Thursday, April 7, 2011

melakar kehidupan

telah beberapa kali aku cuba menghabiskan penceritaan dan penulisanku disini untuk di'publish'.
tetapi tetap belum berjaya...

4 draft di dalam 'edit posts' aku biar sunyi disitu...

mungkin aku perlu belajar untuk menulis di microsoft word dan men'summarize'kan segala peristiwa dan luahan rasa dalam tempoh seminggu mungkin..

tetapi lain, perasaan menulis disaat terkena dengaan situasi sendiri, perasaan menulis disaat hati benar-benar menghayati dan merasainya...bukankah itu yang sepatutnya?

kerana aku tidak mahu menulis kering..pembaca boleh dan berhak untuk membaca dengan kering..tetapi tidak aku..

aku ingin menulis perasaan dan aku ingin melakar rentetan kehidupan itu disini..

kerana benar!




jalan yang sedang aku tempuhi sangat indah..

setiap detik yang kulalui sukar utk aku biarkan melainkan ianya mengalir bersama nafas lillahi ta'ala..

setiap detik yang kutempuh tidak akan kubiarkan melainkan bersama bunga-bunga tarbiyah..

kerana setiap detik yang kulalui itu adalah peristiwa yang dipilih oleh Allah untuk aku lalui..

dan Dia sentiasa melihat reaction aku terhadap peristiwa itu..

kerana itu..

aku tidak mahu menjadi kuffur melainkan sentiasa bersyukur..


{لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيْدَنَّكُمْ وَ لَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ}


"Sesungguhnya jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian, dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (QS. Ibrahim [14]: 7)



alhamdulillah, terima kasih Tuhan...

kerana menguji daku dengan pelbagai kekangan..

kerana darinya, aku banyak belajar..

bahawa sememangnya tanggungjawab itu lebih banyak dari masa yang ada..

sangatlah indah dan cantik bila kita mampu meletakkan kesibukan itu suatu inspirasi untuk kita mencapai redhaNya..kerana segala yang kita lalui dan lakukan adalah tarbiyah dari Ilahi..

kan?

cantik sangat kehidupan kita yang sibuk ini seandainya kita jelas siapa kita dan apa matlamat kita.

"tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepadaKu."(51:56)
aku ingin melakar kehidupan
didalam bingkai perjuangan
bersabar dalam menelusuri kepayahan
tidak kalut menghadapi kekacauan

aku ingin melakar kehidupan
didalam diri manusia yang kehausan
bersama-sama melukis keindahan
hasil tarbiyah dari Tuhan

wallahuallam

5 comments:

CP said...

assalamualaikum kakmum....

nk oyap 1 bendo..buknke 51:56 ke y oyap pasa "tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kpd Ku"?

fi zhilalil tarbiyah said...

alhamdulillah ada orang alert..heeee..jazzakillahukhair

CP said...

wa iyyaki...heeeeeeeee..

fi zhilalil tarbiyah said...

cumil nye...siapakah wahida????kite pernah berjumpakah ukht?????add YM...mum_maz05..bulih berukhwah..=)

CP said...

wahida is wahida. hehe...xrajin lag...ko rajin?xtau.mungkin kat rumaisa'? tp rasonyoh xlagi...

add doh...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...