Thursday, May 28, 2009

Gugusan Bintang

Alhamdulillah...mlm ni saya berpeluang join usrah As-Syams..1st time saya berpeluang tulis pengisian usrah dlm blog..hehe..Td kami tadabbur surah Al-Burujj(Gugusan Bintang)
1.Demi langit yg mempunyai gugusn bintang
2.Dan demi hari kiamat yang dijanjikan
3.Dan yg menyaksikan dan disaksikan
Kalau kita tgk ayat ni, Allah bersumpah dgn langit yg sgt luas dan GUGUSAN bintang yg sgt byk n besar......
4.Binasa dan terlaknatlah org2 yg membuat parit iaitu pembesar Najran di Yaman.
5.Yang berapi dinyalakan dengan kayu bakar.
Ayat ini menceritakan hal tentang 'Kisah Ghulam'...haa,kenelah bace nanti..
Ayat ni kn surah makkiyah..so,mase ni para sahabat menerima tentangan hebat dr kaum musyrikin.So, Allah nk pujuk org yg bersama Nabi s.a.w dgn mengingatkan betapa umat terdahulu tlh menerima siksaan yg lbh teruk.
6.Ketika mereka duduk disekitarnya
7.Sedang mereka menyaksikan apa yg mereka perbuat terhadp org2 yg beriman
8.Dan mereka tdk menyiksa org mukmin melainkan kerana org mukmin itu beriman kpd Allah Yg Maha Perkasa lg Maha Terpuji.
9.Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.
Haaaa,kalu dh bace kisah ghulam,baru blh sambung...kan raja tu bakar org mukmin satu persatu..then,org sekitar yg tgk wat dunno je.Nauzubillah...Betapa terseksanye umat terdahulu hy untk mempertahankan pegangan agama ISLAM. Wahai kaum kuffur,jgn fikir Allah tdk melihat apa yg kamu perbuat!!!
10.Sesungguhnya org2 yg mendtgkan cubaan kpd org2 mukmin laki2 atau perempuan2 kemudian mereka tidak bertaubat,maka bg mereka azab jahannam dan bagi mereka azab neraka yg membakar.
See!!!Allah dh bgtau ape balasan mereka akibat menganiaya org muslim. Adakah siksa mereka membakar org yg beriman didlm cerita 'Kisah Ghulam' itu sama dgn siksa neraka??tentulah TIDAK!!!Maha Dahsyat siksaan neraka..Manusia yg jd bhn api terbakar dn Allah bgnkan semula dlm keadaan sempurna dan kemudian terbakar semula..MasyaAllah!
11.Sesungguhnya org yg beriman dan mengerjakan amal2 saleh bg mereka syurga yg mengalir dibwhnya sungai2.Itulah keberuntungan yg besar.
Setelah Allah ingatkan para sahabat nabi dgn siksaan umat terdahulu, Allah ingatkan n pujuk org muslim tentang syurga.Subhanallah...
12.Sesungguhnya azab Tuhanmu benar2 keras.
13.Sesungguhnya Dialah yg menciptakan makhluk dr permulaan dn menghidupkan kembali
14.Dialah yg Maha Pengampn lg Maha Pengasih
15.Yang mempunyai Arsy lg Maha Mulia
16.Maha Kuasa berbuat apa yg dikehendakinya
Allah menerangkan sifat2nya
17.Sudahkah dtg kepadamu berita kaum2 penentang?
18.Iaitu kaum Firaun dan kaum Tsamud?
Haaa,tgk lg...Allah ingatkan blk kpd kaum muslim ttg mereka yg menentang Allah..sama je dgn raja dlm kisah ghulam td.Walaupn bentuk ingkaran dn penyiksaan kepada kaum muslim yg dikenakan berbeza,tetapi balasan yg Allah akn kenakan sama je..wallahualam
19.Sesungguhnya org2 kafir selalu mendustakan
20.Padahal Allah mengepung mereka dr belakang mereka
21.Bahkan yg didustakan mereka ialah AlQuran yg mulia
22.Yg tersimpan dlm Luh Mahfuz.
Hakikat,memang biasenye org kafir ni x caye kn ngan ape yg Allah ckp.Walhal mereka x mungkin dpt lari dr Allah untk menerima balasan..Wallahualam
Betapa terkesannya dihati saya.Kalu nk dibandingkan penentangan dlm membawa risalah islam zmn sekarang ngan zmn terdahulu,jauh bezanya..but x mustahil kita akn melalui jln yg sama.Untuk mencari dn menjadi seperti 313 sahabt yg dijanjikan syurga oleh Allah.MasyaAllah..Semoga sahabat dn diri ini terus istiqamah dan bersabar dlm perjalann mencapai mardothillah.insyaAllah.aminn
Alhamdulillah...Jazakumullah kairan kasira..uhibbukum fillah abadan abada..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...