Saturday, November 27, 2010

~berkongsi rasa

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

‘sweet’ nye bila dapat mendengar luahan dari dia

Terasa seperti Allah mengalirkan perasaan sayang itu melaluinya.

Sememangnya cinta itu milik Allah, daripada Allah.

Dia sahaja yang berhak memberi rasa itu, mengurangkannya hatta menghilangkan rasa itu.

Benar tak ukhtku sayang?

Kerana sayang itu ada,

maka kita berkongsi segalanya

Kita biasa berkongsi makan dan berlaga tangan dalam talam,

Itsar dalam mendahulukan keperluan

Tidak kisah hatta kereta pun kita pinjam

Tidak berkira setakat sedikit wang atau pakaian

Dan paling indah bila kita berkongsi cinta dan perasaan dalam DnT ini

Sama-sama kita berusaha menawan deru tarbiyah dan mengejar himmah

Semuanya kita kongsi kerana rasa sayang

Tetapi kan ukhtku sayang,

Adakah hy kemanisan iman, kemanisan ukhwah, dan kemanisan jalan DnT ini yang berhak kita kongsikan?

Adakah segala kepayahan gerak kerja, kepayahan mujahadah dan kefuturan yang melanda harus kita pendamkan?

Ukhtku sayang,

Kepada siapa lagi harus kita ceritakan,

Tentang kekangan jalan cinta para pejuang

Kepada siapa lagi berhak kita kongsikan

Rentetan keindahan dan kesukaran dalam pentarbiyahan

Kita berkongsi bukan kerana ingin menjatuhkan

Kita bercerita bukan untuk mencari jalan ‘fun’

Dan kita berkongsi bukan suka-suka bercerita

Tapi kita sentiasa berkongsi untuk mencari penyelesaian

Menjadikan kejayaan sebagai formula acuan kepada generasi akan datang

Menjadikan kegagalan atau kefuturan sebagai ibrah tempuh perjalanan akan dating

Ukhtku saying,

Bersabarlah dalam membina himmah dalam diri

Bermujahadahlah melawan hawa’ yang sering membisikkan indah pada duniawi dan payah menggapai redha ilahi

Semoga kita terus tsabat dalam mencari cinta teragung dari Ilahi

Amin

bermujahadah dalam mendidik hawa’

kita sedang membina manusia

membebaskan mereka dari penghambaan sesame manusia kepada pangabdian kepada Allah semata.

Tapi sebelum itu,

Semuanya bermula dari dalam diri kita…

Siapa lagi kalau bukan kita…

Wallahuallam

~semoga terus tsabat

uhibbukumfillah

Wednesday, November 24, 2010

~Nyawa itu milikku

"Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kepada sesuatu yang memberikan kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya. Dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.”
(Al-Anfal: 24)
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah
hidup dibawah bayangan tarbiyah memberi kehidupan kepada jasad dan ruh aku.
tarbiyah itu menghembuskan nyawa baru kepadaku.
mengalirkan aura2 tarbawi yang suci ke segenap sarafku.
kalau dulu aku bukan seperti itu.
siapakah aku dulu?
mungkin bahasa mudahnya dulu aku seperti zombi.
zombi yang nampak gembira dan tak sedar apa-apa.
tak perasan pun apa yang dibuatnya benar atau salah.
berjalan diatas muka bumi milik ilahi dengan sesuka hati.
sesekali bergembira dengan fikr jahiliyah yang bertali arus menerjah manusiawi.
tapi ruh dan hatinya kosong penuh luka.
dulu aku tidak sedar.
kerana hawa' ku menutup segala kebaikan yang islam hidangkan.
dan bila hati meronta-ronta agar diketuk dengan kebaikan.
aku kembali mencari deenul islam.
"sesiapa yang Allah hendak berikannya kebaikan maka akan diberikannya faham dalam deen."
~sahih bukhari
dan nikmatnya bila fitrah itu kembali subur dalam jiwa.
jasad dan ruh benar2 bernyawa.
itulah indahnya tarbiyah.
wasilah tarbiyah banyak sekali.
tapi aku senang bila diriku ditarbiyah dengan usrah.
dan aku bahagia sekali memfokuskan diri untuk dakwah dan usrah.
menginfakkan diri untuk jalan ini benar2 menghidupkan ruh yang telah lama mencari fitrah ketenangan.
tenangnya bila mampu menyatakan kebenaran.
tenangnya bila mampu mengembangkan fikrah islami dalam diri.
mungkin masih belum benar2 kuat seperti syuyukh yang dihormati.
namun itulah impian setiap mukmin sejati.
semoga sinar islam terus menyinar untuk mereka yang berusaha mencarinya.
syukran ya allah.
alhamdulillah kerana memberi kehidupan kepadaku, memberi nyawa kepadaku
dengan islam.
wallahuallam

Wednesday, November 10, 2010

~Nikmatnya cinta itu (cont)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah “Ya Allahku, janganlah Engkau uji daku dengan kehilangan rasa cinta padaMu, janganlah Engkau tarik nikmat mencintaiMu dalam diriku.” Andai cinta kita kepada makhlukNya Pernahkah cinta itu melemahkan kita?. Pernahkah cinta itu mengurangkan rasa pengorbanan kita? Mungkin pernah...dan memang pernah... Kerana cinta manusia datang dariNya Rasa cinta itu anugerah dariNya Namun hy dengan mencintai Yang Memberi Cinta akan memberi kesan optimum untuk kekuatan dan pengorbanan.. Suatu ketika.. Aku pernah taksub dengan cintaNya Indah dan sangat indah.. Namun, Aku juga pernah melemah aku pernah tersadung tiada rasa dalam tahajjudNya, tiada enak dalam doaNya dan tiada hati dalam menyerahkan diri kepadaNya.. Dan tatkala itulah hatiku sangat sakit marahkan diri, jiwaku merindu pada nikmat cinta itu, dan jasadku melemah kerana kurangnya ruh yang hadir dalam ibadahnya.. Namun apa yang aku faham, apa yang aku pegang! Cinta bukan semurah dan semudah itu untuk dikecapinya... Cinta bukanlah sekadar rasa enak dan taksub semata... Bukankah cinta adalah pengorbanan? Untuk mendapat nikmatnya, perlu juga kita berkorban Adakah tahajjud kita untuk mendapatkan kemanisan iman semata? Adakah DF kita untuk meramaikan mad’u kita semata? Adakah daurah, usrah, dakwah dan tarbiyah untuk ustaziatul alam semata? Adakah doa kita untuk dimakbulkan semata? Adakah ibadah kita untuk meraih syurga dan kemanisan bercinta denganNya semata? Kalau itu yang kita harapkan, Tentunya bila rasa itu hilang...maka amalan kita juga akan turut pergi.. Bila kemanisan tahajjud itu dilambatkan @ dihilangkan, tiada kita bangun untuk qiam Bila beratnya kaki untuk melangkah ke daurah dan usrah, lemaulah jasad ketikamenghadirinya Bila doa2 yang dilantunkan belum ade makbulnya, putus asalah kita untuk melantunkannya Semuanya kita tinggalkan kerana tiada rasa cinta, tiada nikmat dan kemanisan ibadahnya.. Itukah cinta? Begitukah cinta pada mata kalian? Bolehkah aku kata cinta itu istiqamah... Setiap hari memberi walau tidak dibalas.. Setiap hari memujuk walau dipaling.. Setiap hari mengorbankan perasaan walau rasa itu kurang... Dan Dia??? Sememang terpulang padaNya bagaimana untuk memberi nikmat itu Dalam bentuk apa nikmat itu.. Bagaimana perasaan itu.. Dan bila akan hadirnya cinta itu... Dengan izin Allah.. Tentu akan dihadirkan rasa indah mencintainya.. Indah pada istiqamah cuba meraih cintaNya Dan tidak mampu untuk aku tuliskan Tatkala cinta itu mekar dalam hati Tatkala Dia memberi nikmat itu Tatkala Dia membalas doa dengan cinta Tatkala Dia membelai tahajjud dengan airmata Tatkala Dia memujuk kepayahan dakwah dengan keringanan dan kelapangan dada Tatkala Dia menghadirkan rasa cinta Tiada aku inginkan syurga Tiada aku inginkan pahala Tapi cukuplah sekadar nikmat cinta ini... Ya Allah Hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan RasulMu Janganlah Engkau hilangkan rasa cinta ini daripadaKu Janganlah Engkau uji daku dengan kehilangan rasa cinta padaMu Rasa istiqamah untuk meraih cintaMu... Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Syukran Ya Allah Kerana membalas mujahadahku dengan nikmat mencintaiMu Cukuplah sekadar Engkau Tiada yang lain melainkan Engkau Istiqamahkanlah daku dalam mencintaiMu Istiqamahkanlah daku dalam memberi cinta kepadaMu Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untukMu amin

Tuesday, November 9, 2010

~nikmatnya cinta itu

Salam, Alhamdulillah entah kenapa baru2 ni saya sangat bersemangat untuk menulis dalam blog ni. Saya pasti, bukan terlalu banyak stori yang nak saya dikongsi. Tapi terasa masih tak puas hati bilamana setiap kali penulisanku dalam blog ni, tetap tidak dapat menzahirkan perasaan sebenar yang saya rasai. Perasaan saya sekarang! Mungkin dulu ada jugak perasaan ni, sebab bila saya baca entri2 lame, terasa dulu macam lebih pandai berbunga-bunga.. Bila baca waktu2 biasa, nak gelak pun ade..(malu) Nak tau sebab ape dulu punya entri lebih berbunga-bunga?? Sebab dulu punya penulisan saya tulis ambil masa paling tak pun lebih 3-4 jam.. Banyak masa lagi walau kononya tak cukup masa.. Tapi kali ni lainnn…sekarang berbeza Saya tulis bila ada rasaaaaaa….betul2 rasaaaaaa….. Arggghhhhhhh!!!! Macammane ye nak cerita, Ini semua kerana gara-gara cinta….. Tentang cinta…huuuuu, Kalau nak cerita tentang cinta murahan mungkin mudah nak direka, Yelaa, macam zaman muda2 dulu, Berlambak cinta monyet yang tah ape2 laaaa. Bila saya kenang jahiliyah lalu, yang kononnya indah dimata majority, Memang tah apa-apa..(astagfirullah3x) Namun sekarang sememangnya terbukti, Betapa syaitan itu sentiasa menghiasi jahiliyah itu dengan keindahan yang betul-betul mempinarkan mata-mata manusia yang ada sisa cinta pada dunia. Dan saya? Kali ni nak sangat share yang saya betul2 dah jatuh cinta.. Sebenarnya dah lama jatuh cinta, tapi malu nak cerita.. Yelaaa, dulu cinta biasa-biasa jerrr…tak banyak pun menyerah pada dia..tak banyak pun pengorbanannya… Tapi sekarang…walau tak banyak mana tapi nak jugak cerita..sebab tak tahan dah nk bagitau semua.. Besttttttt sangat bila jatuh cinta…. Tapi itulahhhh.. Itulah kisahnya, Sangat susah nak bercerita tentang cinta, Sebab hati kita berbeza.. CINTA DIA… Cinta segala yang membawa saya kepada cinta DIA….. Cinta dakwah.. Cinta tarbiyah… Dan kenapa pulak tiba-tiba kat atas tadi saya ungkit kisah cinta murahan yang lalu? Oooooohhh bukanlah untuk dibangga-bangga atau untuk dinikmati..huuuu..(NAUZUBILLAH).. bagi saya, adanya kisah jahiliyah lalu, menjadikan saya lebih melaju dalam arus dakwah ini. Biarkan kisah jahiliyah yang lalu berlalu… Sekarang saya sedang membina kisah baru dalam kamus hidup ini… Hidup dibawah bayangan tarbiyah seolah-olah telah membersihkan usiaku.. Kini, Jiwaku meronta-ronta dan sangatlah obsess untuk mengejar arus tarbiyah yang sederas air sungai di muara. Itulah erti sebenar tarbiyah.. Setahun 8 bulan saya hidup dibawah bayangan tarbiyah, dan tentunya saya dapat merasa suatu perasaan yang tersangatttttt lah best..sampai tak mampu saya nak luahkan.. Ke’best’ an jalan yang tak mudah ni sememangnya hanya mampu difahami oleh mereka yang merasainya juga.. Macam tu jugak, saya betul2 puas hati dengan usia-usia yang saya lalui sekarang.. Memang benar saya masih muda, setahun jagung cuma dalam kancah dakwah, Namun saya tahu tiada jalan lain yang boleh menaikkan darjat saya dimata Allah Yelaaa, 20 tahun dah bergelumang dengan pekat jahiliyah, Takkan setakat usrah seminggu sekali jer untuk menebus hitam pekat kopi yang dah telan dulu? Tiba-tiba saya terasa sangat obsesssssss!!!! Jom2!! Tingkatkan hamasaah dan amal!! Semoga redha Allah dapat kita gapai Ya Allah, Hidup dan matikan daku dalam mengingatiMu dan mensyukuri nikmatMu… “Orang2 yang beriman itu berperang di jalan Allah(sabilillah) dan orang-orang yang kafir itu berperang dijalan taghut(syaitan)(sabilittaghut).”(annisa’:76)

Monday, November 8, 2010

~takutnya akukah munafik?

salam, tiba-tiba saya rasa berdebar bila duduk bermuhasabah semula sangat banyak yang saya debarkan terasa seolah-olah jahiliyah lalu masih bersisa dihatiku, tak pun di badanku, takpun di otakku.. yang masih menempel-nempel padaku menyebabkan kekadang tertunduk pada akal fikiran.. lagi-lagi pada fikiran yang terlalu memikirkan.. (sgt2 takut bila teringat hadith 4 dr hadith 40 imam nawawi) dan lagi-lagi bila teringat ayat2 Allah dari (surah as-soff,61:2-3) Oh no!!sangat2 takut, ngeri...terasa seolah-olah sesak dadaku, berair mataku, hitam pandanganku, otakku ligat berfikir dalam pertengahan rasa gementar atau gembira adakah ini tanda-tanda baik atau tidak? sekali lagi aku cuba mencari jawapan, aku cuba tenangkan fikiran, aku kenang semula sirah seakan-akan aku berada didalam anganan.. mamai sgt.. bila kubayangkan situasi itu, situasi sejarah lampau, dan apabila aku bayangkan saat indah itu, aku disitu, aku memandang mereka sedang berjuang, aku memandang mereka melaungkan kata-kata semangat, aku melihat mereka berjalan dan berkasih-sayang.. dan aku terasa hamasaah mereka mengalir kedalam urat sarafku. isshhhhh, over la pulak berangan..astagfirullah3x.. cukuplah untuk aku berkongsi kisah umar r.a yang menenangkan; cukup melegakan sekaligus menjadikan aku tenang. ingat tak masa lepas haji wida', rasulullah s.a.w berjumpa dengan Abu Ubaidah Al- Jarrah untuk menyerahkan senarai nama orang-orang munafik. dan selepas rasulullah berlalu, umar r.a segera dtg kepada Ubaidah dan bertanya adakah namanya tersenarai dalam golongan orang2 munafik? betapa sahabat seperti Umar pun ade rasa begitu, alert nye dia untuk mengetahui status diri, dan kita?? semoga ketakutan yang lahir dari hati ini membuatkan aku lebih kuat untuk mengejar hidup mulia @ mati syahid.. semoga ketakutan yang menjalar menjadi pemangkin untuk aku melakukan yang terbaik semoga kerisauan yang bernaung menjadikan aku sentiasa alert dengan nawaitu dihati tiada yang lain melainkan Engkau tiada yang lain melainkan kerana Engkau.. sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hy untukMu.. rinduNya, kuli dakwah wallahuallam

Friday, November 5, 2010

~Di Bawah Bayangan Al-Quran

salam..^_^ minggu ni cuti jumaat-ahad. dan saya tidak melibatkan diri untuk mane2 daurah. terfikir jugak, apa salahnya keluar untuk jadi penyibuk ke kan..tp alhamdulillah, Allah telah membuka hati ini untuk ke rumah akak yang berada di sg.buloh. rasa bersalah juga sebab dah lama tak ziarah dia. datang kerumah dia ni pun, sebab nak ambil surat beranak untuk buat pasport. kalau tidak, mungkin selagi dia tak berbunyi, saya tak pergi kot..huhu..(muhasabah)..kene lebih peka dengan hak2 orang sekeliling. semasa usrah semalam, bila murabbiah sebut pasal tarbiyah berterusan, saya sangatlah terkesan dengan kata-katanya bahawa wasilah/marhalah dakwah kita bukanlah hanya melalui usrah. not bonding by our weekly perjumpaan usrah, tapi setiap saat kita berada dimana sahaja, disitu tetap ada wasilah tarbiyah. bagaimana interaksi kita dengan persekitaran kita. bagaimana hubungan kita dengan mereka yang berada di sekeliling kita..kita-rakan serumah, kita-keluarga, kita-rakan sekerja. sememangnya kejamlah kita bilamana kita meletakkan target @ harapan supaya mereka faham siapa kita, apa kerja kita, penat kita, lelah kita, sakit kepala kita dalam menguruskan gerak kerja dakwah dan tarbiyah ini. terlalu berharap bila balik ke rumah sewa, mereka dah kemas rumah, terlalu mengharap bila balik lewat mereka tidak membebel kepada kita, terlalu mengharap bila kita menolak ajakan mereka untuk berhibur@keluar gathering, mereka tidak bermasam muka.. seringkali kita terlepas pandang @ terlupa yang mereka bukan seperti kita.. perlulah kita ingat bahawa mereka belum faham dan mereka belum tahu. sebenarnya baru-baru ni jugak aku terasa sangat sesak dada bila memikirkan dan melihat orang sekelilingku. terasa seperti ada beban seberat gunung yang berada diatas pundak bahuku bahawa aku telah tahu dan wajib keatasku untuk memberitahu. lagi2 bila melihat rakan serumah,rakan sekerja dan rakan sekuliah dahulu. aku sayang pada mereka.. aku pernah tegur mereka.. aku pernah berbaik dengan mereka.. tetapi apabila aku baca sirah nabawiyah raheq makhtum, betapa aku terasa usahaku sangat2 lah kecil jika dibandingkan dengan rasulullah s.a.w dan para sahabat. mereka membayar usaha dakwah mereka dengan darah, dengan pengorbanan harta dan jiwa. mereka mentajarrudkan diri hy untuk islam semata.. dan sangat2 lah bersyukur kerana hasil usaha mereka telah sampai kepada kita. islam telah kita rasai. namun, berapa ramai yang memahami bahawa nikmat islam itu bukanlah untuk disimpan didalam muzium negara @ dijadikan candi tp nikmat itu hanyalah untuk disyukuri. sangat2 terkesan dengan kata-kata seorang ustaz.
'jika kita hidup untuk diri kita sendiri, maka usia kita hanyalah setakat kehidupan, tetapi jika kita hidup untuk fikrah(islam), maka usia kita adalah selama-lamanya.'
sebenarnya dah 3 minggu bersama adik2 UNAIS yang tersayang, menyelengkar bibliografi as-sayyid syed qutb dan meneroka mukaddimah fi zhilalil quran. dan seperti biasa, walaupun dah banyak kali share tentang mukaddimah zhilal ni, namun setiap kali memberi, berkongsi, kesannya, 'spark'nya dan auranya masih memberi impak yang besar dalam diri saya. seolah-olah menghidupkan dan membajai ruh yang ketandusan aura kesuburan. 'aku hidup dibawah bayangan Al-Quran dan disana aku melihat jahiliyah berkecamuk dimuka bumi....mengapa?mengapa mereka sanggup menjatuhkan diri mereka kedalam paya yang busuk,kotor sedangkan disana ada padang yang sangat bersih dan menyenangkan.'-Mukaddimah zhilalil quran islam datang bukan untuk menghukum tetapi memberi kehidupan kepada manusia. membebaskan manusia daripada penghambaan sesama manusia kepada penghambaan kepada Allah semata. indahnya hidup ini andai semua mengerti dan memahami. namun saya juga faham bahawa mereka adalah mangsa keadaan. mangsa liberalism dan mangsa penjajahan. alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi yang telah memberi kehidupan kepadaku. Semoga terus tsabat dalam menyuburkan fikrah2 islam bukan hy dalam diri tetapi untuk disalurkan kepada manusiawi. 'dan ingatlah ketika Tuhan kamu berkata" sungguh! jika kamu bersyukur maka akan Aku tambahi nikmatKu kepadamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur dengan nikmatKU sesungguhnya azabku sangatlah pedih".(ibrahim,14:7)
hmmm, terasa seolah-olah membebel pulak dalam entri kali nih.. sebenarnya, dari awal tadi nak sangat memberi penghargaan kepada seorang ukhti. seorang adik yang jauh dari mata tapi sangat dekat dihati. bonding by akidah, kami tidak pernah bertemu, tidak pernah berbicara panjang melalui telefon atau tidak pernah saling memandang melalui webcam..tetapi hati kami telah bertaut, bersatu dalam memikul beban dakwahMu, saling menyintai keranaMu, saling merindu untuk bertemu, menyimpan rasa untuk berkongsi pengalaman tarbiyah dan menyedut dan mengalirkan arus2 fikrah.. betapa indahnya ukhwah yang terbina keranaNya. mungkinlah ini yang dikatakan kekutan ummah! Ya Allah, aku menyintainya keranaMu, aku merinduinya keranaMu, aku berharap bertemu dengannya jua hy keranaMu.. dan doa ini kukirimkan untuknya hy keranaMu. cintailah dia Ya Allah, kasihilah dia Ya Rahman, Lindungilah dia Ya Rahim. ampuni kami ampuni kami ampuni kami. amin
~sweet penghargaan buat adik najihah ab raof..

Tuesday, November 2, 2010

~bina hamasah

MEMBINA HAMASAH YANG PUDAR!!!!!!
[Ali-Imran:137-139] Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
renungilah sejarah melalui kacamata islam
semoga ibrahnya menjadi pembina hamasah dalam diri yang masih tidur duhai rijal2 yang masih ragu tegakkanlah islam dalam dirimu nescaya akan tertegak islam di muka bumi ini segalanya atas kehendak DIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...