Monday, May 25, 2009

Ini Sejarah Kita

Alhamdulillah..Syukran Ya Allah kerana mengizinkan hambaMu untuk menulis lagi. Alhamdulillah juga kerana akhirnya saya dapat mengikuti daurah pertama selepas 6 kali menghadiri usrah. Selalu dengar K.Shi cerita pasal ISK, dah 2 bulan ternanti-nanti dan akhirnyaa....Alhamdulillah.. Terlalu panjang rasanya untuk menceritakan segala yang saya pelajari didalam ISK. Segalanya ada di link dibawah
Cuma, sukalah saya ceritakan apa yang terkesan dihati dan feedback about this program dari hati saya sendiri.
1. Hebatnya Rasullullah s.a.w...Peribadinya adalah Al-Quran.
2. 'Sesiapa yang Allah nak beri kebaikan kepadanya, maka Allah berikannya kefahaman didalam agama'
Cuba kita tgk para sahabat..kebanyakan mereka yang hebat sebelum pengislamannya maka setelah mendapat kefahaman tentang islam dan masuk Islam, akhirnya mereka menjadi lebih hebat. 313 orang pemuda yang menyertai perang badar contohnya. Merekalah powerfull man yang mempunyai logam terbaik disisi Allah dan manusia.
3.'Kalau anda tidak memberi apa-apa makna pada dunia, bermakna anda adalah sisa lebihan dunia'.
Masa saya dengar ayat ni,saya terfikir 1 bende je...Eksperimen..pernah x kita buat eksperimen.
CONTOH:
Tajuk: Kesan Mumtazah dimuka bumi
Objektif: 1. Ingin melihat kesan ketiadaan Mumtazah kepada dunia dalam masa seminggu.
Procedure: Mengkuarantin Mumtazah di kawasan bawah tanah selama seminggu.
Memberi makan dan minum yang cukup kepada Mumtazah.
Result : 1.Kepada Mumtazah: lemah macam nak mati kerana hidup dlm keadaan boring yang melampau, tak dapat menulis blog, tak dapat hirup udara segar, tak dpt tgk matahari,bulan, bintang dan sebagainya...
Kepada dunia: NOTHING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kesimpulan : Sepanjang ketiadaan Mumtazah,beliau tidak memberi apa-apa kesan kepada dunia.
SEE!!!...apa ni Mumtazah???apakah kau ingin menjadi sisa dunia sahaja???bangkitlah..adlist biarlah ketiadaanmu,kematianmu memberi impak dlm jalan dakwah yang engkau pilih..insyaAllah..
4.Tiga kelemahan ummat Islam ialah tidak mengkaji dan mengambil ikhtibar tentang sejarah lalu, tidak membuat perancangan dengan teliti dan MALAS!
Sehingga menyebabkan Zaman kegemilangan Islam dihancurkan oleh puak yang tidak bertamadun iaitu Puak Monggol dibawah pimpinan Hulagu Khan. Hal ini berlaku ketika zaman Abbasiyah II dimana Islam berada di puncak tertinggi dalam grafh ISK diatas.
5. Graf ISK yang dah jatuh selepas Zaman Bani Abbasiyah II naik semula pada zaman Turki Uthmaniyyah...selepas Sultan Muhammad Al-Fateh bersama tenteranya berjaya menawan kota konstantine yang ditukar ke nama Islambul( Islam sepenuhnya) dan kemudian ditukar semula oleh mustafa kamal laknatullah ke Istanbul sehingga sekarang.
6.Kita sekarang berada di zone 0....graf yang paling bawah tu..So, untuk menaikkan graf kita kenelah mula dr awl..siapakah yang ingin menjadi seperti 313 powerfull man itu??? siapa???siapa???...JANGAN KAU TUDING JARI PADA SESIAPA..SAMA-SAMALAH KITA TINGKATKAN AMALAN,MUHASABAH DIRI KITA, BERSAMA-SAMA BERDOA SEMOGA ALLAH TUNJUKKAN JALAN...SEMOGA KITA MENJADI SALAH SEORANG PEMBELI SYURGA ALLAH DENGAN JALAN JIHAD FISABILLILLAH...AMIN
Selama ini, saya pernah terfikir tentang kewajipan manusia tentang dakwah,but saya ignore it...Saya cuma kata 'saya tak mampu,ada orang lain dah buat...' astagfirullah..Ampunkan daku Ya Allah...Selepas join ISK,saya terasa satu beban yang berat terpikul dibahu..ini adalah kewajipan.
'Hai orang yang beriman,mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi ALLAH bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.' ( 61:2,3 )
Ya ALLAH, teguhkanlah hambaMU ini dlm jalan yang Engkau ilhamkan kepada hambaMu ini.. Tetapkanlah daku dalam urusan jual beli yang kita persetujui..Terimalah daku sebagai hamba yang mulia disisiMU..Sesungguhnya daku serah segala jiwa,raga,jasad dan urusan hidup matiku padaMu Ya Allah..aminn

2 comments:

sHi said...

alhamdulillah..masyaAllah! mumtaz sgt cemerlang dan focus time daurah ISK. bgs2..moga kite trus tsabat akak doakan. mari melasso org2 yg masam di luar sana masuk ke dalam kandang ibadah! =D

fi zhilalil tarbiyah said...

Allahuakbar..semoga tsabat.InsyaAllah sme2 kite berusaha demi kebangkitan islam..hati dh membara!jiwa dh meronta!bilakah agaknye semua ini blh kulontarkan!???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...