kisah benar tentang seorang pelajar berusia 15 tahun mengharungi sisa-sisa hidup yang tragis setelah dikesan menghidapi penyakit 'Spinocerebeller Degeneration Disease'. Penyakit 'spinal nerves' ini menyebabkan patient kehilangan kemampuan untuk berjalan, bergerak dan bercakap secara perlahan-lahan. Saya yang melihat kisah benar ini turut tersentuh dan menangis. Kenapa saya menangis? Untuk membuka cerita ini, saya mengambil masa yang lama berfikir.. InsyaAllah, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk, jauhkan... Saya teringat peristiwa lama. Betapa saat getir yang pernah saya lalui terkesan dihati sehingga kini. Bermula pada usia 15 tahun,sehingga kini terasa macam nak buat novel kisah hidup sendiri tapi tamau la cari publisiti macam tu..hehe Sejak form 3, saya alwaz bleeding. Berdarah hidung adalah paling dahsyat. Duduk diasrama membuatkan saya berahsia dari keluarga but i'm suffer. Semakin dekat PMR, semkain kerap ia berlaku sehingga nak dikatakan hari-hari ada jer kelas yang saya tak hadir. Berada di tandas atau dibilik sakit. Sampai bilalah saya mampu menyimpan rahsia dari teman-teman dan cikgu sekeliling??? akhirnya seminggu sebelum PMR, Ustazah Atikah paksa saya ke Hospital Muadzam... Masa tu muka, tgn kaki dah pucat macam tak berdarah. After result darah keluar, that time, my blood result sgt teruk Platlet: 26 (normal >100) Hemoglobin : 4 (normal>10) So, kenelah masuk wad... X suka duduk dlm wad. duduk baring jerrr..Lastly, saya mintak cuti untuk ambil PMR. Masa tu jugak Dr. bagi appoinment ke hematologi Kuantan.. Alhamdulillah sepanjang PMR i'm not bleeding. Tahnks Allah, Kau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. After PMR, saya balik rumah.. Dirumahlah bermula sekali lagi. Inagt lagi masa tu bulan puasa.Betapa saya terasa berdosa sehingga sekarang kerana menyembunyikan masalah terlalu besar ini daripada keluarga.. Maafkan anakanda bonda,ayahanda... Satu hari tu saya bleeding seharian dan tak puasa dan pengsan dirumah menyebabkan mak dan abah kaget..Saya dihantar kehospital muadzam, seterusnya kuantan dan sehingga ke kuala lumpur.... Mungkin setakat ini jer yang mampu saya tulis.. nak ceritakan segala perjalanan hidup ketika itu, takut saya tak mampu menulis.. Sedikit cerita ini bukan untuk simpati atau publisiti (nauzubillah), tetapi sebagai pengajaran. Apa-apa pun utamakanlah ibu bapa. Membelakangkan mereka menyebabkan luka yang dalam. Betapa mereka terkilan dengan tindakan saya. Bila dah teruk baru nak ke hospital dan beritahu mereka..Maafkan daku mak, abah.. Ya Allah, terima kasih kerana memilih aku untuk menghadapi kesakitan yang menjadi inspirasi dalam imanku. Setiap kali aku terlagha, segala kesakitan yang pernah aku lalui terhembus kembali, menerjah ruang akal, mentafsir diri supaya kembali kepada fitrah.. 'Mati Itu Pasti, Hidup Itu InsyaALLAH' Wallahualam

2 comments:

syima said...

mum..terkenang kisah mum tu..memg smapi skang tak pnah lupe..tabahnye mum menghadapi sume tu kan..alhamdulillah..wlupn tak bnyk yg syima tw pasal nikmat kesakitan mum,syima sentiasa doakn moga mum sentiasa sihat dalam peliharaan Allah..moga kita same2 berjaya dunia n akhirat..

mumtazahmaridi said...

syukran syima sygg..kdg2 dugaan yg terlalu pahit menjadi manis setelah dikenang tatkala kita dipuncak kejayaan..kerana tanpa berjaya mengharunginya,maka siapalah kita..syukur2 alhamdulillahh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...