Friday, April 20, 2012

Sehingga cinta sujud dalam mihrab taat kepadaNya


Perlakukanlah cinta selayaknya,
Sehingga ia sujud di mihrab taat kepada Allah dan RasulNya..

“Akak, camane nk buat kalau kita terjatuh cinta?”

Soal adik usrahku ketika  dalam perjalanan menghantarnya ke kolej, lewat malam semalam. Aku yang duduk di seat driver hanya tersenyum.

“ Kembalikanlah cinta itu kepada yang memberi rasa iaitu Allah. Insyaallah Dia akan tunjukkan cara. Yakinlah cinta adalah segala apa yang membawa kita kepada Allah. Selain daripanya hanyalah dusta.” Jawabku. 



Tidak pasti samada dia dapat memahami sedalamnya atau tidak apa yang kukatakan.

Seusai beredar dari kolej tersebut, kereta menyusur kejalan utama menuju highway. Sepanjang perjalanan aku beristighfar, mengharap Allah mengampunkan segala kekuranganku sebagai hamba. Sangat takut andai dosa-dosa yang menempel dalam diriku telah menghijab rahmat Allah untuk sampai kepada adik-adik usrahku atau kepada aku sendiri. Astagfirullahal azim3x.

Lewat ini, aku melihat ramai mereka yang senang membicarakan isu ‘cinta’. Setiapkali usrah, ada je soalan tentangnya yang diajukan kepadaku. Aku tak berapa pasti adakah kerana sudah ada cincin dijariku maka mereka rasa aku senang untuk diaju soalan-soalan begitu. Atau kerana aku sering menyebut perkataan ‘cinta’ setiapkali bersama mereka . Setiapkali memulai pengisian, aku suka untuk mengajak mereka sama-sama mensyukuri nikmat iman,islam dan faham yg telah Dia beri. Nikmat kecintaan yang Dia suburkan dalam hati-hati yang hadir disini.

Sebenarnya, aku tidak berapa gemar mengaitkan cinta itu dengan istilah perhubungan manusia-manusia semata-mata.. Cinta itu selayaknya hanyalah hubungan manusia-Allah dan kemudian atas dasar kasih sayang Ilahi maka Dia mengalirkan cinta kita kepada manusia lain pula. Maka terbentuklah link cinta sebenar yang suci Manusia-Allah-Manusia. Hatta boleh juga jadi manusia-Allah-kerja dan segalanya

Manusia à Allah à X ;
 X= apa sahaja yang sepatutnya diletakkan dalam telur putih(alat), bukan telur kuning(matlamat)



Kerana itu, cinta itu adalah kehidupan. Tanpanya, kita akan kering dalam melayari bahteri hidup penuh kepayahan. Hatta untuk memabwa dakwah, tanpa cinta.. boleh jadi ia akan mati ketandusan.

Sejak aku kecil, aku mencintai banyak perkara dalam diam. Samada main-main atau serius. 

Aku pernah mencintai mamoru chiba, jejaka hansome kekasihnya sailormoon, sehingga aku bercita-cita untuk menjadi sailormoon. Paling kelakar, aku pernah bergaduh dengan rakan sekelas darjah 3 hanya kerana sailormoon dan mamoru chiba.. (allahuakbarr)

Aku pernah mencintai siti nurhaliza sampai bila ada kawan lain suka siti nurhaliza juga, aku tak bagi. Aku rela bagi kawan aku naik basikal dan aku berjalan kaki untuk ke sekolah hanya kerana tak nak bagi dia suka siti nurhaliza juga. (astagfirullahalazim3x)

Lagi-lagi bila naik sekolah menengah aku tahu ada sorang rakan sebatch aku adalah sepupu siti nurhaliza. Aku jeles sampai rasa nak tumbuk orang tu, tapi alhamdulillah tak pernah berjaya. (astagfirullahalazim).

Begitukah sebenarnya cinta?



Aku mula mengenali erti cinta yang sebenar adalah ketika aku di tingkatan 4. Selepas aku diuji dengan satu fasa ujian kematian dan kemudian aku diizinkan untuk kembali kepada kehidupan semula, itulah saat keinsafan. Dan aku mula beristikarah untuk membuat pilihan adalah ketika aku di tingkatan 5.. Bukan membuat pilihan untuk berkahwin dengan siapa. Tetapi untuk membuat pilihan tentang kehidupan..seluruhnya.. Bukankah setiap hari kita perlu memilih?

Dan sehingga kini, sejujurnya, aku dapat menikmati keberkatan istikarah yang panjang.. Sehingga dalam tempoh 7 tahun ini, telah banyak pilihan yang mengharukanku dan aku yakin, itu semua adalah ilham dariNya. Dan aku cuba dan berusaha mencintai pilihan itu.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2: 216)

Sehingga kini, setiapkali aku membuat pilihan, maka aku yakin yang aku tenang itu adalah ilham Dia walau pada awalnya aku belum cinta. Kekadang, cinta itu datang dahulu sehingga kita terasa sakit menahannya. Lalu kembalikanlah kecintaan itu kepadaNya. Luahkanlah kepadaNya sehingga Allah menentukan pengakhirannya. Boleh jadi Dia menghapuskan rasa itu atau Dia meningkatkan kesabaran dan ketakwaan kita dalam mujahadah menahan cinta. tetapi yakinlah, ketenangan disisiNya, itulah erti redha..

-iAllah aku akan bercerita dengan lebih spesifik dikemudian hari-

Maka perlakukanlah cinta itu selayaknya hanya kepada Dia dan dariNya, sehingga cinta itu sendiri akhirnya sujud di mihrab taat kepada Allah dan Rasulnya..

Bukankah itu sungguh manis?

Sekali lagi aku tegaskan.. 

cinta itu hanyalah segala yang membawamu kepadaNya..selain daripada itu, ia adalah cinta dusta..

Perlakukanlah cinta selayaknya kepada Allah & Rasul pertama-tamanya sehinggalah akhirnya, cinta itu sendiri tersungkur sujud  kerana taat kepada Allah dan RasulNya.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih dan sayang.”(maryam:96)

Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha suci Allah, dan aku tiada Termasuk orang-orang yang musyrik”.
(Yusuf:108 )



Wallahuallam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...