Friday, March 9, 2012

bahagia

Allahuakbar!

Pejam celik, pejam celik rupanya sudah hampir 2 tahun aku tamat pengajian ‘degree in chemistry’. Pantasnya masa berlalu. Aku muhasabah kembali, dalam tempoh 2 tahun ni apakah sumbanganku kepada diri sendiri, masyarakat sekeliling dan pendidikan bidang yang sedang aku ceburi ini? Akhirnya aku tertunduk malu.. Apakah amal terbaik yang mampu aku hidangkan dihadapanNya kelak? –mengalir airmata..

Baru-baru ni, seorang officemate aku meluahkan masalah peribadi keluarganya. Cerita tentang kakaknya yang sudah berumahtangga. Suaminya gila bayang dengan wanita lain. Apa perlu dia lakukan sebagai adik untuk membantu keporak perandaan keluarga kakaknya?

Selain tu ada seorang mak cik meluahkan tentang seorang janda yang memerlukan bantuan segera untuk memberikan tuisyen kepada anak lelakinya. Tuisyen agama katanya. Terasa sebak didada bila dengar kisah-kisah dari masyarakat.

Aku tahu banyak lagi kisah yang lebih dahsyat dan menyayat hati daripada ini. Cukuplah jika kita membelek didada-dada akhbar setiap hari. Mana pernah sehari ia sunyi dari cerita-cerita keruntuhan sosial dan budaya masyarakat kita. Jauh dari islam yang sebenarnya.

Sesungguhnya seorang muslim itu akan menjadi hebat apabila dia mengamalkan deen islam sepenuhnya. Sebagaimana Bilal bin Rabah. Beliau seorang hamba. Tiada apa-apa dimata manusia apatah lagi dimata tuannya umayyah bin khalaf suatu ketika dulu. Tetapi dengan Islam, Allah mengangkat darjat beliau disisiNya sehingga Rasulullah saw mendengar bunyi terompah beliau ketika dimikrajkan kelangit. Tidakkah itu hebat? Sumayyah juga hanyalah hamba. Tetapi dengan akidah islamiyah yang diimaninya, syurga tersedia untuknya.

Untuk menjadi manusia yang hebat, tidaklah perlu kita memikirkan pandangan manusia kepada kita didunia yang sementara ini. Hakikatnya pandangan kita dimata Allah, itulah aulanya. Biarpun kita tidak cantik dimata suami yang kurang imannya, cukuplah kita mengharapkan cantik pandangan Allah kepada kita. Seperti Asiah isterinya firaun. Kekufuran suaminya, kekejaman suaminya langsung tidak menggugat aqidah dan keimanannya kepada allah. Lantas kerana itu, maka Allah menyediakan baginya istana istimewa disyurga.

Hakikat kebahagiaan atau kesengsaraan itu asalnya datang dari dalam diri kita.Hati kita. Jiwa kita. Ruh kita. Sakitnya mereka, maka sakitlah amal kita. Kerana ruh/jiwa itu yang menolak jasad kita untuk melakukan amal. Baiknya ruh itu maka baiklah amal kita. Seperti sabda baginda;

“ Ketahuilah bahawa didalam jasad manusia ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah jasad tersebut keseluruhannya. Jika ia rosak maka rosaklah jasad tersebut keseluruhannya. Ketahuilah bahwa seketul daging Itu adalah HATI.”-HR Bukhari dan muslim



Sebenarnya kita sangat-sangat beruntung kerana punya title ‘muslim’ didada. Hakikatnya, ia sudah cukup untuk menjadikan kita hebat dimata manusia dan Dia. Lihatlah orang putih yang kita agung-agungkan kononnya hebat. Mengapa mereka hebat? Mengapa mereka berjaya? Sebenarnya hanya kerana sedikit ajaran islam yang mereka aplikasikan dalam kehidupan mereka maka Allah jadikan mereka hebat. Kebersihan, sistem, menjaga hak orang yang tidak berkemampuan, saling bertegur dan memberi salam. Sedikit amalan yang dianjurkan islam telah menjadikan mereka hebat. Bayangkan jika kita yang sememangnya muslim mengamalkan ajaran islam secara total, bagaimanakah?

“Sungguh, Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.”(al-fath:1)

Aku yakin, perubahan itu bermula dalam diri kita kerana kita yang memilih untuk menjadi apa dan bagaimana. Dihadapan Allah nanti, kita seorang denganNya. Allah tidak tanya; ‘Apa amal suamimu?’ atau ‘Apa amal naqibahmu?’. Tetapi dia akan bertanya; ‘Apa amalmu untukku?’.

wallahuallam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...