Friday, May 22, 2009

Duhai Pemuda

Salam kemuliaan buat sahabat yang budiman.. Alhamdulillah, Allah anugerahkan rezeki,kudrat dan rahmat yang tidak pernah putus sehingga saya mampu menulis lagi. Bukan mudah menggarap fikiran dan menzahirnya dalam bentuk tulisan. Lagi-lagi saya bukanlah penulis yang biasa menulis. Kalau sekadar membaca buku agama dan mentafsir didalam fikiran mungkin mudah. Mudah lagi untuk duduk didalam makmal,menulis lab report,menulis reaction in chemistry kerana that’s my field. Namun saya percaya ‘when heart is clear then the method is appear’.. Bukankah Allah itu Maha Mengetahui hati-hati setiap manusia ciptaanNya? Masyaallah…. Hati…Hmmmm,setiap kali saya selesai membaca sesuatu yang mampu memberi kesan dalam hati, menyebabkan ringan jariku untuk mengulas mengikut pendapat fikiranku sendiri.. Disini saya ingin berkongsi sedikit petikan cerita dari satu artikel yang saya suka: Suatu hari seorang pemuda berkata “aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dgn emas lalu aku menginfakkan pada jalan Allah” Maka Saidina Umar menjawab “impikanlah..” Seorang pemuda lain berkata “ Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi batu permata lalu aku menginfakkan pada jalan Allah” Maka Saidina Umar menjawab “impikanlah..” Maka, salah seorang dari mereka berkata “Sesungguhnya, kami tidak mengetahui apa yang hendak kau perkatakan wahai Amirul Mukminin.” Lalu dijawab oleh Umar “Hakikatnya aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah ibn al Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim hamba Abu huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah ALLAh.” Sahabat, seperti yang kita ketahui, Islam menjadi hebat kerana adanya rijal yang bersemangat jihad fisabilillah, memerangi musuh kerana Allah,jiwa mantap dengan kerohanian suci. Jatuhnya kilafah Islam kerana kehilangan rijal yang dirindui Umar. Puak kuffar pun tahu kekuatan Islam yang ada pada rijal, that’s why mereka lawan Uthmaniyah dengan pemuda mereka. Mereka menentang Sultan Abdul Hamid II (Khalifah terakhir Bani Uthmaniyah) dengan mengerah pemuda-pemuda bangkit ( antaranya penubuhan Ittihad Wat Tiraqiy dan Fatat At Turk). Mereka adalah pemuda-pemuda yang telah didokrin dengan fahaman sekular. Kebangkitan pemuda menyebabkan kejatuhan Kilafah Islamiyah terakhir,Turki Uthmaniyah. Maka hakikatnya hanya dengan kebangkitan rijal, Islam akan bangkit dan tertegak kembali…. Aku teringat ungkapan dari seorang professor Dr. Azzam ketika conference ‘ berakkhirnya agenda Zionis’ di PWTC 3 weeks ago. Sukalah aku mentafsirkan ayatnya mengikut kefahamanku. ‘Kenapa ummat Islam nak bertelagah adanya atau tiadanya Al-mahdi. Takkan kita nak ikut puak yahudi laknatullah yang percaya n menunggu kedatangan Al-Mahdi di Palestin?...Apa yang patut kita buat bukan bertelagah atau menunggu Al-mahdi dtg untuk memerangi kaum kuffur tetapi kitalah yang kene bangkit dan berjuang fisabilillah mempertahankan dan membangkitkan deenul Islam..’ Meremang bulu roma aku tatkala itu. Betullah… Sejak kejatuhan bani Uthmaniyah, ummat islam telah ditindas,diganyang dengan rakus oleh pihak kuffar laknatullah. Penyembelihan kaum muslim di Palestin, Afganistan, Pakistan, Kashmir, Ambon dan banyak lagi. Mereka memijak-mijak maruah ummat islam yang semakin lemah, hilang taringnya. Rijal-rijal yang diimpikan Saidina Umar r.a telah hilang. Sehingga kini OIC n PBB juz meeting without menghalang keganasan yang melampau. Takut dikatakan anti Semitism agaknya. Kaum muslimin seakan putus asa untuk berjuang. Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya keruntuhan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas. Benarlah seperti beberapa hadith nabi s.a.w Daripada Tsauban r.a bahawasanya Rasullullah s.a.w bersabda: “ Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih diwaktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan ALLah akan mencampakkan kedalam hati kamu penyakit ‘wahan’”.Seorang sahabat bertanya lagi,”Apakah wahan itu ya Rasullullah?”. Nabi kita menjawab:”Cinta pada dunia dan takut pada mati”. (H.R Abu Daud) Daripada Abu Sa’id Al- Khudri r.a bahawasanya Rasullullah s.a.w bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikut mereka”. Sahabat bertanya”ya Rasullullah, apakah yahudi dan nasrani yang kau maksudkan?”. Nabi menjawab,”Siapa lagi kalau bukan mereka”. (H.R Muslim ) Cukuplah dua hadith diatas untuk membuktikan keadaan sekarang. Ummat islam mencapai 1/5 penduduk dunia, namun seakan menjadi alat mainan bangsa-bangsa lain. Ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh sewenangnya sedangkan bangsa-bangsa lain bersatu untuk melumpuhkan kekuatan kita. Inilah punca kekalahan kita umat Islam. Penyakit ‘wahan’ yang diperkatakan Nabi s.a.w..Nauzubillah. Hakikatnya sahabat, kegelapan yang menimpa ini bukanlah selama-lamanya. Nur deenul Islam akan bangkit dan sedang bangkit sekarang. Islam akan tertegak dan memimpin dunia sekali lagi. Firman Allah Taala:" Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32) “Sehinggalah rasul-rasul itu telah berputus asa, dan mereka menyangka bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada mereka pertolongan kami, lalu diselamatkan orang-orang yang kami kehendaki. Dan tidak dapat ditolak siksa kami daripada orang-orang yang berdosa." (Yusuf: 110) “Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka dibunuh oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Batu dan pokok itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku. Kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pokok gharqad. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi" (Riwayat Muslim)” Cukuplah 2 firman Allah dan satu hadith ini untuk membuktikan kebangkitan Ummat Islam suatu hari nanti. Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir. Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini. Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh. Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti. Duhai pemuda, kaulah tunggak harapan agama. Mengharapkan kebangkitanmu dalam meneraju kea rah tertegaknya daulah islamiyah. Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...